Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar 0.5g Edisi Terhad PG

Assalamualaikum dan salam ceria… Alhamdulillah rezeki awal tahun dapat khabar berita gembira dari rakan blogger, Cikgu Hazreen pemilik blog Aku Seorang Kaunselor. Cik tom pemenang bagi top komentator di blog Cikgu bagi sepanjang tahun 2016.

Alhamdulillah berbaloi praktis jari jemari komen sampai 216 komen nak menang emas punya pasal. haha.. Cik tom marathon komen sampai 10 komen sekali bukak blog Cikgu Hazreen ni. Yelah sebab seminggu sebelum tamat contest tu, cik tom offline balik kampung mertua dan 3 hari holiday ke Melaka. Jadi siap2 marathon before online. Yelah top komentar ni bukan boleh percaya sangat resultnya. Kadang-kadang last minute ada blogger lain komen pun boleh jadi kalah tau. Berdasarkan pengalaman cik tom la sebelum ni. hehee…

Tapi cik tom pun suka singgah blog Cikgu Hazreen ni, bukan semata nak kejar hadiah je tau. Cik tom memang dah rajin blogwalking ke sana semenjak dari awal tahun 2016. Dah terlupa cik tom macam mana boleh terjebak ke sana. Cikgu Hazreen pun rajin juga singgah blogwalking ke blog cik tom. Blog Cikgu Hazreen ni banyak kongsi informasi yang berilmiah yang wajib korang follow.

Pengumuman kemenangan top komentator; Hadiah Emas dan Simkad Onexox Untuk Komentator 2016.

Top Komentator 2016
Top Komentator 2016

Tak sabar nak tunggu hadiah goldbar 0.5 gram edisi terhad Raya 2016 Public Gold. Cik tom dah ada koleksi 1 gram goldbar yang kad Wedding. Cik tom plan nak keluarkan emas dari akaun GAP untuk setiap jenis kad yang ada buat koleksi. hehe..

Emas Edisi Terhad Raya 2016 Public Gold
Emas Edisi Terhad Raya 2016 Public Gold
Baca juga: Alhamdulillah Rezeki Menang Gold Coin dari Puan Bee

Alhamdulillah hasil dari contest yang nampak hasilnya ialah cik tom pernah menang silverbar 10 gram (GCP), goldcoin 0.5 g (PowerGold) dan terkini 0.5 g goldbar (Public Gold). Kalau dikira hasil menang contest hadiah wang tunai atau barang lain tu dah terlupa dah guna buatpe walaupun nilai duit menang tue lagi besar dari harga gold dan silver cik tom pernah menang. huhu..

Hasil selalu singgah blogwalking blog Cikgu ni cik tom perasan kitorang berdua ni agak banyak persamaan dari segi hobi. Cikgu sukakan emas, kumpul setem, suka drama Bones, suka travel dan pernah travel ke Korea. Kesemua tu pun hobi cik tom. hihi.. Cuma cik tom tak pandai la main gitar. hahaha..

Sesiapa yang berminat nak beli emas goldbar keluaran Public Gold atau buka akaun emas, cik tom rekemen korang dapatkan khidmat dari Cikgu Hazreen. Boleh Whatapps cikgu di talian; 01120982764 atau emel; hazreen2008@yahoo.com.

Jom singgah ke blog cikgu Hazreen>> Aku Seorang Kaunselor.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar 0.5g Edisi Terhad PG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!