Alhamdulillah Rezeki Menang Gold Coin dari Puan Bee

Assalamualaikum dan salam sayang…. Berkurun benor cik tom ambil masa nak update entri kemenangan. Minta maaf pada pihak penganjur, kak bee. Terima kasih banyak2 pada kak bee dan Shamin yang mencabut nama cik tom sebagai pemenang gold coin 0.5g.  Alhamdulillah kemenangan cik tom diumumkan di facebook dan ada video undian di share dalam blog kak bee; Pemenang bertuah giveaway gold coin di blog puanbee.

Ehem.. dalam tak sangka artikel penyertaan peserta terakhir cik tom pada hari terakhir; Saya nak menang gold coin 0.5g dari blog puanbee.com membuahkan hasil. Alhamdulillah rezeki daripadaNYA.

Hasil kemenangan gold coin 0.5g
Hasil kemenangan gold coin 0.5g

Biasalah orang bila nampak seseorang menang sesuatu hadiah mesti akan cakap bertuahnya badan menang hadiah. Sebenarnya setiap dari kita ni dilahirkan bertuah mengikut kesesuaian situasi kita tersendiri yang mungkin kita tak sedari selama ni.

Rezeki ni ada pelbagai jenis, tak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau barang fizikal semata2.  Kadang2 diberikan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia pun sebenarnya ialah rezeki yang terbaik dariNYA.

Wang ringgit bukanlah segalanya tapi takde wang ringgit pun boleh haru jadinya kan. Jadi sebaiknya biarlah bersederhana dalam semua perkara.

Panjang pulak membebel. haha…

Cik tom tuntut hadiah gold coin ni byhand dengan kak bee. Wah tengok kak bee ni depan2 kan memang cun orangnya. Awet muda pulak tue. Rasa tak percaya je ibu anak empat. Nampak muda belia sangat orangnya.

Yang kelakor kitorang first time jumpa walapun dah kenal dari dunia blogging 2010. Kitorang borak tepi jalan je sebab adik cik tom tunggu dalam kereta. Berborak tepi jalan pun macam2 topik tau masuk. haha.. Rasa macam dah biasa jumpa dan tak kekok langsung borak dengan kak bee.

Terima kasih kak bee. Ada rezeki lebih buat contest lagi. hehe….

Siapa2 nak beli peah queen ke?Nak beli emas boleh singgah blog kak bee>> Puanbee[dot]com.

Alhamdulillah hasil kemenangan dari blogging. Silver bar 10g dan gold coin 0.5g. Pada sesiapa cakap blogging takde hasil. Ini salah satu buktinya tak semua blogging merapu atau buang masa je tau.

Hasil kemenangan dari blog
Hasil kemenangan dari blog

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

35 thoughts on “Alhamdulillah Rezeki Menang Gold Coin dari Puan Bee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE