5 Jenis Penyakit Kura-Kura dan Cara Mengubatinya

Assalamualaikum dan salam sayang… Naik pening jugak kepala cik tom jadi admin facebook; Kura-kura Comel ni. Banyak sangat pm pertanyaan mengenai penyakit kura-kura. Sedangkan semua pertanyaan tue perkara yang sama je cik tom pernah kongsikan di dalam blog cik tom. Semuanya malas nak baca. Rasanya cik tom kena keluarkan satu ebook cara pelihara kura-kura kot. Agak-agak ada orang nak beli tak RM20 satu ebook?? Hehe…

Artikel cik tom kali ini mengenai  5 jenis penyakit yang biasa menyerang kura-kura dan bagaimana cara mengubatinya. Artikel ini 100% berasal dari entri blog Indonesia yang dikatakan pemiliknya ialah Dr.Haiwan bernama Drh. Fira Sovacia. Cuma artikel ini telah di alih bahasa ke Bahasa Melayu dan di olahan oleh cik tom untuk mudah pembacaan. Ke cik tom sorang je yang faham?? Hehe….

Untuk artikel rujukan asal boleh baca: Penyakit kura-kura dan cara mengobatinya.

5 Jenis Penyakit Kura-Kura dan Cara Mengubatinya

  1. Penyakit diarrhea a.k.a cirit birit kura-kura

Simptom penyakit diarrhea ini boleh diperhatikan pada najis kura-kura yang berbentuk cair. Penyebabnya ialah makanan yang dimakan tidak sesuai atau kura-kura bosan dengan pemakanan yang sama.

Penyakit diarrhea kura-kura
Penyakit diarrhea kura-kura. Sumber: duniahewan.org

Cara mengubatinya ialah mempelbagaikan menu makanan kepada kura-kura seperti sayuran, buahan atau daging. Pastikan semua makanan tersbut dipotong kecil iaitu saiz mulut kura-kura. Jangan risau kura-kura ialah omnivor iaitu pemakan tumbuhan dan juga daging.

  1. Penyakit lumut pada badan kura-kura

Tanda penyakit lumut ialah terdapat lumut pada cengkerang kura-kura. Penyebabnya ialah kura-kura dua alam yang kerap keluar masuk air dan berjemur di bawah matahari.

Penyakit lumut kura-kura.
Penyakit lumut kura-kura. Sumber: aisyah-islamia.blogspot.com

Cara untuk mengubatinya mudah sahaja, gunakanlah berus lembut (cnth berus gigi lembut) dan gosok dengan perlahan pada lumut di cengkerang sehingga bersih/ hilang.

  1. Penyakit fungus pada badan kura-kura

Tanda penyakit fungus ialah tompok atau bintik putih pada kaki, pangkal kaki, pangkal ekor, leher, dan kepala kura-kura. Selain itu simptom lain menyebabkan kura-kura pasif atau malas nak bergerak dan tidak makan/ kurang selera makan.

Penyakit fungus kura-kura.
Penyakit fungus kura-kura. Sumber: kaskus.co.id

Punca utama berlakunya penyakit fungus ialah air akuarium yang kotor dan jarang dicuci. Sebaiknya jalankan tanggungjawab anda sebagai tuan kura-kura untuk rajin membersihkan akuarium kura-kura.

Cara mengubatinya ialah rendamkan kura-kura dalam air yang mengandungi garam ikan. Garam ikan ni bukan garam yang masak tu tau. Garam ikan boleh dibeli di kedai menjual haiwan berdekatan rumah korang. Dos yang direkemenkan ialah 10 gram garam ikan dalam 1 L (=1000mL) air (10% dari jumlah air). Rendam kura-kura selamat 20 minit sehari. Cara lain ialah dengan ubat kura-kura bermerk Acrivlafine Plus dengan dos yang disarankan.

        4. Penyakit flu pada kura-kura

Tanda penyakit flu ialah lubang hidung yang kelihatan sentiasa basah ataupun berair.  Pada peringkat kronik mungkin mengakibatkan kura-kura sukar bernafas dan nafas melalui mulut seperti tercungap-cungap.

Penyakit flu kura-kura.
Penyakit flu kura-kura. Sumber: satwaunik.com

Punca utama berlakunya penyakit flu pada kura-kura ialah suhu akuarium yang terlalu sejuk rendah (suhu rendah) dan kura-kura jarang dibawa berjemur di bawah cahaya matahari.

Cara untuk mengubati penyakit flu kura-kura ialah memberikan water heater pada airnya sehingga suhu airnya naik sedikit tapi tidaklah selalu panas ye (bukan water heater korang buat air tue tau!). Kalau takde water heater untuk haiwan peliharaan ciktom sarankan bagi air suam2 kuku gitu. Selain itu, biarkan kura-kura korang berjemur di bawah cahaya matahari beberapa minit setiap hari.

  1. Penyakit pyramiding pada cengkerang kura-kura

Tanda penyakit pyramiding ialah bentuk cengkerang berbonjol dan berbentuk seperti piramid. Penyakit pyramiding boleh menyebabkan kerosakan hati dan ginjal kura-kura. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan kesusahan kura-kura untuk berkahwin.

Penyakit pyramiding kura-kura.
Penyakit pyramiding kura-kura. Sumber: http://kaskus.co.id/

Punca utama berlakunya penyakit pyramiding ialah terlebih memberi makan protein kepada kura-kura. Penyakit ini sering kali terjadi kepada kura-kura betina.

Cara untuk mengubati penyakit pyramiding kura-kura ialah tidak ditemui lagi setakat ini. Jadi sebaiknya kawal pemakanan kura-kura korang sejak dari kecil. Jangan sampai terlebih bagi makan pula ye. Nak senang bagi makanan mengikut jadual. Jadi takdelah korang menghadapi masalah  terlebih bagi kura-kura makan.

Baca juga: Penyakit kura-kura dan cadangan merawatnya

Cik tom bukanlah doktor haiwan apatah lagi pakar kura-kura. Segala tips yang pernah dikongsikan ialah hasil pembacaan dan pengalaman cik tom memelihara kura-kura.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “5 Jenis Penyakit Kura-Kura dan Cara Mengubatinya

    • December 13, 2015 at 1:46 am
      Permalink

      kura2 macam manusia jugak banyak penyakit…

      Reply
  • December 11, 2015 at 12:20 am
    Permalink

    Comela la pulak…kura2 ada penyakit cam manusia je..

    Manusia plk amik nama kura2 jadi penyakit..demam kura-kura…hahahahahahah

    Reply
    • December 13, 2015 at 12:36 am
      Permalink

      haa tue la pasal kan..kesian kura2..manusia dah ambil nama kura2 jadi penyakit demam kura2..hihi

      Reply
    • December 12, 2015 at 11:36 pm
      Permalink

      bela kura2 ni lebih kurang macam ikan jugak..penyakit pun ada lebih kurang..cuma kura2 ni lebih sensitif..kalau silap penjagaan cepat mati..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE