Alhamdulillah Selesai Majlis Perkahwinan Cik Tom & Padin

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pengunjung blog ciktom. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya dipermudahkan segala urusan majlis kesyukuran ciktom sempena menamatkan zaman bujang pada 17 September 2016 yang lepas.

cik tom dan padin rose

Memang letih buat kenduri kendara ni. Lagi2 majlisnya banyak kitorang DIY sendiri. Nak puas hati dan save bajet buat sendiri la kononnya hihi…

pengantin lelaki sarung bangle pada pengantin perempuan

Lega hati bila semuanya selesai. Walaupun terdapat juga sedikit kekurangan (oleh sebab pihak bridal dan catering) pada majlis kesyukuran tapi terpaksa pejam mata jela. Bak kata my sis, Yaty pengantin kena happy. Yang tak okay tu tak payah nak fikir banyak. huhu…

  • Pada 17 September 2016, berlangsungnya majlis kesyukuran bagi pihak perempuan di Terengganu.
  • 18 September pulak sesi mengemas rumah apa yang patut dan sesi buka hadiah beramai-ramai.
  • 19 September kami berkunjung ke rumah pak cik dan mak cik saudara perkenalkan ahli keluarga baru la katakan.
  • 20 September pulak hantar barang2 sewa majlis kenduri dan bayar baki bayaran sewaan catering, homestay dan lain-lain.
  • 21-22 September pergi bercuti 2H1M ke Pulau Kapas. Kira cam pre-honeymoon.

gambar pengantin dengan keluarga perempuan

23hb September jam 8.30 pagi kami bertolak ke Perak dengan 1 van dan 1 Myvi untuk majlis sambut menantu bagi pihak Lelaki di Perak. Alhamdulilah perjalanan jauh dari Terengganu ke Perak berjalan dengan lancar. Cuma kurang best hari kedua aircond van disewa rosak. Kesian tengok diorang berpanas dalam van.

kenduri Perempuan

Alhamdulillah majlis di Perak pada 24 September 2016 turut berjalan dengan lancar. Terharu ramai sedara mara sanggup turun dari Kuala Lumpur untuk turut serta menghantar cik tom ke rumah mertua. Terima kasih banyak sekali lagi kalau korang terbaca entri ni ye. 🙂

staring each other

Kitorang kemudian pergi berbulan madu ke Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah selama 4H3M. Seronok pergi bercuti ke Sabah. Tempatnya sejuk nyaman sekali. Memang salah satu tempat wajib kunjungi bagi tempat yang menarik di Malaysia.

Pergh memang letih dalam masa hampir 2 minggu nonstop bergerak ke sana sini dari Terengganu->Pulau Kapas->Perak->Johor->Sabah->ke Johor semula. Lepas ni cik tom akan secara rasminya jadi warga JB la jawabnya. hihi..

Pada yang tanya cik tom menyesal tak, tak kahwin awal?? Cik tom rasa okay je. hehe.. Perkahwinan ini hanyalah satu permulaan hidup yang sudah tentu lebih banyak cabaran manis dan pahit dalam menyatukan dua hati manusia dan keluarga.

merenung masa depan yang tidak pasti

Korang doakan semoga cik tom dan suami sentiasa toleransi, bersabar dalam menempuhi alam perkahwinan. Semoga perkahwinan kami berbahagia sehingga ke Jannah. amin…

InshaAllah cik tom akan berkongsi pada artikel akan datang mengenai segala persiapan dan anggaran bajet perkahwinan secara bersederhana di majlis pihak perempuan di Terengganu.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

58 thoughts on “Alhamdulillah Selesai Majlis Perkahwinan Cik Tom & Padin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE