Apa itu Feed-in-Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia?

Korang ada perasan tak kat bil elektrik korang tue (if lebih dari RM77 sebulan), ada dikenakan caj tambahan 1.6% yang dikenakan dalam bil elektrik untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB/ RE Fund).

Feed-in Tariff (FiT)
Feed-in Tariff (FiT) (Sumber: AdaptEnergy)

Hasil dari surcaj 1.6% tue macam2 spekulasi keluar kat media sosial. Masa tu pun cik tom tak faham sangat kenapa ada surcaj tu. Tapi bila cik tom dengar penerangan sebenar dari pihak SEDA baru cik tom faham.

Huh semua spekulasi tue tak betul pun!

Rupanya caj tambahan 1.6% tu dilaksanakan ada keperluan yang kukuh. Tapi kita semua duk bising sana-sini tanpa kita semua tahu sebenar apa tujuan dikenakan caj tambahan tue….

Actually caj tambahan 1.6 % tue tak dikenakan untuk semua pengguna TNB. Tapi hanya dikenakan bagi pengguna yang guna tenaga elektrik melebihi RM77 sebulan atau melebihi penggunaan 300kWh sebulan.

Ini bertujuan menggalakan lebih banyak penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB sehingga tertubuhnya satu dana yang diberi nama “Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)” atau Re Fund yang terpapar pada bil elektrik korang kalau melebihi RM77 sebulan. Kalau rendah dari tue tak yah nak sibuk cari kat bil korang. Confirm takde ek.. hehe…

Bil elektrik rumah cik tom kurang dari RM77 takde kena surcaj. Pinjam bil dari ladfeamir yang exceed RM77. Nampak tak bil ladfeamir dah bulatkan kaler merah tu la Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (RE Fund).

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (Sumber: ladfeamir.com)

Caj tambahan yang dikenakan oleh TNB, NUR Distribution dan SESB  ini kemudiannya diuruskan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA Malaysia) untuk urusan pembayaran kadar Feed-in Tariff (FiT) kepada pembekal tenaga elektrik dari sumber TBB iaitu pemaju mahupun individu.

Erkk..tiba-tiba mesti korang tertanya2; Apa pulak Feed-in Tariff (FiT) ni??

Ok rileks ye… FiT ni sebenarnya satu sistem yang dilaksanakan untuk mengalakkan penghasilan Tenaga Boleh Baharu (TBB) oleh industri atau individu. Sistem FiT ini membolehkankan elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu oleh industriatau individu tue dijual kepada syarikat utiliti kuasa (contoh: TNB, SESB & NUR) pada kadar harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

FiT Mechanism in Malaysia
FiT Mechanism in Malaysia (Sumber: SEDA Malaysia)

Jom baca: Apa itu Tenaga Boleh Baharu (TBB)??

Korang boleh tambah pendapatan sampingan dengan cara membekal elektrik melalui TBB seperti sistem solar, biomass, biogas dan hydro kecil. Biasanya paling mudah korang boleh pasang solar panel atas atap rumah. Cahaya matahari akan diserap oleh solar panel dang menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik ni then korang akan dibekalkan kepada grid elektrik dan dikira hasil elektrik untuk tujuan pembayaran secara bulanan.

Contoh rumah yang memasang solar panel.
Contoh rumah yang memasang solar panel. (Sumber: cooltex)

Nak tahu details cara tambah duit jadi pembekal elektrik dari TBB boleh cek website: SEDA Malaysia.

Contoh bila korang jadi salah seorang individu yang bekalkan tenaga elektrik ni lah Sistem FiT akan memainkan peranan penting untuk melakukan pembayaran hasil elektrik dijana oleh korang. Ada faham??

Sistem FiT
Sistem FiT (Sumber: EnergySaving)

Ini bertujuan menambah lagi jumlah elektrik yang dijana dalam Malaysia kerana pertambahan rakyak Malaysia yang semakin tinggi. So, ini akan menggalakan pertambahan lagi kuota untuk pemaju atau individu menyertai sistem FiT. Secara tak langsung mengatasi masalah terlalu bergantung pada elektrik dari sumber asli yang bakal habis.

Cik tom tau pasti ramai rasa tak puas hati dengan surcaj 1.6% yang dikenakan untk  RE Fund ni. Tapi ini untuk kepentingan generasi anak, cucu, cicit kita akan datang jugak;

  • Untuk mengelakkan bergantung sepenuhnya penjanaan elektrik hanya pada sumber asli (petroleum, arang batu dan gas asli) yang bakal habis satu hari nanti. Kalau dah habis semua sumber asli tu sanggup ke lihat anak cucu cicit korang bergelap???
  • Memberikan peluang pendapatan kepada pihak pemaju atau perseorangan dengan menjana tenaga elektrik dari sumber tenaga boleh baharu.
  • Yang ni paling PENTING… Untuk melindungi alam sekitar dari tercemar sebab sekarang penjanaan elektrik dihasilkan dengan pembakaran api fosil. Hasil pembakaran ni banyak menghasilkan carbon dioksida yang membahayakan manusia.
Bil bulanan rumah sewa cik tom
Bil bulanan rumah sewa cik tom

Yang ini bil terbaru rumah sewa cik tom kat Jengka, Pahang. Alhamdulillah bil elekrik dari 15 Disember 2013 hingga 14 Januari 2014 (30 hari) hanya RM40.11. Lepas tahu kenaikan tarif elektrik 2014 terus semua housemate beria nak save energy. Kalau tak sebelum ni pernah je naik bil elektrik melambung RM100 sebulan. Untuk makluman korang, cik tom duduk  8 orang serumah dan ada 5 bilik tidur dan 2 bilik air. Korang boleh bayangkan tak kalau semua 5 bilik tidur dan bilik air on lampu camne. Tue tak kira lagi buka lampu dapur dan ruang tamu.

Bil tinggi atau rendah bukan terletak pada tarif elektrik yang naik atau berapa jumlah orang yang ada dalam rumah. Kalau tak pandai berjimat duduk 2 orang serumah pun bil boleh lebih dari RM77. Tapi bagaimana kita optimumkan penggunaan tenaga elektrik dengan ambil langkah penjimatan elektrik.

Bil rendah dari RM77 tak dikenakan surcaj 1.6%. Secara tidak langsung dapat menjimatkan duit kita. So, sama-sama kita berjimat dan jangan membazirkan elektrik. Jadilah pengguna yang bijak dalam menggunakan elektrik sebaiknya.

Sumber rujukan: SEDA Malaysia (official website), Feed-in Tariff

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Apa itu Feed-in-Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE