Aku Dikau Berbeza

Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: “ Kau pandai menulis dan membaca?

Tidak. Saya buta huruf, ” jawab pengayuh sampan.

Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.

Tidak lama selepas itu, profesor itu bertanya lagi:Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja.

Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh dari kehidupanmu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya pada profesor:”Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Er, errk..saya tidak tahu, jawab profesor panik.

Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!

************************************************

Allah tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Allah mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimun. Jangan rasa diri terhina tapi sebaliknya tingkatkanlah keyakinan diri dengan berusaha sedaya upaya.

Ingatlah bahawa Allah mencipta setiap manusia untuk berjaya. Untuk berjaya perlulah berusaha bukan hanya berdoa semata-mata kerana rezeki tidak datang bergolek. Seperti mana kain yang putih bersih. Kitalah yang mencorak bagaimana hasilnya. Adakah cantik hasilnya atau sebaliknya.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Aku Dikau Berbeza

  • September 24, 2010 at 3:56 am
    Permalink

    YA ..USAHA TANGGA KEJAYAANNNNNN!!

    Reply
  • September 24, 2010 at 3:59 am
    Permalink

    Ingatlah bahawa Allah mencipta setiap manusia untuk berjaya. Untuk berjaya perlulah berusaha bukan hanya berdoa semata-mata kerana rezeki tidak datang bergolek….

    Ayat ni sgt menyentuh hati ellen..sob sob….thnks CikTom..salute dgn u dear….so lepas ni kena usaha lebih ya,.

    Reply
  • September 24, 2010 at 4:57 am
    Permalink

    org lain nampak kelemahan kita, tapi kelemahan sendiri pura2 tak nampak..betul tu Allah mencipta manusia dgn kebijaksanaan berbeza..

    Reply
  • September 24, 2010 at 5:33 am
    Permalink

    huhuh….profsr xpndai brnang…2 la mngta org g..hihih

    Reply
  • September 24, 2010 at 5:56 am
    Permalink

    jangan suka
    memandang pada
    kelemahan orang lain..

    akak tak pandai berenang..
    tapi akak pandai masak..
    hehe

    Reply
  • September 24, 2010 at 7:51 am
    Permalink

    ya..setiap org dlahirkan dgn keistimewaan dan kelebihan masing2..kita sebagai manusia harus b'syukur dan terus m'cuba utk wat yg terbaek..;)

    Reply
  • September 24, 2010 at 8:31 am
    Permalink

    prof tu mati ker? erk.. hihi.

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:36 am
    Permalink

    @quaniza: yup2..nak cepat lagi..usaha escalator kejayaan…haha

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:37 am
    Permalink

    @ellen: good kalau betul2 tersentuh..betul2..jom teruskan berusaha!

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:38 am
    Permalink

    @sweetsal: biasa la manusia..kuman yang kecil seberang laut tue nampak padahal gajah depan mata punye gedabak boleh tak nampak..huhu

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:38 am
    Permalink

    @echah: paku dulang paku serpih..mengata org dia yg lebih..hik3

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:39 am
    Permalink

    @diana: good2..cari kebolehan diri sendiri dan tingkatkan ke tahap maksimun..mana tahu boleh buka restoran 1 hari nati.amin.

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:40 am
    Permalink

    @fyza: betul2 perlu bersyukur ke hadrat Ilahi..

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:42 am
    Permalink

    @pinky:prof tue tak mati la..pengayuh sampan tue baik..tolong tarik prof tue sampai kat darat..haha

    Reply
  • September 24, 2010 at 2:41 pm
    Permalink

    Yezza.. bukan semua benda kita pakar.. masing2 ada kepakarannya.. tetapi.. berfikirlah yang membuat kita bijak seperti mana surah al-imran ayat 190-191
    "Sesungguhnya kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan, kebijaksanan dan kluasan rahmat Allah) bagi org2 yang berakal. (iaitu) org2 yg menyebut dan mengingati Allah smasa mreka brdiri, duduk dan smasa berbring mengiring, dan mreka pula memikirkan tntang kjadian langit dan bumi (sambil brkata, "wahai tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia2. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka" Fuh.. bole wat entri ni.. hehe.. kuncinya.. berfikir.. yezza.

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:06 am
    Permalink

    @aretikz: wow..terkejutz iii…terharu giler ni..tenkiu2..luv it..betul kuncinye berfikir…huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!