10 Pengunjung Blog Yang Menjana Trafik

Setiap blogger memang mengidamkan blog yang mereka miliki sentiasa dikunjungi dan meriah dengan pelawat. Namun, jarang yang ambil berat mengenai apakah jenis pengunjung blog yang singgah ke blog masing-masing. Hal ini penting kerana pengunjung penyumbang kepada unique visitor (pengunjung unik) dan view visitor (pelawat melihat). Untuk tahu lebih lanjut perbezaannya boleh baca; “Apa Perbezaan Unique Visitor dan View Visitor“. Berdasarkan dari jenis pengunjung inilah kita kenalpasti dan cuba untuk mensasarkan jenis trafik yang kita inginkan. Antara beberapa jenis pengunjung yang cik tom dapat kategorikan iaitu;

 

Pengunjung Setia
Mereka ini ialah penyumbang utama kepada bilangan pengunjung kepada sesebuah blog. Mereka akan tetap setia untuk melawat sesebuah blog. Setiap kali online pasti pengunjung ini akan melawat blog yang disukai walaupun tuan blog itu tidak melawat kembali blog yang dikunjungi. Agak susah nak dapatkan pengunjung jenis setia kerana tuan blog atau blog itu mestilah mempunyai daya tarikan yang kuat seperti ben ashaari, hanis zalikha atau fatin liyana. Daya tarikan samaada dari segi penulisan mahupun blogger itu sendiri.
Pengunjung Keluarga dan Kenalan
Pengunjung dari kalangan keluarga dan kenalan yang dikenali. 2 jenis pengunjung ini agak setia dan mungkin tidak mempunyai blog tapi lebih kepada hobi membaca blog orang dikenali bagi mengetahui perkembangan semasa. Pengunjung kenalan ini boleh juga didapati dari kawan baru dikenali apabila menyertai forum, ruang sosial, chatroom atau sumber maya yang lain. Dicadangkan cuba menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baru. Bagi blog cik tom pula hanya beberapa orang kawan je yang tahu cik tom berblog sebab rasa lagi bebas nak menaip entry. hihi…
Pengunjung Jenis Stalker
Walaupun pada asasnya pengunjung jenis stalker mempunyai niat yang tidak baik tapi pengunjung jenis ini kebiasaannya salah satu penyumbang yang trafik paling banyak selain pengunjung setia. Ini kerana stalker akan sedaya upaya untuk menggeledah apa sahaja yang terdapat di dalam sesebuah blog yang tidak disukai dengan niat untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan mangsa kritikan. Pengunjung jenis ini boleh juga dikategorikan sebagai pelawat yang setia dan ia mempunyai dua sudut iaitu negatif (niat buruk) dan positif (trafik).
Pengunjung Anonymous
Pengunjung Anonymous memang glamer di kalangan blogger kerana tidak diketahui status secara pastinya apa tujuan pengunjung ini berkunjung ke sesebuah blog. Kerana tidak semua komen dari anonymous ini berbentuk negatif. Banyak juga yang didapati berunsur positif termasuklah yang cik tom terima. Ini mungkin kerana pengunjung anonymous ini tidak mempunyai akaun blog atau lebih suka low profile.
Pengunjung dari iklan dan backlink
Pengunjung jenis ini melawat sesebuah blog selepas tertarik dari iklan-iklan yang disewa di blog lain. Trafik dari cara ini agak menelan perbelanjaan tapi dijamin pulangannya jika kena dengan pelaburannya. Pelaburan dengan menyewa iklan di blog yang memberi trafik yang stabil dan banyak setiap hari. Trafik yang tidak perlu mengeluarkan wang ialah trafik dari pengunjung yang berkunjung ke blog hasil dari backlink di entry blog lain. Nickname yang menarik atau nama blog juga mudah menjadi tarikan; ” Nickname Main Peranan Penting Dalam Dunia Blog
Pengunjung Ibu Bapa
Pengunjung golongan ibu bapa kebiasaannya lebih sukakan entry yang lebih matang dan menceritakan kisah kehidupan yang lebih realistik. Perkara yang pertama yang dilihat lebih kepada pengisian sesebuah blog berbanding pada rupa blog menarik atau tidak.
Pengunjung Remaja
Pengunjung jenis ini lebih suka mencuba atau mempelajari sesuatu yang baru. Pengunjung ini juga suka berkunjung ke blog yang mempunyai design yang menarik sebagai kayu pengukur pada kali pertama berkunjung ke sesebuah blog. Pengunjung remaja lebih sukakan blog yang banyak upload gambar dan isu semasa.
*****************************
Untuk baca 3 jenis lagi pengunjung blog boleh baca entry cik tom sebagai penulis jemputan di blog ferry; “Pengunjung blog yang menjana trafik“. So, rasanya korang jenis pengunjung kategori mana?? Tepuk keyboard dan jawab komen….huhu ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

50 thoughts on “10 Pengunjung Blog Yang Menjana Trafik

  • March 6, 2011 at 4:14 pm
    Permalink

    banyak jugak blog yang akak jadi pengunjung setia..
    akak juga jadi pengunjung setia di blog ni..
    hehhe

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:16 pm
    Permalink

    copp!!mish memang jenis yang setia dengan blog ciktom ni dan beberapa blog lain..hehehe…

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:19 pm
    Permalink

    yang penting bukan pengunjung stalker… ^_^

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:31 pm
    Permalink

    Pengunjung setia cik tom kot 🙂 teehee

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:31 pm
    Permalink

    blog sis ramai korang je lah yg dtg..hihi

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:39 pm
    Permalink

    xtahu la iqbal ada semua jenis pengunjung tu tak =P

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:46 pm
    Permalink

    thanx 4 info..nti kay nak wat la..

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:47 pm
    Permalink

    belalang kategori pengunjung setia blog nih kan?

    (perasan)

    wakakakak

    Reply
  • March 6, 2011 at 4:59 pm
    Permalink

    adah ni stalker blog cik tom…caye tak..kekeke

    Reply
  • March 6, 2011 at 5:09 pm
    Permalink

    tak kira la siapa pon mereka kita kena hargai ye dak?

    hehe

    Reply
  • March 6, 2011 at 5:27 pm
    Permalink

    agak2 saya ni kategori pengunjung yang mana ek???hhehe…:)

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:08 pm
    Permalink

    salam

    blog kita biasa2 je cik tom..hidup sgn mati tak mahu..hehe..

    yang macam mana? ok tak kursus tu? mcm bizi je nampak…

    Reply
  • March 7, 2011 at 2:09 am
    Permalink

    Pengunjung yg setia, itu saya..
    Hahaha.. *Bagi gelaran sendiri
    Ngee 🙂
    Bila dah masuk blog yg memang ade dalam bloglist tu, tengok jugak bloglist blogger lain..
    Kalo ade yg terupdate dan tajuk entri cam menarik, singgah lah jugak..

    Entry Terbaru : Cantik Itu Subjektif

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:10 pm
    Permalink

    pengunjung pun kena dibuat kajian jugak ek…

    mungkin akan lebih memantapkan lagi blog.harap cikTom jangan seperti mereka yang tidak akan mengunjung kembali blogger yang mengunjung ciktom ok..

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:25 pm
    Permalink

    hehehe, TQ cik tom kongsi jenis2 pengunjung nie.. ada info tambahan gak, hurm, pengunjung setia tuh lah yg payah!! ehehhe macam mana lah nak cari, ngeh2x

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:44 pm
    Permalink

    saya seorang stalker.hehe (gelak jahat:P)

    tp jenis yang baik

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:52 pm
    Permalink

    takde dalam list. teett!~ hahaha

    Reply
  • March 6, 2011 at 7:05 pm
    Permalink

    ai pengunjung setiaaa uuu.ehhhehee…;p

    Reply
  • March 6, 2011 at 9:56 pm
    Permalink

    Assalam Ciktom…sy kategori ape erk?…yg pasti klo ciktom update sy pasti datang…he3.sooner or later…hu3…owh yer.yang plg bnyk ektuali no.2 tuu…yg no.1 mmg payah nk cari…kn kn kn…dapat sorg pun dh kire bersyukur…he3…dekat google analytics kite leh tgk brape kerap org tuu kunjung balik guna ip yg sama…ciktom pernah try x?…besh jugak tau…leh belajar pasal outbound (cam ne ntah eja)…

    Reply
  • March 6, 2011 at 9:56 pm
    Permalink

    nk jd pengunjung setia kt blog cik tom…

    Reply
  • March 6, 2011 at 11:54 pm
    Permalink

    biar Tom saja yang kategorikan Ellen kat pengunjung mana satu yer..hehe

    Reply
  • March 7, 2011 at 12:02 am
    Permalink

    bolehlah dalam kategori
    pengunjung setia…

    hehe ..walau tak selalu gak
    tapi tetap datang…ahak!

    ^____^

    Reply
  • March 7, 2011 at 1:40 am
    Permalink

    mungkin lebih pada ibu bapa kot.. remaja memang tak mungkin le..ha..ha..

    Reply
  • March 7, 2011 at 1:55 am
    Permalink

    xtau kategori apa….tp suka jenguk balik kat blog yg suka dtg blog kita…..

    Reply
  • March 7, 2011 at 2:25 am
    Permalink

    Jai ni pengunjung ramaja kot, sebab muda lagi..ha3.

    Reply
  • March 7, 2011 at 2:51 am
    Permalink

    Byk rupanya jenis2 pengunjung ni ekh…hehe

    Reply
  • March 7, 2011 at 4:15 am
    Permalink

    Ambe ni pengujung tegar CikTom.. Kategori mane tu? hehehe

    Reply
  • March 7, 2011 at 5:49 am
    Permalink

    saya pengunjung setia… 🙂

    Reply
  • March 7, 2011 at 7:11 am
    Permalink

    muehhe..seb bek parent tak reti maen blog..ahaha

    Reply
  • March 7, 2011 at 7:17 am
    Permalink

    saya pengunjung setiaaaa 🙂

    Reply
  • March 7, 2011 at 7:47 am
    Permalink

    akak rasa akalk adalah kategori pengunjung setia kot..

    Reply
  • March 7, 2011 at 9:16 am
    Permalink

    sy pengunjung setia cik tom.. 😀

    Reply
  • March 7, 2011 at 9:23 am
    Permalink

    pengunjung biasa2 je kot..sy kan pemalas ciktom..

    Reply
  • March 7, 2011 at 12:21 pm
    Permalink

    saya pengunjung backlink..huhuhu

    thanks tom sudi menjadi penulis jemputan.. (rasa macam skema plak ayat ni.

    nanti kalau dah free nak jadi pnulis jemputan tom pulak bole?

    Reply
  • March 8, 2011 at 3:46 am
    Permalink

    cik tom..i suke stalk ur blog…hahaha…mcm pelik je ayat tu…kite mmg slalu dtg blog awk…kalo entry best..bru tinggal jejak..jgn mra nooo 😉

    Reply
  • March 9, 2011 at 3:37 am
    Permalink

    haha.. beta pngunjung kuarga kan? eh? kuarga? jeng3x~

    Reply
  • March 9, 2011 at 1:02 pm
    Permalink

    visitor anony tu rajin juga
    tapi suka sgt comment kat email
    Dia kata saya cantik TAPI saya…"
    Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
    ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker

    Reply
  • March 9, 2011 at 1:29 pm
    Permalink

    Shag merajuk dgn Nuff jadi malas nak pikir pasal visitors dah. Haha. Boleh tak?

    Reply
  • March 10, 2011 at 2:41 pm
    Permalink

    sop suka pengunjung bukan blogger atau dari injin carian kerana lebih berpeluang utk klik iklan.. huhuhu

    pelawat blogger lebih setia utk datang kembali…

    tp yg penting, semua pelawat adalah -penjana traffik

    Reply
  • March 22, 2011 at 9:57 am
    Permalink

    bgus betoi ciktom noh… byk info yg ciktom bagi kat pengunjung… SJ pon untung!! hahahhaa…tq!!

    jom baca dan komen Amik result SPM guna SMS je!!!

    Reply
  • Pingback:Jenis Pengunjung Blog Yang Menjana Trafik

  • Pingback:Tutorial Cara Tukar Favicon Blogspot | Ciktom

  • Pingback:Kenapa Suka Entry Mesra SEO?Sebab Trafik dan Duit ke?? | Ciktom

  • October 21, 2011 at 8:02 pm
    Permalink

    yang no 1 tu best..bukan senang nak dpt pengunjung setia ni… jarang2 sgt… kan..biasanya poengunjung setia ni mmg ikhlas suka kita…tp kalau y tunggu kita masuk blog dia baru dia nk dtg tu..hmmm
    Jom baca entri terkini ayu jamal …Cuba Duduk Dengan Orang Yang BerjayaMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:58 pm
      Permalink

      yup setuju susah nak dpt pengunjung setia ni…kbykn pngnjg blog ciktom ni dtg n pergi camtu je..hee

      Reply
  • December 30, 2011 at 8:30 pm
    Permalink

    setuju juga dgn cik tom…antara traffik yang mudah adalah rakan sendiri, ttp ada yg segan silu nak war-warkan pada rakan…..saya pun baru mula memberanikan diri hehehe..:)

    Reply
    • December 30, 2011 at 11:49 pm
      Permalink

      hehe…bukan awk je..ciktom sendiri xbgth kwn yg ciktom ada blog..beberapa orang yang rapat je n famili je tau..sbb fikir privacy sikit nak taip entry apa2..huhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE