5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada

Assalamualaikum dan salam sayang… Haa mesti ramai pengunjung wanita kat luar tak sabar nak tau lanjut topik HOT “5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada” ni kan???

Ok sebelum cik tom cerita detail mengenai senarai wajib beg perlu ada pada setiap wanita…

5 Jenis Beg Wanita Perlu Ada
5 Jenis Beg Wanita Perlu Ada

Cik tom nak korang berlaku jujur dengan diri sendiri, berapa banyak beg tangan yang korang dah ada dalam koleksi di rumah?

Sudah menjadi lumrah sifat semulajadi wanita untuk memiliki banyak jenis beg dan ianya bukan lagi rahsia mengapa kita begitu menggilai mengumpul koleksi beg tangan. Jom kita lihat 5 jenis beg tangan popular yang setiap wanita perlu dapatkan!

5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada

Crossbody bag
Crossbody bag

Crossbody bag

Ini adalah antara beg tangan yang cukup popular dalam kalangan komuniti wanita urban buat masa kini. Ianya amat mudah untuk digunakan dan cukup selesa untuk dibawa ke mana sahaja sepanjang hari.

Day clutch
Day clutch

Day clutch

Ramai yang memanggilnya ‘the brunch bag’ untuk dipakai pada hari yang tertentu di mana korang hanya keluar untuk tempoh yang singkat selama beberapa jam sahaja dan tidak mahu membawa terlalu banyak barang dalam beg. Sequined clutch agak comel untuk waktu tertentu, namun korang pasti mahukan clutch dengan rekaan yang kasual dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Weekender
Weekender

Weekender

Ianya bukan sekadar beg yang korang boleh gunakan untuk berkelah di tepi pantai, tetapi beg bersaiz besar ini adalah antara jenis beg wanita yang perlu ada dalam kehidupan seharian setiap orang. Cik tom pun memang ada dalam koleksi beg weekender ni. Saiznya yang besar memudahkan cik tom menyumbat segala keperluan di dalamnya. hee.. 🙂

Evening clutch
Evening clutch

Evening clutch

Cantik kan??? Ini adalah antara kegemaran ramai wanita di luar sana kerana ianya cukup cantik sekali untuk digayakan dengan baju gaun malam!Sesuai untuk menghadiri event atau dinner.

Cik tom belum ada lagi koleksi beg tangan evening clutch ni. Nak kena masukkan dalam wishlist cik tom.

Structured day tote bag
Structured day tote bag

Structured day tote bag

Ini adalah beg yang korang perlu dapatkan untuk ke tempat kerja. Dapatkan yang bersaiz besar jika korang perlu membawa tablet dan komputer riba, fail serta kertas-kertas kerja. Beli beg tangan tote yang bersaiz sederhana jika korang lebih berminat untuk menggunakannya bagi meletakkan barang-barang biasa seperti telefon bimbit, barangan solekan dan sebagainya. Dapatkan dalam warna klasik agar korang tidak perlu risau ia tidak padan dengan gaya diri korang.

Haa macam mana??

Buat pembaca wanita, korang dah ada kesemua 5 jenis beg tangan wanita perlu ada ni tak?? Yang pembaca lelaki, dah belikan kesemua 5 jenis beg tangan untuk isteri atau girlfriend tersayang?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE