Aku Harus Merelakan Kau Pergi

love letterPernahkah anda mencintai seseorang sehingga anda menangis kerananya? Pernahkah anda mencintai dia sehingga anda tidak dapat tidur, tidak dapat melelapkan mata walau sesaat? Mencintainya sedalam-dalam cinta, sehingga anda rela melakukan apa saja?

…walau terseksa batin, jiwa dan raga anda teruskan jua cinta anda kepadanya!

Bukankah lebih senang jika kita lupakan saja cinta itu? Bukankah lebih mudah jika kita mulakan sebuah percintaan baru dengan orang baru? Mengapakah awan mendung berarak hitam itu juga yang kita dambakan? Kesepian yang menusuk kalbu juga yang diimpikan?

Sesungguhnya berkata-kata adalah jauh lebih mudah dari melakukannya, kan?! Dulu ku fikir, mudah untuk aku menukar cinta. Namun kini, pabila langkah ku longlai, bagai tiada lantai untuk ku mengertak, bagai sapuan angin…aku mengaku kalah pada sepasang mata yang sangat sukar untuk ku pujuk rayu, apatah lagi memilikinya.

Hanya yang merasa akan mengerti betapa cintanya aku pada dia…walaupun dia mencintai orang lain…hmmm…ya, panjang helaan nafas ku terhembus sejuk, beku…tak bermaya…

Cinta ku ibarat semangat yang membara, melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Namun cintanya tetap kepada yang lain…walaupun dia merasa betapa indahnya cinta ku bak pelangi, walau bergetar jantungnya pabila merasai cinta ku yang sehangat mentari….namun, dia tetap mencintai orang lain. Mengapakah ini bisa terjadi??

Alangkah sedih aku, walaupun selaut cinta kucurahkan namun sekelumit tak ku rasai balasannya. Dia langsung tidak tersentuh, tidak terasa…

Bukan salahnya, tetapi salahku yang membiarkan diri alpa dengan manjanya, manisnya… Mengapa aku harus menaruh seribu harapan pada yang tak sudi? Mengapa aku membiarkan diri terlamun cinta sepi? Bukankah hanya kesedihan yang pasti merobek hati?

Apa yang ku fahami, itulah cinta sejati…ibarat mengejar mentari, walau hangat, walau bisa membakar diri, itulah yang diimpi…

Mata ku bergenang di saat menulis artikel ini, dada ku sebak tak terperi…sedikit penyesalan melanda di hati, apa bisa ku ubati luka ini? Tiada siapa yang mengetahui…cuma yang pasti aku dalam dilemma…arah manakah yang harus ku redahi?

  • Berundur dan menikmati kesenangan tanpa kebahagiaan?
  • Hanya terus melayan saat manis, yang hanya berasaskan kebahagiaan sementara?
  • Atau terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti?

Inilah kemelut sebuah percintaan yang sulit untuk dihuraikan. Ramai yang mengalaminya…ramai yang terkecewa, namun…ada kah jawapan untuk semua persoalan ini?

Jawapan dari ku,
Walau ku masih mencintai mu, walau ku masih menyayangi mu…ku harus melupakan mu, ku harus meninggalkan mu…ku harus merelakan kau pergi…

p/s: artikel ni bukan yang cik tom punya tapi copy dari file microsoft office dalam computer kat tempat cik tom kerja. maybe yang pekerja sebelum ni punya kot. kepada sesiapa owner sebenar boleh bagitahu kalau nak cik tom kreditkan kepada dia.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Aku Harus Merelakan Kau Pergi

  • June 2, 2011 at 12:10 am
    Permalink

    like 🙂
    pernah! tapi terpaksa tnggalkan sbb ianya suatu yg x mungkin ..

    Reply
  • June 2, 2011 at 1:01 am
    Permalink

    ciktom..nice sangat ayat2 ni. setuju seratus peratus. memang la berkata tu senang dari melakukan. tapi semua tu atas kehendak empunya hati. kalau mulut je cakap nak lupa, tp hati masih ada nama dia. tak guna jugak kan.
    Jom baca entri terkini mish …Orang Buat Tarak Boleh- Kau Buat Boleh PulakMy Profile

    Reply
  • June 2, 2011 at 2:19 am
    Permalink

    adess.. patah hati Gayah membacanya…
    mula2 ingat Cik Tom yg punya..
    hahahmpes.. tertipu 🙂
    Jom baca entri terkini Gayahspears …Aku nak ‘terberak’My Profile

    Reply
  • June 2, 2011 at 2:23 am
    Permalink

    aih..
    sedihnya …
    mesti dia kecewa sangt tu..
    kesian..

    Reply
  • June 2, 2011 at 10:56 am
    Permalink

    lol..ingat luahan hati cik tom..hehe

    bukan mudah utk bercinta dan dicintai waima utk mencintai..
    asam garam hidup ini akan dilalui oleh setiap insan walaupun percintaan tidak sampai ke jinjang pelamin..

    pesanan penaja:jangan mudah jatuh cinta yer…
    Jom baca entri terkini sarahnajwan …-FIRE STONE-My Profile

    Reply
  • June 2, 2011 at 2:59 pm
    Permalink

    Ececeh, cik tom tak post kalau tak rasa kan? keh keh keh.. <– gelak jahat.. ahakz..

    gua dah lepaskan, gua dah lepaskan…

    Reply
  • June 2, 2011 at 6:50 pm
    Permalink

    emiey cube melupakan cinta itu, tapi makin nak lupa makin ingat kan. jadi emiey biarkan ia terus hidup dalam kenangan. Terseksa, tapi realiti skg pun tak boleh mati.
    Jom baca entri terkini emieysandra …yeay! dah boleh update-My Profile

    Reply
  • June 3, 2011 at 5:18 pm
    Permalink

    eh ni ss la yg tulis! hahaha tetiba pulak kan? :p

    bagi ss, cinta tak semestinya harus bersama. 😉 eh tapikan rasanya ciktom penah update pasal ni dlu kan? entri yg lebih kurang camni. err.. ke silap bace eh? eh abaikn. :p

    p/s: lame dah tak sembang dgn kak tom :p sehat kaa?

    Reply
  • June 3, 2011 at 9:26 pm
    Permalink

    la… ingatkan ciktom sedang di landa badai kehangatan cinta.
    Jom baca entri terkini mekar …Ajal si Ikan EmasMy Profile

    Reply
  • June 14, 2011 at 10:37 am
    Permalink

    Erhmmmmm…. bukan dia punya plak…. :p
    Takpe cik tom. Cinta tu datang dan pergi. Bila dah ada jodoh tu, jaga suami baik2 dan cintailah dia sepenuh hati. Buat masa ni, cari lain dulu. Jangan simpan yang telah tiada di hati.
    Jom baca entri terkini Sabahan Bloggers Club …Top 5 blog paling kerap dilawati 2011My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!