9 Sebab Kenapa Lepasan SPM Memilih Saito University College

9 Sebab Kenapa Lepasan SPM Memilih Saito University College | Haluan selepas SPM sememangnya menjadi dilema kepada setiap pelajar lepasan SPM.

Ramai dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apakah pilihan laluan yang boleh diambil dan kepentingan laluan tersebut dalam menentukan masa depan mereka.

ke mana hala tuju selepas spm

Kepada adik-adik pelajar lepasan SPM yang masih tercari-cari destinasi dan hala tuju pendidikan/ kerjaya masing-masing selepas SPM. Masih dilema untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri?

Ciktom ingin kongsikan maklumat mengenai salah satu IPT yang semakin menjadi pilihan pelajar lepasan SPM iaitu Saito University College.

Sebelum masuk topik 9 Sebab Kenapa Lepasan SPM Memilih Saito University College, jom baca dulu sedikit maklumat ringkas mengenai Saito University College.

Saito University College Peneraju Pendidikan Tinggi

Saito College diasaskan oleh En. Tetsuo Saito semenjak tahun 1988. Apa yang sangat mengagumkan ialah Saito College adalah institusi pertama di Malaysia yang menawarkan Diploma dalam Reka Bentuk Grafik.

Pada tahun 2017, Saito College dianugerahkan status Universiti College oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saito University College

Semenjak ditubuhkan, Saito College telah berkembang dengan majunya dengan bertambahnya permintaan kemasukan pelajar. Kini Saito College telah menawarkan pelbagai kursus ijazah dalam bidang reka bentuk, pengurusan perniagaan dan keselamatan.

9 Sebab Kenapa Lepasan SPM Memilih Saito University College

logo Saito University College

1) Berpegalaman Lebih 29 tahun Dalam Pendidikan

Saito University College telah ditubuhkan sejak dari tahun 1988 yang bermatlamat menyediakan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah SPM dalam pelbagai bidang.

2) Diketuai Oleh Kepimpinan Akademik Berpengalaman Dan Profesional

Apa yang tambah menyakinkan ialah Saito University College diterajui oleh kepimpinan akademik yang profesional dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor awam. Antaranya ialah;

  • Dr. Kulandasamy PIS (Deputy Vice Chancellor)
  • Datuk Kamaruddin Ismail (Ketua Operasi)
  • Dato’ Dr. Yew (Dekan)
  • Tuan Hj. Yusof (Ketua Program PACE)
3) Pengiktirafan Penuh Kerajaan Malaysia

Program yang ditawarkan telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agensi-MQA) dan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) untuk pekerjaan kerajaan.

4) Bidang Kursus Peluang Pekerjaan Yang Tinggi

Saito Universiti College menyediakan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah SPM dalam kursus yang memberikan peluang pekerjaan yang permintaan tinggi iaitu; penguatkuasa undang-undang, pengurusan keselamatan, perniagaan dan reka bentuk grafik.

3 bidang ini merupakan kursus yang menjanjikan peluang pekerjaan yang tinggi selepas bergraduasi. Penting untuk anda pastikan selain minat, kursus yang diambil juga memberi peluang cerah untuk kerjaya di sektor awam mahupun swasta.

5) IPT Malaysia Pertama Menawarkan Program Penguatkuasa Undang-undang

Saito Universiti College merupakan IPT PERTAMA DI MALAYSIA yang menawarkan berkaitan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Bukan sahaja pelajar lepasan SPM yang mengambil peluang menyambung pelajaran disini malahan ramai kakitangan kerajaan yang menyambung pelajaran di sini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan kenaikan pangkat.

6) Peluang Graduan Bekerja Dalam Sektor Kerajaan

Bagi Diploma Penguatkuasa Undang-Undang, pihak Saito University College memberi tumpuan khusus kepada penguatkuasan undang-undang dan keselamatan.

Program ini mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang penguatkuasa undang-undang seperti Polis, JPJ, Kastam, Imigresen, SPAD, SPRM dan Agensi Penguatkuasaan di Malaysia.

majlis graduasi Saito University College

7) Lebih 700 Unit Badan Beruniform Telah Tamat Pengajian

Bukan itu sahaja sehingga kini seramai lebih 700 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Smart Team, Matrade, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain syarikat swasta telah bergraduasi.

Untuk makluman anda, kebanyakan graduan yang telah tamat pengajian telah dinaikan pangkat ke Sarjan , Inspektor dan ASP mengikuti kekosongan yang ada.

8) Lokasi Strategik

Lokasinya yang strategik iaitu terletak bersebelahan MBPJ, ditengah Petaling Jaya. Malahan terdapat kemudahan public transport, LRT Taman Jaya dengan hanya 10-15 minit berjalan kaki ke Saito University College.

lokasi strategik Saito University College

9) Persekitaran Kondusif untuk pelajar

Saito telah menyediakan kemudahan komprehensif dan maju untuk pelajar Saito untuk memastikan mereka menikmati kehidupan akademik mereka di Saito. Malah turut menyediakan sokongan dan fasiliti yang akan membantu mereka berjaya dalam pengajian.

makmal komputer Saito University College

Senarai Kursus Yang ditawarkan di Saito University College

Sebaiknya anda lihat mana satukah antara kursus yang ditawarkan merupakan minat anda. Ini bagi mengelakkan anda belajar kursus yang tidak anda minati dan menyesal dikemudian hari.

Sebaiknya buat perancangan dan penelitian dalam diri anda sebelum membuat keputusan. Antara senarai kursus yang ditawarkan di Saito University College.

Senarai Kursus di Saito University College

Saito Design School

  • Diploma dalam Reka Bentuk Grafik
  • Diploma dalam Reka Bentuk Multimedia
  • Diploma dalam Rekabentuk Dalaman
  • Diploma dalam Reka Bentuk Fesyen

Saito Business School

  • Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian)
  • Yayasan Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan

Saito Security Academy

  • Sarjana Muda Sastera dalam Penguatkuasaan Undang-Undang (Penyiasatan) (Kepujian) (Kepujian)
  • Diploma Pengurusan Keselamatan
  • Diploma Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-undang

Testimoni Alumni Saito University College

Jemsen Tan Cin Aik,
Core Studios | Syarikat Editor Video
Diploma dalam Reka Bentuk Multimedia
Tahun Lulusan: 2017

Belajar di Saito sangat bagus kerana pengalaman pembelajaran dari pensyarah berorientasikan secara individu. Saya diberi peluang untuk mengalami kerja industri melalui Program Inkubasi Saito dan juga melalui pensyarah yang berkaitan dengan industri. Saya masih terus berhubung dengan rakan sekursus sehingga hari ini. Ini memang pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ketika belajar di Saito.

Nicole Sue Tan Yie Ling
Y & R Malaysia | Pengarah Seni Jr
Diploma dalam Reka Bentuk Grafik
Tahun Lulusan: 2014

Pelajaran yang menyeluruh di Saito pastinya memperluaskan set kemahiran saya. Saya mempunyai pengalaman pembelajaran yang hebat kerana pensyarah yang membuka jalan ke arah peluang kerja industri dengan memberikan projek dan bimbingan pembelajaran yang berkaitan dengan industri.

Untuk lebih banyak testimoni dari alumni pelajar Saito University College, anda boleh baca di website>> Testimoni.

Pengambilan Pelajar Saito University College Sepanjang Tahun

Bagi anda yang berminat untuk memasuki Saito University College, pendaftaran untuk pengambilan pelajar baru sepanjang tahun ialah pada bulan Januari / Mac / Mei 2019.

Maklumat lanjut mengenai Saito University College

Saito University College telah melahirkan lebih 30,000 graduan yang berkelayakan sejak penubuhannya. Saito University College percaya bahawa program unik yang dibangunkan di Kolej Universiti ini mampu mencapai sasaran pasaran dan meningkatkan taraf hidup di kalangan generasi muda dan memudahkan untuk peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Saito University College berikut:

Website: https://saito.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/saitouniversitycollege/
Instagram: https://www.instagram.com/saito.uc/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC3ekZaRYBA64kgJMhD6u3_w

Jangan lepaskan peluang kerjaya yang tinggi menanti anda! Jom mohon atau kongsikan manfaat ini bersama keluarga, saudara mara atau kawan-kawan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “9 Sebab Kenapa Lepasan SPM Memilih Saito University College

  • January 4, 2019 at 12:23 pm
    Permalink

    Akak pernah dengar Saito College, baca dari entry ni banyak jurusan yang diorang tawarkan dan menjadi kegemaran student dlm malaysia kan..kalau diiktiraf why not kan..berita baik untuk lepasan SPM ni….

    Reply
  • January 4, 2019 at 3:24 pm
    Permalink

    Tak pernah dengar Uni College ni. Pelajar lepasan SPM pasti tercari2 Uni nak belajar kan?. Ini salah satu Uni yang boleh masuk kalau ada kursus yg mereka minat.
    Jom baca entri terkini Ezna …KL International Motor Show 2018My Profile

    Reply
  • January 4, 2019 at 5:52 pm
    Permalink

    Students should make a wise choice on where they want to further their studies and in what courses because it will determine their future. Should survey all the colleges and courses they provide and make a good decision.
    Jom baca entri terkini Kayathre …Lunch at Koryo-won @ IOI City Mall, PutrajayaMy Profile

    Reply
  • January 4, 2019 at 6:47 pm
    Permalink

    wahhhhhh tapi kalau result bagus better pergi universiti yang much better.. i rasa saito college ni khas untuk pilihan terakhir bagi yang tak berpeluang untuk masuk ke ipta… tapi ikutlah pilihan individu bagi I kos belajar di college sangat mahal.. 🙁 nanti terpaksa berhutang pula.. 🙁 macma i cakap ikut individu tu tersendiri yang penting pandai pilih course yang bersesuaian dan boleh diterima bekerja in the future dengan skill dan knowledge yang adaaa

    Reply
  • January 4, 2019 at 10:47 pm
    Permalink

    Memang buntu nak cari tempat untuk sambung belajar lepas spm. Saito College ni memang bagus. Banyak kursus yang ditawarkan ada peluang pekerjaan dalam pasaran. Kalau dekat dengan public transport senang pelajar nak pergi college

    Reply
  • January 5, 2019 at 10:22 am
    Permalink

    Lepas SPm kena btol btol decide hala tuju seterusnya. Kalau ada course yg minat di Saito college ni, istikarah dan teruskan perjuangan..

    Reply
  • January 5, 2019 at 11:28 am
    Permalink

    Ehh, kolej baru ke.. Knp baru dgr..ke kita dh ketinggalan xtahu.. Hahaha.. Saito kolej ni dh mcm universiti la kan level dia.. Baguslah cmni.. Dpt lanjut pelajaran kt sini pon dh ok kan..

    Reply
  • January 5, 2019 at 10:02 pm
    Permalink

    Zaman skarang tak dinafikan banyak kolej atau Univ Swasta dan menawarkan pelbagai program kepada budak-budak lepasan SPM/STPM. Untuk kebaikan masa depan dicadangkan agar budak-budak zaman sekarang dapat membuat keputusan yg terbaik.

    Reply
  • January 5, 2019 at 10:32 pm
    Permalink

    Betul tu..lps SPM nk sambung belajar kat mana, dependents terpulang pd diri masing2 nk sambung belajar kat kolej mana terpulang pd result SPN dan ikut bujet jgk

    Reply
  • January 6, 2019 at 1:34 pm
    Permalink

    Good to know that saito is a good college to study in. I believe that its a good college for graphic designers too. Good write up!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!