Alhamdulillah… Rezeki Review Tahun Baru

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera…. Dah beberapa hari tak update blog sebab busy on weekend hari tu pergi event. Tak sempat nak sediakan entri for autopublish untuk minggu ni. huhu….

Ni pun just quick update. Alhamdulillah… Allah sebaik-baik pemberi rezeki kepada umatNYA.

Alhamdulillah untuk pembuka rezeki tahun ni. Cik tom dah terima beberapa komisen dari affiliate jobdirumah dan affiliate lain. Tapi affiliate dari ashadee masih tak berhasil lagi nampak gayanya.

Alhamdulillah
Alhamdulillah. (sumber: deviantart)

2 contest review yang cik tom join pada tahun ni dah diumumkan pemenangnya. Alhamdulillah cik tom salah seorang dari 3 pemenang Contest Homestay Regalia Studio. InsyaAllah kalau takde aral melintang akan tuntut hadiah 2H 1M bulan Mac ni ke sana bersama adik dan kawan. Buat bachelor’s party! hehe…

Pemenang Contest Homestay Regalia Studio.
Pemenang Contest Homestay Regalia Studio. (Sumber: eyriqazz)

Contest review kedua yang cik tom menang ialah Contest Ephyra Phase 2. Alhamdulillah berjaya menang tempat pertama review. Thanks pada kawan Ja dan Shida yang tolong cik tom amik gambar. Nati blanje korang makan. huhu…

Yang terkejut siap dapat call pujian suka dengan entri review cik tom dari pengasas Ephyra iaitu Pn. Amiza. Memang baik dan peramah sangat Kak Miza ni.

Pemenang Top 3 Ephyra Phase 2
Pemenang Top 3 Ephyra Phase 2

Eh lupa.. satu lagi giveaway dari blog Anuar, cik tom berjaya dapat hadiah buku Eksekutif Smart : Bekerja dengan lebih efektif. Ok pasni boleh kerja lagi efektif. hehe…

Thanks pada semua penganjur serta sponsor bagi contest dan giveaways yang cik tom join.

Sebenarnya perkataan “ALHAMDULILLAH” ni bukan time dapat duit je perlu diucapkan. Bila bangun pagi masih diberikan kesempatan untuk menhirup udara di muka bumi ni pun kita patut bersyukur Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menambah amalan padaNYA dan meninggalkan larangan yang ditegah Allah.

Alhamdulillah for everything. (Sumber: tumblr)

Alhamdulillah atas segala rezekiMU… Semoga besok dan seterusnya selalu dilimpahkan dan dibukakan pintu rezeki hambaMU seluas-luasnya. amin..

Nota kecil: ada berminat untuk entry review @ advertorial? Sila hubungi cik tom di “Hubungi“. Ada offer menarik bagi advertorial bulan Februari. Untuk bulan ni dah full quota.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “Alhamdulillah… Rezeki Review Tahun Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE