Anda Pencinta Haiwan? Jom Terjah Dogscorner

Hi uoolss.. Ada pembaca blog ciktom pencinta haiwan ? Ciktom tahu mesti ramai pencinta haiwan kan dikalangan pembaca blog ciktom. Macam ciktom sendiri pernah bela haiwan peliharaan seperti ikan dan juga kura-kura. Ada haiwan peliharaan ini memang menyeronokkan dan bagaikan satu terapi kepada manusia.

Sebenarnya memelihara haiwan peliharaan bukan sahaja dapat memupuk rasa sayang dan cinta terhadap alam sekitar, malah juga dapat mengajar anda erti sabar dan tanggungjawab.

Anda Pencinta Haiwan? Jom Terjah Dogscorner

Dalam pelbagai pilihan haiwan, anjing adalah antara haiwan peliharaan paling setia pada tuannya dan mampu menurut arahan jika dilatih dengan baik. Oleh sebab itu lebih ramai pencinta haiwan lebih gemar untuk memelihara anjing berbanding haiwan lain. Jangka hayat anjing bersaiz kecil lebih panjang berbanding anjing bersaiz lebih besar.

Anda Pencinta Haiwan? Jom Terjah Dogscorner

Khas untuk pembaca non-muslim blog ciktom, ciktom nak perkenalkan satu website iaitu Dogscorner.com.au yang telah ditubuhkan semenjak 2013 dan diasaskan di Melbourne, Australia.

Interface website dogscorner

Yang menariknya Dogscorner ni menawarkan pelbagai produk khas untuk pencinta anjing seperti barangan T-shirts, Tote Bag, Mug or Personalised Gift. Malahan anda juga boleh memilih lebih dari 30 jenis baka anjing dan semua design original dan kreatif. Harga juga berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.

Kalkulator Kiraan Umur Anjing

Pada yang mungkin tertanya-tanya berapakan usia sebenar anjing peliharaan anda? Kiraan usia anjing ialah bahawa setiap tahun bagi haiwan berkaki empat adalah bersamaan dengan tujuh tahun untuk kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, membandingkan umur anjing dengan tahun manusia tidaklah begitu mudah. Untuk kemudahan anda, pihak Dogscorner.com.au telah mencipta kalkulator umur anjing percuma untuk anda iaitu Convert Dogs Year to Human Years.

Jangan lupa untuk checkout lebih banyak produk menarik khas untuk pencinta anjing di Dogscorner.com.au!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.