Anak murid terlampau pandai

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat,faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu:
Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu:
Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Anak murid terlampau pandai

  • August 3, 2010 at 8:04 am
    Permalink

    abis la kalo ade btol2..

    Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2010

    Reply
  • August 3, 2010 at 12:36 am
    Permalink

    hahah cite ni lawak gilak kan..baca byk kali pun still pecah perut n x pena muak.adoii

    Reply
  • August 3, 2010 at 1:41 am
    Permalink

    ngeh3x… lawak2… 😛

    Reply
  • August 3, 2010 at 11:52 am
    Permalink

    hahaha. xbleh blah btol!

    Reply
  • August 3, 2010 at 1:52 pm
    Permalink

    iQaChumel: mmg lawak..tp kl jadik cikgu tu mesti bengang..hehe…

    Melati Qistyna's Mummy : lawak ceriakan pagi..ngeh3..

    Reply
  • August 3, 2010 at 1:53 pm
    Permalink

    arek: xmustahil ade betol2..huhu..

    syufaa: haha..kn jadik cikgu yang penyabar 🙂

    Reply
  • September 26, 2010 at 3:50 am
    Permalink

    mintak share bole ? 🙂

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:09 am
    Permalink

    @tengku: boleh2..amik la share yunk 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!