Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar Yapeim

Assalamualaikum dan salam sayang… Rezeki Menang Goldbar Yapeim.Pada 29 Jun 2020, ciktom ada menyertai secara suka- suka sebuah contest anjuran CMASA dan juga YaPEIM. Ciktom dapat tahu contest ni hasil hebahan dari kawan-kawan di facebook. Ciktom pernah juga kongsikan mengenai contest ini di blog ciktom; Menang Emas Sambil Shopping di CMASA.MY.

Masa tu kebetulan ciktom memang tengah nak beli sambal garing Che Nor secara online dan kebetulan pula nampak turut di jual di website CMASA.MY. Jadi, ciktom ambil keputusan untuk beli 2 bekas sambal garing Che Nor. Alhamdulillah juga kebetulan masa tu sistem error ke apa, ciktom dapat free shipping. Ada ciktom maklum pada admin dan Alhamdulillah pantas admin jawab pertanyaan dan beri bantuan kepada ciktom.

Penyertaan Peraduan CMASA & YaPEIM

Terima kasih kepada model cilik, indera yang comel. hehe.. Post ciktom ni berjaya dapat 112 likes, 67 komen dan 9 shares.

Rezeki Menang Goldbar Yapeim

Caption gambar ciktom ini di facebook ialah Saya suka CMASA.MY kerana terdapat pelbagai jenis produk tempatan ditawarkan yang kekadang sukar untuk dapatkan dikedai biasa, harga yang berpatutan, interface website menarik serta mudah untuk dilayari. Hanya shopping di hujung jari tanpa perlu dedah diri pada bahaya serta jimat masa dan tenaga.😍

Nota: Sambal garing rangup Che Nor ni memang sedappp makan dgn nasi panas2/roti/ketupat. jom support produk tempatan.

Pengumuman Peraduan CMASA & YaPEIM

Gambar pengumuman pemenang contest CMASA dan YaPEIM di facebook CMASA. Ciktom menang nombor 3. hehe..

Waktu Operasi Ar Rahnu YaPEIM

Lepas tu, ciktom terima PM di facebook dari admin CMASA minta bagi butiran diri bagi proses penebusan hadiah yang ciktom menangi dan pilih Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan dengan ciktom. Ciktom pilih Ar Rahnu YaPEIM Larkin, Johor Bahru.

Ciktom dimaklumkan boleh tuntut emas tu dalam tempoh 27-31 Julai 2020 di Ar Rahnu YaPEIM yang telah ciktom pilih.

Jadi ciktom check la waktu operasi Ar Rahnu YaPEIM di website ialah pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar Yapeim

Alhamdulillah proses ciktom tuntut goldbar YaPEIM dipermudahkan dan semua staff ar rahnu yapeim memang peramah semuanya. Sebenarnya banyak lagi ciktom nak tanya tapi oleh sebab kekangan masa dan suami serta anak- anak menunggu di dalam kereta,

Jadi terpaksa singkatkan masa perjumpaan. Sempatlah mereka ambil gambar dan minta sign borang bukti ciktom dah terima hadiah goldbar yapeim.

Goldbar Yapeim 1g
Rezeki Menang Goldbar Yapeim

Terima kasih kepada pihak CMASA dan YaPEIM atas rezeki hadiah goldbar ni. Happy sangat. hehe..

Website YaPEIM dan CMASA

Untuk lebih banyak maklumat mengenai produk YaPEIM dan CMASA ini boleh la korang layari website;

Website YaPEIM: https://www.yapeim.my/
Website CMASA: https://cmasa.my/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar Yapeim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.