5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Tahniah cik tom ucapkan jika ada di antara anda yang dalam perancangan nak berkahwin. Pasti anda tengah menghitung hari untuk disatukan dengan si dia kan? Ehem..ehem hati tengah berbunga riang tu pasti terselit juga rasa resah gelisah bila memikirkan persiapan kahwin yang masih banyak belum siap.

Jangan risau, cik tom nak suggest satu penyelesaian bagi semua masalah anda iaitu dengan menghadiri Malaysia Wedding Festival.

Apa itu Malaysia Wedding Festival (MEFA)?

Malaysia Wedding Festival (MEFA) adalah salah satu festival perkahwinan terbesar anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd. Festival ini menawarkan pelbagai promosi pakej perkahwinan. Festival ini akan berlangsung pada 23 Disember sehingga 25 Disember 2016 di SACC Pusat Konvensyen Shah Alam. Ianya salah satu festival perkahwinan yang amat dinantikan oleh bakal-bakal pengantin.

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA)

5 SEBAB KENAPA PERLU HADIR KE MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA)

1) Festival Perkahwinan dari Penganjur Festival Perkahwinan Terbesar di Malaysia

Malaysia Wedding Festival ini ialah anjuran dari Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd; antara penganjur festival perkahwinan terbesar di Malaysia. Event  di MEFA terdapat lebih 100 booth dan 65 vendor dari seluruh Malaysia disatukan dalam satu bumbung untuk memudahkan anda membuat pilihan pakej perkahwinan terbaik.

Terdapat banyak tawaran menarik dan paling best ada YEAR END SALE (YES) yang hanya berlangsung di MEFA sepanjang 3 hari. Jadi jangan lepaskan peluang untuk grab waktu offer ni ye.

Malahan MEFA yang diadakan pada kali ini telah memasuki Edisi ke 15.  Hasil dari sambutan yang menggalakkan dari event MEFA sebelum ini.

2) Dilemma Untuk Buat Keputusan Persiapan Perkahwinan

Anda masih dilemma untuk buat keputusan persiapan perkahwinan bagaimana yang diinginkan?

  • Tema perkahwinan apa yang di inginkan? Yelah rambang mata tengok semua tema pun cantik.
  • Baju nikah, sanding dan outdoor pun masih belum ada?
  • Fotographer belum ada? Tak tahu mana nak cari fotographer yang dipercayai dan smart hasilnya.
  • Catering belum tempah? Mana nak cari catering yang sedap?
  • Pening fikir better nak sewa ke tempah baru?

Jika anda ada salah satu atau kesemua persoalan di atas yang berlegar-legar di dalam minda anda tu. anda dah jatuh tahap WAJIB menghadiri Malaysia Wedding Festival!!

Dengan festival ini anda akan lebih celik mata untuk membuat pilihan mana yang terbaik dengan minat dan budget anda.

Malahan anda akan turut dibantu oleh wedding planner dan mereka yang pakar dalam membuat pilihan mengikut budget yang anda inginkan.

3) Tiada Masa Untuk Survey Pakej Perkahwinan

Untuk mencari pakej perkahwinan dari persiapan baju, catering, photographer, pelamin, doorgift dan banyak lagi memerlukan masa yang panjang dan menelankan kos minyak, tol dan sebagainya.

Tapi semua tu anda boleh jimatkan masa, tenaga dan kos dengan hanya pergi pada satu festival perkahwinan yang telah disatukan kesemua vendor perkahwinan. Ianya yang dapat menjimatkan masa anda dari ke hulu & ke hilir mencari pakej perkahwinan yang bersesuaian.

4) Pelbagai Aktiviti Yang Menarik

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga akan diadakan di MEFA pada Disember ini khas untuk pengunjung. Antaranya adalah perarakan pengantin, pertunjukan fesyen, pertandingan makeup dan banyak lagi.

5) Lucky Draw Pada pengunjung yang bertuah

Para pengunjung yang hadir ke MEFA berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik seperti pakej bulan madu ke Maldives & Krabi, iPhone 7 dan tajaan perkahwinan. Anda layak untuk free lucky draw apabila membuat tempahan TERKUMPUL hanya dari RM500!

Tajaan perkahwinan RM100,000
Pakej Bulan Madu Krabi
Pakej Bulan Madu Bali
Pakej Bulan Madu Maldives
iPhone

Perghh semua hadiahnya memang best dan lumayan. Mana tahu rezeki nak kahwin ni boleh jadi pemenang bertuah. Bak orang kata sambil menyelam minum air, sambil tempah pakej perkahwinan boleh turut serta dalam lucky draw.

Senarai Penaja MEFA

Berikut ialah senarai penaja bagi Blogger Contest Malaysia Wedding Festival. Terima kasih atas tajaan yang awesome. Semoga festival MEFA ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Wedding.com.my (Rakan Media)
Majalah Pengantin (Majalah Rasmi)
Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama)
Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama)
Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi)
Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi)
Foto Santai (Photobooth Rasmi)
Honey Vacation
Mega Bridal Creations
Botol Kacang Easy
Yann Rifft
Laman Kayangan
Sweet Pictures


EDM Events & Photography
De Gemilang Catering
KAY Gifts
Shahmie Catering & Event
Kashfi Zulkufli
KRULMATRIC Photography & Videography
Wens
Nana Bridal Boutique & Beauty
Coffee Corner Faizal Azzuri
Maldives4u
Istana Putih By Gee Cantik
Elenore Studio
Tepak Estate Venues & Events

?100+ Booth
?60+ Vendor
?Guarantee Gift to All Visitor if Booking RM500 (Minimum)
?Free iPhone Latest Edition
?Free Honeymoon to Maldives
?1000 Goodies Percuma Pengunjung Terawal

Dalam membuat perancangan untuk persiapan perkahwinan sebaiknya perlu saling mengamalkan sikap toleransi dan sentiasa berkomunikasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka.

Nasihat cik tom, buatlah keputusan yang bijak, agar majlis kahwin anda nanti berjalan dengan lancar tanpa perlu pening kepala dan tersilap dalam membuat persiapan majlis kahwin anda yang hanya sekali dalam seumur hidup anda.

Jika anda perlukan panduan & penyelesaian mudah untuk semua itu, cik tom cadangkan kepada anda membuat persiapan terbaik dengan pergi ke Malaysian Wedding Festival.

Maklumat Lanjut Mengenai MEFA

Event: 23-25 DISEMBER 2016
Masa: 10 pagi – 9 malam
Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)
MASUK adalah PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai segala update terkini mengenai Malaysia Wedding Festival boleh rujuk pada details berikut;

Website: www.mefa.my
Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Instagram: Mefa Pengantin
Pertanyaan: +6012 – 387 1775

#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE