7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom

Assalamualaikum dan salam sayang… Dalam sedih ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya ni. Perasaan tak sabar nak beraya pun ada. Bukan feeling nak melawo pakai baju baru ke apa. Tapi tak sabarnya nak balik kampung jumpa emak ayah tercinta, saudara mara dan sahabat handai. Last balik Terengganu masa balik berpantang sebelum raya cina yang lepas.

Bila dah tak sabar nak balik kampung ni macam2 preparation barang kena sediakan awal untuk kelengkapan balik kampung supaya tak tercicirkan. Suami ciktom pulak jenis suka perancangan awal tapi ciktom sebaliknya. haha..

Salah satu yang paling penting ialah mesti la bawa balik baju raya kan? Dulu sorang okay la bawak sikit je balik barang. Sekarang dah bertiga aduii travel bag yang biasa guna sebelum ni memang tak muat nak letak semua baju. Terpaksa pakai 2, 3 bag sekali balik kampung.

Exclusive Suede Foldable Travel Bag

Suami pulak tak suka perkara leceh dengan banyak travel bag ni. Siap kena sound tak boleh ke sekalikan semua dalam 1 bag je kan senang? haha… Sabor jelah dengor kan.

Yeayyy!! Sekarang ciktom sudah happy tak perlu dengar bebelan suami ciktom. Dengan Exclusive Suede Foldable Travel Bag ni, cik tom boleh muatkan kesemua baju dalam 1 travel bag je. Mudah sesangat kerja nak kemas barang dan balik kampung.

7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom

1.Bag travel yang mudah dilipat

Ok pertamanya cik tomnya suka sebabnya bag travel ni jenis boleh lipat. Mudah giler nak buka dan lipat balik bag travel ni. Tengok gambar bawah ni dalam 3 step sahaja Adira dapat buka bag travel foldable suede ni. haha..

Ok tu tipu ye. Ibu Adira yang buka, adira just jadi model bayar upah susu je. hihi..

Bila lipat saiznya akan jadi kecik iaitu separuh baby adira. So, senang nak selit simpan kat mana2. Bila buka Adira pun boleh muat dalam tu tau.

Suede Foldable Travel Bag

2.Material & jahitan berkualiti, ringan dan tahan lasak

Ciktom tak sure apa nama material digunakan tapi memang kainnya ringan je tapi jenis tahan lasak serta tak mudah koyak. Kalau bawak banyak barang pun insyaAllah memang tahan je. Jahitan dalam dan luar bag travel ni pun kemas dan cantik.

Ni point penting cari material dan jahitan yang berkualiti tinggi untuk ciri-ciri bag travel yang tahan lasak. Jangan beli pakai sekali je dah koyak rabak.

Siapa yang minat aktiviti outdoor tu memang Suede Foldable Travel Bag ni WAJIB ada dalam list outdoor gear Malaysia korang.

3.Bag travel yang besar ruang- capacity 32L

7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom

Tengok ni ciktom dah sumbat baju raya ciktom, suami dan adira. Kasut raya adira sampai 2 pasang. Tapi ibu ayah takpe pakai je sediaada. hihi.. Besarnya ruang bag ni bila buka memang boleh muat banyak lagi barang lain untuk kami tiga beranak. Tak perlu dah pakai banyak bag lepas ni.

Yelah bag travel balik kampung pilihan ciktom ni besar ruang capacity sampai 32L tau!

4. Bag travel cabin size

Yang ni ciktom paling suka. Kalau pergi travel yang naik kapal terbang tu elok sangat sebab bag ni memang cabin size punya. Senang lepas ni ciktom pergi travel luar negara. Bawak bag lipat ni je. Waktu ke sana boleh lipat dulu simpan dalam lugage.

Dah habis shopping sakan, buka bag lipat ni simpan semua barang shopping untuk bawak balik Malaysia.

5.Bag travel kalis air

Ciktom test tuang air atas bag travel ni terus air jatuh ke bawah. Memang bag ni kalis air tau. Best sangat lepas ni kalau hujan je atau tertumpahkan air , tak perlu dah risau baju atau barang2 dalam bag ni basah. Yeay!!

Memang sesuai  sangat for outdoor gear in Malaysia sebab Malaysia ni cuacanya kan hujan panas sepanjang tahun. hihi..

6.Aksesori tambahan pada bag travel

Cik tom suka sebab selain ruang bag kat tengah tu besar. Ada 2 lagi side compartment bag ni iaitu outer loose pocket and outer zip pocket. Barang yang berharga risau terjatuh boleh la ciktom letak dalam ruang poket berzip tu. Kala kertas or barang2 biasa boleh je letak kat loose pocket.

Lagi best dua2 belah tali bag ni jenis boleh laras nak panjang ke pendek. Kalau ciktom jenis pendek ni mesti suka tali pendek je. Kalau suami ciktom dia suka panjangkan tali. So, senang kami laki bini tak gaduh, boleh laras ikut selera memasing time bawa kan. hihi..

7.Bag travel dengan pilihan warna menarik

Antara pilihan warna yang ada ialah Blue, Dark Grey, Light Grey dan Orange. Warna yang menjadi pilhan ciktom sudah semestinya orange! Cantik sesangat kolor ni.

Takdelah tipikal kolor travel bag asyik kolor hitam atau kolor yang gelap je kan.

Ok, nak habaq mai kat korang ni ye.

Yang best sempena nak raya tak lama lagi, PTT Outdoor ada buat promosi raya untuk Exclusive Suede Foldable Travel Bag ni tau!!

Dari harga asal RM75, promo raya hanya RM35. Perghhh murah giler!!

Korang nak lagi best??

Jom gunakan promo kod untuk DISKAUN RM5 dan FREE POSTAGE bagi setiap pembelian Exclusive Suede Foldable Travel Bag!

Kod Promo- RAYA5

Korang nak tengok pilihan warna lain atau nak place order just klik link ni>> Exclusive Suede Foldable Travel Bag.

PTT Outdoor ni memang jadi pilihan untuk ramai travellers, hikers, runners cari travel gears in Malaysia tau!

Website: www.pttoutdoor.com 
Facebook: www.facebook.com/pttoutdoor
Instagram: https://www.instagram.com/pttoutdoor/

Jangan nangis tepi bucu katil pulak kalau bag travel ni dah kehabisan tau. Cepat2 grab ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!