3 Kelebihan Video Maker FX

Salam sayang dari ciktom, sebelum nak kongsi pasal Video Maker FX ni ciktom ucapkan selamat tahun baru dan sekarang kita dah pun melangkah ke bulan pertama tahun 2017. Semoga tahun baru ni pembaca setia blog ciktom lebih bersemangat dan ceria melalui tahun 2017 yang dikatakan lebih mencabar.

Ok lah tanpa membuang masa ciktom nak kongsi salah satu software dari mat salleh ni Peter Roszak yang mencipta satu software yang dinamakan VideoMakerFX . Korang pasti tahu salah satu pemasaran yang akan menjadi pilihan adalah video yang diupload melalui youtube pada tahun 2017.

3 KELEBIHAN VIDEO MAKER FX

Mungkin 2017 ni pemasaran video menjadi wajib jika korang berbisnes untuk memasarkan produk atau servis. Kalau kita lihat Mark Zuckerberg pun sekarang kemaskini facebook beliau dengan fungsi video dan live. Maknanya pemasaran video mudah diterima. Ada ciktom lihat dikalangan pemain fb ads menggunakan fungsi video dan live.

Pemasaran video ni boleh mengurangkan kos iklan serta mudah dapat engagement yang lebih tinggi dari audiens selain ia juga boleh cepat menjadi viral di laman social jika ianya menarik perhatian.

Contoh founder Like Method Khairi Ariff kalau korang perasan setiap kali beliau ingin memberi tip bisnes dan bersoal jawab pasti beliau gunakan fungsi Live. Majoriti syarikat korporat juga menggunakan kaedah pemasaran video ni termasuk pihak kerajaan. Kalau masih ingat iklan kerajaan berkenaan 1azam dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).  Iklan dalam tu menggunakan kaedah whiteboard style yang juga terdapat dalam software VideoMakerFX ni.

Sekarang korang dah tahu dan jelas kenapa perlukan pemasaran melalui video kan? Sekarang ciktom nak kongsikan 3 kelebihan memiliki software videomakerfx ni.

3 Kelebihan Video Maker FX

1. Tambah portfolio dalam bisnes anda

Tengok pada harga mungkin mahal. Ya mahal sebab RM4.40 X USD47 = RM206.80 lebih kurang RM200 harganya. Katakan korang dah mahir buat video,boleh caj RM50/video untuk durasi video 3 minit ke 5 minit. Dapat 4 pelanggan yang tempah servis video korang sudah balik modal. Itu caj RM50 lebih lagi pun boleh, sebab ada sahabat ciktom ambil servis video dalam fb ada cecah harganya sehingga RM150 satu video.

Lagipun RM200 tu sekali seumur hidup je pun.

2. Sesuai bagi syarikat kekangan bajet

Bayangkan syarikat kecil-kecilan nak buat video pakai artis habis modal melainkan syarikat besar-besar yang mampu macam d’herbs atau owner qu puteh. Ha ni la gunanya software video bagi syarikat yang kekangan bajet tapi mahu memasarkan produk dan servis melalui video. Tak pening nak bayar artis-artis atau nak cari tempat yang cantik untuk shoot video.

jenis-jenis video dari video maker FX

Pelbagai jenis video ada antaranya whiteboard style, explainer video, kinetic typography, lower thirds, express video sales letters, logo opener dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok contoh-contoh video yang ciktom bagitau tadi dalam laman web ni.

3. Kaedah penyampaian berbeza dari pesaing yang lebih menarik minat pelanggan.

Penyampaian yang unik dan nampak lain.Kita mungkin nampak berbeza dengan pesaing yang lain. Ciktom lihat ramai ja yang jual produk atau tawarkan servis yang lebih kurang sama. Dengan penyampaian video akan menarik lebih ramai lagi bakal prospek atau bakal pelanggan mengikuti perkembangan bisnes anda sebabnya perbezaan yang anda tonjolkan melalui video.

Preview Software Video Maker FX

Nak bisnes anda maju mesti lakukan apa pesaing anda tidak lakukan dan satu lagi ambil tindakan pantas, jika berminat boleh terus dapatkan software VideoMakerFX ni.

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “3 Kelebihan Video Maker FX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE