7 Sebab Cik Tom Jatuh Hati Pada Huawei P10

7 Sebab Cik Tom Jatuh Hati Pada Huawei P10 | Assalamualaikum dan salam sayang…..Sejak Huawei P10 dan masuk pasaran Huawei Malaysia ni, cik tom dah terjatuh hati pada Huawei P10 series. Ada dah macam-macam versi dah untuk Huawei P10, antaranya Huawei P10 Lite dan Huawei P10 plus.

7 Sebab Cik Tom Jatuh Hati Pada Huawei P10

Huawei P10 telah mula dijual untuk pasaran Malaysia sejak 31 Mac 2017. Masa tu cik tom pun rajin survey kelebihan spesifikasi Huawei p10 dan juga Huawei p10 price in malaysia. Masa tue tak berapa nak cukup budget nak beli lagi. Hihi..

Jom baca kenapa cik tom jatuh hati pada Huawei P10!

7 Sebab Cik Tom Jatuh Hati Pada Huawei P10

1. Dwi-Kamera

Kamera utama oleh Huawei P10 ialah Dwi-Kamera Leica 20MP+12MP dengan aperture f/2.2 serta teknologi sistem penstabilan imej Optical Image Stabilization (OIS) yang digunakan memastikan setiap keping gambar yang diambil terlajak awesome. Kamera selfie P10 adalah 8MP juga dengan pensijilan Leica.

Wah confirm lepas ni kalau amik gambar selfie boleh nampak cun. Hihi..

ciri-ciri huawei p10 dwi kamera

2. Rekabentuk MENARIK

Cik tom suka tengok rekabentuk Huawei P10 yang takdelah tebal sangat dan tak kecil mana. Kira selesa dan comel dah cik tom nak pegang dengan ketebalan 7mm ultra-nipis, saiz skrin 5.1 inci. Ditambah pula dengan penggunaan panel IPS NEO-LCD, kualiti warna, gambar, video dan segala apa yang diperhatikan di skrin Huawei P10 nampak sharp dan berkualiti tinggi.Design Huawei P10 pun nampak eksklusif dan elegan gitu.

3. Kapasiti Storage yang BESAR

Yang best Huawei P10 ni mempunyai 64GM untuk storge internal memory dan mempunyai slot kad microSD untuk menambah ruang storage sehingga 256GB. Wow BESAR tu kan?? Bestnyeee…..

Bagi yang suka ambil gambar macam cik tom ni. Memang satu keutamaan untuk kapasiti storage yang lebih besar. Ialah takdelah masalah asyik kena delete gambar sebab memory handphone dah full. Boleh ambil gambar baby banyak2 lepas ni. Hehe…

4. SMART TOUCH

Cik tom suka kelebihan Huawei P10 iaitu Smart Touch, sensor cap jari yang  tersembunyi di bawah kaca depan skrin. Ianya menjadikan penghasilan proses navigasi lebih mudah, menyediakan lebih banyak ruang skrin dan meningkatkan kelajuan sentuhan. Nak touch skrin pun laju je. Hati pun manyak senang woo.. hihi..

5. Bateri FAST CHARGING

Yang ni part cik tom paling suka iaitu Super Charge iaitu hanya 30 minit (53% charge) dengan menggunakan teknologi pengecasan Huawei SuperCharge. Tak  perlu berjam2 nak tunggu bateri cas full. Hihi.. Bateri Huawei P10 berkapasiti 3,200mAh dan USB Type-C. Lagi best, ketahanan bateri dengan bacaan Screen-on-Time (SoT) melebihi 9 jam.

spesifikasi huawei p10 super charging

6. Pilihan warna yang CANTIK

Biasanya warna standard smartphone ni pilihan yang ada warna black, silver atau gold kan?? Tapi tidak pada Huawei P10, terdapat pelbagai pilihan warna tambahan.  Antara 8 warna pilihan Huawei P10 ialah Ceramic White, Dazzling Blue, Dazzling Gold, Prestige Gold, Graphite Black, Mystic Silver, Rose Gold dan Greenery. Cantik-cantik kan semua warna yang ada ni??

huawei p10 jenis pilihan warna

Warna kegemaran cik tom untuk Huawei P10 sudah tentu ialah Dazzling Blue. Nampak cantik kan warna biru ni? Confirm nampak bergaya dan eksklusif je smartphone warna biru.

7. Processor yang LAJU

Antara salah satu perkara yang cik tom suka titik beratkan ialah kelajuan smartphone yang digunakan untuk buka satu persatu apps. Cepat ke lambat?? Kalau sekali nak buka loading pun berminit, boleh jadi tension gak. Hihi..

Kelajuan loading untuk Huawei P10 ini banyak dibantu melalui penggunaan cip pemprosesan hasilan Huawei sendiri melalui cip HiSilicon Kirin 960 yang amat pantas dan efisien. Selain dari bantuan penggunaan memori RAM 4GB dan 64 GB storage turut memberikan keperluan multitasking yang amat pantas.

rekabentuk smartphone huawei p10

Cik tom pun dah survey standard Huawei malaysia price kat kedai-kedai juga di website online shopping. Memang harga yang ditawarkan lebih murah untuk pembelian secara online.

Mana tahu ada rezeki akhir tahun ni nak dapatkan smartphone Huawei P10. Lebih-lebih lagi dah banyak pilihan website nak beli pelbagai pilihan harga Huawei P10 di Malaysia.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “7 Sebab Cik Tom Jatuh Hati Pada Huawei P10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE