Alpha Lipid SD2- Kurus Badan Cara Sihat dan Berkesan

Adakah anda merasakan diri anda gemuk atau obes? Jangan bimbang kerana anda tidak keseorangan. Berdasarkan statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 16.8 juta rakyat Malaysia kini menghadapi masalah berat badan berlebihan.  Masalah ini bukan hanya melibatkan kaum wanita, malahan ianya ini turut melanda kaum lelaki.

Bagaimanakah cara anda mengatasi masalah kegemukan ini?? Ada sesetengah yang sanggup menahan lapar hanya semata-mata ingin kelihatan sentiasa kurus sehingga membawa tabiat makan yang tidak betul. Hasilnya bukan berat badan berkurang malahan ianya bertambah!

Cara slim diet yang dilakukan ialah SALAH! Selain pemakanan yang seimbang dan bersenam, badan kita juga memerlukan supplement tambahan untuk membantu keseimbangan diet dalam badan kita.

Namun, lambakan produk pengurusan badan di pasaran membuatkan anda keliru untuk memilih produk yang selamat dan berkesan. Dengan pelancaran produk Alpha Lipid SD2, persoalan tersebut tidak lagi menjadi masalah. Produk ini telah terbukti menurunkan sehingga 2-5kg dalam masa seminggu dan seterusnya mengekalkan berat ideal anda.

Alpha Lipid Slim Diet 2
Alpha Lipid Slim Diet 2

Maklumat Ringkas Produk Alpha Lipid SDII

  1. Apakah Alpha Lipid SD2?
  2. Formula Sihat dan Berkesan Alpha Lipid SD2
  3. Kelebihan Produk Alpha Lipid SD2
  4. Testimonial Produk Alpha Lipid
  5. Bagaimana Untuk Mendapatkan Alpha Lipid SD2

Apakah Alpha Lipid SD2?

Alpha Lipid SD2 merupakan campuran komprehensif protein isolate bukan GMO, serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Produk ini membantu anda dalam proses pembakaran lemak dalam badan secara semulajadi yang menghasilkan keton dan disebut sebagai ketosis.

Alpha Lipid SD2 merupakan program pengurusan badan yang pertama mengamalkan teknik diet tanpa berlapar, di mana anda tidak perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda sepanjang tempoh berdiet. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu walaupun proses pembakaran lemak sedang rancak berlaku dalam badan anda.

Formula Sihat dan Berkesan Alpha Lipid SD2

Kandungan semulajadi Alpha Lipid SD2 adalah produk lengkap untuk menggalakkan proses penurunan berat badan dan seterusnya mengekalkan kelangsingan anda dalam jangkamasa panjang:

  • Ekstrak daun teh hijau (green tea) membantu meningkatkan metabolisma dan penggunaan tenaga. Selain itu, ia juga adalah antioksida yang kuat
  • Formula tinggi proteinmemperbaiki jisim otot dan turut meningkatkan tahap metabolisma
  • Tambahan serat/ fiber membantu sistem penghadaman (melawaskan) dan memberi rasa kenyang lebih lama (elak Gastritis)
  • Formula Alpha Lipid SD2 bertindak untuk penyerapan nutrien dan vitamin yang lebih baik dan berkesan

Kelebihan Produk Alpha Lipid SD2

Terdapat pelbagai kelebihan produk Alpha Lipid SD2, diantaranya ialah;

  • Produk Alpha Lipid SD2 ialah produk yang selamat dan berkesan kerana berasaskan bahan semulajadi
  • Telah menghapuskan 6000 tan lemak seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran
  • Menurunkan berat badan tanpa diet ekstrim, anda perlu makan seperti rutin biasa
  • Menegangkan kulit dan tiada gelebehan kerana berasaskan protein soya
  • Mengurangkan masalah berkaitan obesiti seperti sakit lutut, darah tinggi dan juga kencing manis
  • Menjimatkan kos dan mudah kerana kos penurunan per KG yang lebih murah dan semua dalam 1 pakej produk yang lengkap
  • Ianya mengandungi nutrien semulajadi yang mengurangkan risiko kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis serta menyingkirkan toksik dalam badan.

Testimonial Produk Alpha Lipid SD2

Antara testimonial bergambar pengguna Produk Alpha Lipid SD2 ialah sebelum penggunaan berat badan ialah 63 kg dan Alhamdulillah selepas penggunaan produk Alpha Lipid SD2, penurunan berat badan dari 63 kg kepada 47 kg!! Menakjubkan!!

Testimonial Alpha Lipid SD2
Testimonial Alpha Lipid SD2

Bagaimana Untuk Mendapatkan Alpha Lipid SD2?

Sudah tiba masanya anda melupakan diet yang lama dan beralih kepada produk pengurusan Alpha Lipid SD2 yang terbukti mudah, sihat dan berkesan. Namun, anda masih perlu berhati-hati dengan produk tiruan yang hadir dalam pasaran. Pastikan anda mendapatkan produk Alpha Lipid SD2 yang tulen, hanya dari pengedar yang sah dan bertauliah seperti Puan Mia Adlin.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pengedar sah dan bertauliah produk Alpha Lipid SD2 iaitu Puan Mia Adlin di talian 010-221 9220 atau layari blog beliau di www.rahsiaslimdiet.com untuk sebarang pembelian dan info lanjut berkenaan produk Alpha Lipid SD2.

Facebook: http://www.facebook.com/miaslimdiet
Fanpage: https://www.facebook.com/RahsiaSlimdiet

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

46 thoughts on “Alpha Lipid SD2- Kurus Badan Cara Sihat dan Berkesan

  • October 15, 2012 at 4:46 pm
    Permalink

    Waaaa…nak kurus jugak…boleh contact Puan Mia ni…Thanks share info..

    Nanti sesenang singgah webshop Mummy at http://www.qashmere.net

    Reply
  • October 15, 2012 at 7:06 pm
    Permalink

    hoho..mesti mamat tu cari ko kan. haha..

    Reply
  • October 15, 2012 at 7:33 pm
    Permalink

    Nasib baik saya kurus. haha

    Reply
  • October 15, 2012 at 10:11 pm
    Permalink

    nk kurus la..hehe

    Reply
  • October 16, 2012 at 2:57 pm
    Permalink

    setahu sy..kalau mkn sd2 ni dia punya makan nk kena jaga betul-betul..mcm2 x boleh makan..seksa wooo..lgpun turun berat badan sekali banyak yg hilang bukan lemak tp air..takpela biar lambat asal selamat

    Reply
    • October 29, 2012 at 12:04 am
      Permalink

      asalkan selamat dan tak ada kesan sampingan, bagus ler… kalau ada kesan sampingan..ee menakutkan…

      Reply
      • October 29, 2012 at 12:05 am
        Permalink

        saya pun dah lama nak kurus, tapi masih juga tak kurus2. banyak jugak kwn2 yang cadangkan makan ubat ini, ubat itu…tapi takut ler nak cuba kecuali kalau ada kwn yang dah cuba dan kita nampak kesannya…

        Reply
  • October 16, 2012 at 2:59 pm
    Permalink

    kena amalkan selalu barulah dapat body yang slim…kalau guna sekadar rajin je…tak menjadi la nanti..selamat mencuba.

    Reply
  • October 16, 2012 at 3:34 pm
    Permalink

    saya slim dengan alpha lipid :”D

    Reply
    • October 29, 2012 at 12:13 am
      Permalink

      saya pun nak cuba kalau betul2 dpat kurus. hehehe…tggu ramai yang cuba dulu, nanti baca pengalaman mereka….

      Reply
      • October 29, 2012 at 12:14 am
        Permalink

        semoga yang ingin slim tu berjaya slim dengan alpha lipid…

        Reply
  • October 18, 2012 at 2:46 am
    Permalink

    Badan sihat minda cergas..kurangkan berat anda secara sihat..

    Reply
  • October 18, 2012 at 8:25 am
    Permalink

    Memang bagus produk alpha lipid nie…

    Reply
  • October 18, 2012 at 11:06 am
    Permalink

    yang pasti amalkan diet yang betul 🙂

    Reply
  • October 18, 2012 at 1:09 pm
    Permalink

    Emm tak pernah try lagi..sebab badan still slim lagi..huahuahua…

    Reply
  • October 19, 2012 at 8:40 am
    Permalink

    Salam;
    Alfa ni juga diformulasikan dengan kolestrum, eeik betul ke Cik Tom? ..kolestrum ini memang sangat baik untuk kualiti kesihatan pengamalnya.

    Reply
  • October 19, 2012 at 10:57 am
    Permalink

    Sudah menjadi idaman wanita mahukan bentuk badan yang menarik.

    Saya ingin menasihatkan adalah mengamalkan diet yang sihat.

    Reply
  • October 19, 2012 at 1:42 pm
    Permalink

    Salam Cik Tom, Memang tidak dinafikan, Alpha II ni memang berkesan. Kawan saya guna 1 tin boleh turun 2kg dalam 1 Week.

    Reply
  • October 20, 2012 at 11:38 am
    Permalink

    boleh cuba ni utk lesskan lemak yang mengelilingi pinggang

    Reply
  • October 20, 2012 at 7:02 pm
    Permalink

    sekarang ni saya guna herbalife…tapi tak tahan la dengan kosnya yang tinggi..

    Reply
  • October 20, 2012 at 11:38 pm
    Permalink

    Pakwi tak gemuk tak kurus…
    jadi xyah guna apa2 formula nk kurus…hehe

    Tq..singgah umah buruk Pak Wi

    Reply
  • October 21, 2012 at 6:44 am
    Permalink

    produk kurus sangatlah dicari-cari sekarang ni yer.

    Reply
  • October 21, 2012 at 10:09 pm
    Permalink

    Mmg terbukti melangsingkan badan…. Tentu badan cik tom lansing mcm bidadari kan… heeee..

    Reply
  • October 22, 2012 at 5:16 pm
    Permalink

    terfikir mcm nak cubo la…PM sampai sekarang nak diet tak jalan2…huhu

    Reply
  • October 22, 2012 at 9:56 pm
    Permalink

    Terbaiklah Cik Tom..sesiapa yg berminat boleh cuba..ramai yg dah berjaya 🙂

    Reply
  • October 24, 2012 at 11:37 am
    Permalink

    Sedang eloklah tue!!!

    Reply
  • October 29, 2012 at 1:25 pm
    Permalink

    bukan sekadar mengecilkan badan ciktom, sekurangnya badan akan berasa ringan dan kesihatan kita kan terjamin jugak kan?? tks

    Reply
  • October 30, 2012 at 11:58 pm
    Permalink

    Memang berkesan!!! saya sendiri dah cuba. Badan rasa ringan dan kurus dengan cara yang sihat. Saya pengedar ALPHA LIPID SDII yang sah.

    Reply
  • February 14, 2013 at 1:01 pm
    Permalink

    Kalu boleh, amik la org bukan islam utk jadikan model kurus. Ni byk aku tgk sbelum pakai produk, elok je pakaiannye, dah kurus pakai baju ketat display aurat utk public…masyallah..berjaya yahudi skarang mendedahkan aurat muslimah malaysia. (pakai tudung tak wajib,yg wajibnya tutup aurat…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE