Alhamdulillah.. Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTN

Assalamualaikun dan Salam Sayang.. Pertamanya Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi cik tom berjaya habiskan bayaran PTPTN.  Maaf ye entri kali ini bukan untuk menunjuk apatah lagi berlagak. Eh ke sama je maksud dua2 tue? Hihi… Cik tom just nak berkongsi pengalaman cik tom berjaya selesai hutang PTPTN. Cik tom nak la juga berkongsi rasa kebahagiaan ni dengan korang.

logo ptptn
Masih ingatkah korang pada logo PTPTN ini??

Kalau ikut entri ini agak terlambat sebab secara rasmi Januari 2015 cik tom dah setel bayar ptptn. Opss.. Better lambat dari langsung tak buat entri kan… Kan… Cik tom kan.. dah setahun tak aktif update blog.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Sebenarnya cik tom terlebih terinspirasi nak habiskan bayar PTPTN selepas terbaca entri titan bekas sifu cik tom beberapa tahun lepas. Korang boleh jugak baca pengalaman titan>> Sah! Hutang PTPTN aku dah habis.

Harap entri cik tom ni jugak dapat memberi inspirasi kat orang lain termasuk korang yang sebenarnya tak mustahil pun nak habis bayar ptptn ni asalkan rajin usaha nak bayar dan ingatlah yang ptptn tu hutang yang kita pinjam bukannya biasiswa. Selagi ada hutang yang tak selesai selagi tu hati tak tenang kan?

Kalau nak tanya bab hutang kereta pulak. Cik tom memang ada pakai kereta tapi just kereta kelisa yang cik tom beli secondhand pada Mei 2011. Kereta secondhand tu cik tom beli secara tunai dengan duit simpanan cik tom sendiri. Bukan duit mak bapak ek.

Dari mana cik tom ambil duit untuk bayar cash beli kereta kelisa??Ini semua hasil dari hobi cik tom menabung dari kecik. Hobi menabung??? Bunyinya memang pelik tapi itulah hakikatnya.Hobi cik tom memang suka menabung dan suka tengok duit kat buku bank bila sentiasa bertambah. Ramai bagitau pelikkk. Hahaha…

Setiap kali raya, memang cik tom akan simpan kesemua duit raya cik tom dalam tabung haji. Duit ptptn yang cik tom tak habis guna setiap sem pun cik tom simpan dalam tabung haji. Masa study dulu cik tom rajin cari duit berniaga (topup, bas chatered, kain, brooch, jual kerepek ) dan dari situ ada la jugak sikit-sikit cik tom saving duit. Bak kata pepatah, “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Tapi takdelah duit banyak cam bukit pun. Alhamdulillah boleh la buat beli kereta. Hihi..

Cik tom memang masukkan dalam list bajet gaji untuk bayar PTPTN at least RM150 sebulan. Kalau ada lebih lagi bagus. Bak kata titan memang kena pejam mata je bayar ptptn ni. Yelah kalau terlampau banyak fikir nak guna duit yang ada memang sampai ke sudah tak terbayar.

Kaunter PTPTN Cawangan Kuala Terengganu
Kaunter PTPTN Cawangan Kuala Terengganu

Cik tom buat pengurusan pembayaran ptptn ni kat pejabat PTPTN Kuala Terengganu yang terletak berhampiran bulatan Ladang. Lepas bertanyakan encik google baru cik tom tau kat mana sebenarnya lokasi pejabat PTPTN tu. Tak sangka tersorok di bangunan belakang. Tapi sekarang ramai dah tau kot sebab kat situ ada kedai DIY sederet dengan pejabat ptptn.

Langkah pertama cik tom habiskan bayaran ptptn ni cik tom pergi pejabat PTPTN dan mintak baki hutang terkini dengan mengisi borang “Permohonan Baki Pinjaman”. Kalau dah blurr tengok banyak borang tanya je staff kat situ. Malu bertanya sesat jalan atau lambat la selesai kerja korang. Nak bayar secara online banking pun boleh melalui urusan email. Nak tau lebih lanjut tanya hotline PTPTN ye.

Penyata baki terkini PTPTN
Penyata baki terkini PTPTN selepas potongan diskaun 20%

Kemudian dah dapat tahu baki tue kalau sikit cam seratus dua tue bayar je cash terus kat situ tapi kalau lagi banyak lagi selamat bayar melalui draft bank . Cik tom pun pergi ke maybank buat draft bank atas nama “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional”. Belakang draft bank tue kena lupa tulis nama dan juga nombor kad pengenalan.

Borang mohon draft bank maybank
Borang mohon draft bank maybank
Draft maybank cik tom untuk bayaran PTPTN
Draft maybank cik tom untuk bayaran PTPTN

Dah setel draft bank, cik tom pergi balik ke pejabat PTPTN dan amik nombor giliran dan isi borang “Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan” seperti gambar dibawah.

Borang
Borang “Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan”

Siap serahkan borang dan draft bank, staff akan bagi resit rasmi bayaran macam dalam gambar cik tom ni.

Resit rasmi penerimaan bayaran ptptn
Resit rasmi penerimaan bayaran ptptn

Sepatutnya boleh amik terus “Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN” selepas habis bayaran kesemua hutang ptptn. Tapi atas masalah yang cik tom pun tak faham, staff ptptn terengganu ni bagitau surat tue akan pos ke rumah cik tom dalam masa dua minggu. Surat ini penting sebab ia menunjukkan yang kita dah  bayar semua hutang PTPTN.

Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Berdasarkan Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN secara rasminya 2 Januari 2015 cik tom habis bayar hutang PTPTN.

Mostly duit ptptn ni memang cik tom bayar hasil dari duit dari blog. Kalau korang berminat nak cuba buat blog boleh belajar ilmu buat blog>> Panduan Bina Website.

Sejujurnya lepas bayar habis sekaligus tue, takdelah terus rasa bahagia. Ada jugak rasa terselit dalam hati menyesal. Duit banyak ni yang aku bayar ptptn boleh guna macam-macam. Tapi bila fikir-fikir dari terus beranak pinak dan bertambah surcaj 3% dan kos pentadbiran PTPTN. Baik juga cik tom bayar habis sekaligus. Lagi-lagi ada diskaun 20% bagi bayaran lumpsum PTPTN hasil dari Bajet 2015. Sadis bajet 2016 ni takde dah diskaun untuk pembayaran ptptn.

Gambar gadis comel
Smile and be happy 🙂

Lepas dah selesai bayar hutang PTPTN ni memang terasa giler ringan satu bebanan kat kepala. Huhu… Takdelah lepas ni orang cakap dah kerja dan berjalan ke sana sini tapi hutang PTPTN nya liat nak bayar. Takpelah yang boleh kita enjoy kita enjoyyy!*baca dengan gaya nora danish

Kerja sambilan/ sepenuh masa dari rumah

Cik tom doakan kepada semua rakan mahupun pelawat blog cik tom yang ada apa-apa pinjaman tak kiralah pinjaman belajar ke? Pinjaman peribadi ke?pinjaman kahwin? pinjaman kereta? pinjaman rumah ke? Semoga korang semua berjaya selesaikan hutang pinjaman korang suatu hari nanti dan bebas hutang. InsyaAllah..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

35 thoughts on “Alhamdulillah.. Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTN

  • October 28, 2015 at 5:19 pm
    Permalink

    ijin nyimak artikelnya aja ka,
    semoga makin sukses 🙂

    Reply
  • October 28, 2015 at 6:58 pm
    Permalink

    Wah untungnye cik tom dah abis bayar ptptn. Aku entah bila dapat bayar hutang pt.

    Reply
  • October 28, 2015 at 10:34 pm
    Permalink

    Assalamualaikum akak … Kita ada nak tanya akak ni.. Tapi boleh tak kak email ke sy? Saya nak tanya psl pt tu and income from blog tu.. Serious ni yerr akak tom tom bak. Heee. Gurau.

    Kak email saya ni : [email protected]

    Nanti sy cek email kak . See you yaaa 🙂
    Jom baca entri terkini Mawar Assufi …WHAT YOU GIVE, YOU GET BACKMy Profile

    Reply
  • October 29, 2015 at 5:30 am
    Permalink

    memang lega lah bila hutang dah habis kepala pun rasa ringan je..

    soal yang wajib tidak akan termasuk berlagak..contohnya solat wajib lima waktu dan kita war-warkan kepada orang..apa nak hairan itu memang wajib daa..mesti buat..

    sama juga dengan bab bayar hutang…
    Jom baca entri terkini mrhanafi …Rakan Sekelas Selepas 20 TahunMy Profile

    Reply
  • October 29, 2015 at 10:56 am
    Permalink

    memang terasa lega kalo dah habis bayar hutang… tak perlu lagi duk pikir pikirin pasal hutang… hutang ptptn.
    Jom baca entri terkini abdfatah …Contest Review Lynk.my 2015My Profile

    Reply
    • November 2, 2015 at 11:00 am
      Permalink

      terima kasih..insyaAllah lepas ni turn bahrain pulak

      Reply
    • November 5, 2015 at 11:10 am
      Permalink

      alhamdulillah lega sangat2 kan suri..tahniah dah habis bayar hutang ptptn

      Reply
    • March 9, 2016 at 1:11 pm
      Permalink

      mak ayah sebut tak pasal riba?

      Reply
      • March 9, 2016 at 3:53 pm
        Permalink

        hmm masa dulu cik tom main pinjam je sebab fikir tak cukup duit guna utk belajar kan..then dulu xtahu ptptn ni riba..tapi sekarang dah tau..kita kena amik inisiatif menabung untuk anak dari kecil..ikhtiar elakkan dari pinjaman duit ptptn akan datang..

        Reply
  • November 4, 2015 at 2:04 pm
    Permalink

    bahagianya dah bayar PTPTN sampai habis…

    Reply
    • November 4, 2015 at 4:41 pm
      Permalink

      mesti bro ikhwan dah lama setel bayar ptptn..almaklum duit berkepuk..hehe

      Reply
  • Pingback:Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

  • Pingback:Hasil Pecah Tabung Korea

  • Pingback:Selamat Tahun baru 2016, Azam Lama dan Baru - Ciktom

    • March 9, 2016 at 1:10 pm
      Permalink

      cuba cik tom cek balik baki pinjaman…

      Reply
      • March 9, 2016 at 3:55 pm
        Permalink

        em kenapa nak kena check balik baki pinjaman? kan sudah dapat surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN..surat tu awal tahun 2015…ni dah 2016..takde sebarang tuntutan dari ptptn..kira muktamad…ke ada sebab lain?

        Reply
  • March 9, 2016 at 4:34 pm
    Permalink

    cik tom jangan mudah percaya… PTPTN mempunyai pengurusan yang amat teruk… cuba cek tom semak baki pinjaman 2 bulan sekali dan pastikan baki pinjaman adalah 0… cubalah

    Reply
    • March 11, 2016 at 2:13 am
      Permalink

      alhamdulillah check memang baki zero…tapi ni bayaran dah setel januari 2015..memang sentiasa kena check 2bulan sekali lagi ke? payah jugak..apa pun thanks sudi share pengalaman 🙂

      Reply
  • May 27, 2016 at 10:25 am
    Permalink

    alhamdulillah loan ptptn tinggal lg 2k dari 15k..haritu baru selesai buat pengeluaran 5k dari kwsp…dah lulus cuma dlm website ptptn belum update lg…nak buat pengeluaran dari tahun lepas tak terbuat2..akhir nya 2016 ni la bru selesai..kwsp belum beranak pinak lg utk bayar habis terus..mgkin lepas2 ni akan buat pengeluaran bulanan secara online thru kwsp coz dah register i-akaun…dah tak payah bersesak2 pergi kaunter..btw, dah 3tahun sy bayar bulanan rm150 lebih dari agreement dan dah 2kali dapat rebat 10% pd akhir tahun..nak seribu daya, xnk seibu dalih..dah berhutang, kne la byar kan..time nk pinjam, kemain lg n marah2 duit ptptn masuk lmbt dlm akaun..hmm..target sy langsaikan loan ptptn ni 5tahun, tp insyaAllah 3-4tahun je akan habis bayar..hidup kne la ada target..bukan setakat target beli rumah or kereta..perlulah ada target utk langsaikan hutang..jgn nk sedap aje..kan…

    Reply
    • May 30, 2016 at 1:24 am
      Permalink

      memang betul tue..kalau dah berhutang perlu langsaikan..lagipun kita sendiri yang nak pinjam & tandatangan agreement waktu belajar dulu..takde sebarang paksaan pun amik kan…terima kasih atas pandangan dan pengalaman saudari maira….semoga cepat2 bebas hutang..inshaAllah…amin..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE