2 Cara Mudah Peram Buah Mangga Sampai Masak Manis

Assalamualaikum dan salam ceria… Cik tom nak kongsikan 2 cara mudah peram buah mangga sampai masak manis rasanya. Tips peram buah mangga ni boleh juga digunakan untuk buah-buahan tempatan seperti ciku, betik tanpa menggunakan karbit. Petua cara peram buah mangga ini biasa emak ayah cik tom amalkan untuk buah mangga cepat matang.

Cara Mudah Peram Buah Mangga Sehingga Masak Manis

pokok mangga harum manis
Pokok Mangga. Sumber: http://petanitop.blogspot.com

Yelah kadang-kadang kalau tak dipetik awal buah mangga di kebun. Jawabnya tak merasa la kitorang nak makan mangga. Al-maklum lokasi kebun pula jauh dari rumah. Jadi penyelesaiannya ayah akan petik awal buah mangga dan peram sampai masak di rumah.

Tapi emak selalu pesan, janganlah semua buah mangga kat pohon tu dipetik. Biarlah sedikit untuk santapan burung-burung dan haiwan liar lain. Itu bahagian rezeki diorang jugak kan. Sama-sama berkongsi rezeki yang ada. InshaAllah bertambah berkat.

Okay dah banyak membebel ke arah lain.

Cara Peram Mangga Menggunakan BERAS

Cara pertama peram buah mangga cepat masak dan manis ialah keringkan getah pada tangkai mangga dan cuci bersih buah mangga. Kemudian masukkan buah tersebut ke dalam tong beras. Letak buah mangga tu dalam timbunan beras. Peram selama 3 hari atau sehingga masak.

2 Cara Mudah Peram Buah Mangga Sampai Masak Manis
Buah mangga masak manis hasil peram

Itu cara yang emak paling suka buat kalau nak peram buah-buahan.

Cara Peram Mangga Menggunakan BAKUL dan SURATKHABAR

Cara kedua pulak kalau kes takde beras yang banyak nak sorok peram mangga dalam beras, ialah cuci bersih buah mangga dari sebarang kotoran atau air getahnya. Keringkannya ye. Kemudian susun mangga tersebut ke dalam bakul/ bekas yang berlubang. Tutup bakul dengan  kertas suratkhabar selama 3 hari atau sehingga masak.

InshaAllah hasilnya buah mangga yang masak dan manis rasanya. Selamat mencuba.

Kalau ada cara lain yang korang biasa guna untuk peram buah mangga, jomlah kongsikan. Mana tahu boleh betukar-tukar cara peram mangga yang lagi mudah dan praktikal.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

34 thoughts on “2 Cara Mudah Peram Buah Mangga Sampai Masak Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE