Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Entry kali ini untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan cik tom mengenai plugin wordpress. Pada yang tertanya-tanya, apa itu plugin wordpress?? Secara ringkas, plugin wordpress adalah satu aplikasi tambahan atau pihak ketiga yang mengandungi fungsi script bagi meningkatkan fungsi sesebuah blog wordpress. Jika pengguna blogspot kebiasaannya akan edit code di dalam blog jika ingin menambahkan sesuatu aplikasi tambahan seperti “top commentar”. Tapi bagi pengguna wordpress hanya install plugin “top commentar” dan siap tanpa perlu mengubah apa-apa code.
Terdapat pelbagai jenis plugin bergantung kepada tujuan dan fungsi yang diinginkan. Antaranya plugin bagi mengawal spam komen, mempercepatkan loading sesebuah blog dan sebagainya.
1. Apa itu Plugin?
2. Kelebihan Plugin?
3. Keburukan Plugin?
4. Bagaimana Nak Pasang Plugin?
5. Senarai Plugin WordPress Yang Terbaik?
6. Senarai Plugin di Blog Ciktom
Apa itu Plugin?
Plugin berfungsi sebagai aplikasi tambahan untuk mengoptimakan perfomance blog dalam keadaan yang terbaik. Perumpamaan mudah hosting wordpress itu ibarat rumah manakala plugin ini ibarat grill rumah, sofa, kabinet dapur dan lain-lain aksesori rumah. Plugin ini seperti aksesori rumah yang memberi fungsi tambahan bagi meningkatkan security rumah, mencantikkan rumah, meningkatkan keselesaan rumah dan sebagainya. So, blogger akan gunakan plugin untuk keselesaan blog/ meningkatkan perfomance blog.
A WordPress Plugin is a program, or a set of one or more functions, written in the PHP scripting language, that adds a specific set of features or services to the WordPress weblog, which can be seamlessly integrated with the weblog using access points and methods provided by the WordPress Plugin Application Program Interface (API).- wordpress Codex
Kelebihan Plugin?
Kelebihan utama plugin ini ialah memudahkan blogger menambah sebarang aplikasi tambahan hanya secara install tanpa mengubah apa – apa code secara manual. Kelebihan lain adalah bergantung pada tujuan asal sesuatu plugin itu digunakan. Contohnya mempercepatkan loading blog, mengawal spam komen, memudahkan blog terindeks di enjin carian, statistik blog dan lain-lain.
Keburukan Plugin
Setiap satu kelebihan itu pasti ada keburukan jika kita tersilap percaturan dalam menggunakannya. Hal ini sama juga dengan plugin. Sebagaimana diketahui terdapat beribu jenis plugin dan setiap jenis plugin boleh digunakan dalam proses meningkatkan optimasi blog. Walaubagaimanapun, tidak semua plugin sesuai digunakan di dalam blog. Sebaiknya pilih plugin yang terbaik untuk digunakan di blog dan delete mana-mana plugin yang tidak digunakan kerana penggunaan plugin yang berlebihan boleh memberatkan loading blog. Jadi pilih plugin yang bersesuaian jangan tamak ye. huhu..
Bagaimana Nak Pasang/ Install Plugin?
Jadi, kita dah tahu serba sedikit mengenai plugin. Macam mana pula nak gunakan plugin ini ye?? Caranya mudah je korang hanya perlu install dan activate plugin yang disukai. Langkahnya seperti dibawah;
1. Login ke Dashboard WordPress
2. Klik “Plugins” >> “Add New”.
3. Jika plugin yang ingin diinstall sudah terdapat dalam komputer (dah di save), klik ’Upload” dan browse lokasi file plugin tersebut dan klik “Install Now”.
4. Jika sekiranya belum ada file plugin, boleh masukkan jenis plugin yang ingin di install di kotak search dan klik “Search Plugins”.
5. Kemudian akan keluar senarai plugin dicari. Klik “Install” di jenis plugin yang dikehendaki.
6. Last, klik “Activate Plugin” untuk mengaktifkan plugin yang baru saja di install di blog.
Senarai Plugin WordPress Yang Terbaik?
Pada pendapat cik tom tiada senarai 10 plugin yang terbaik sebabnya terdapat beribu jenis plugin. Semua plugin bergantung pada keperluan sesebuah blog itu. Kalau nak bagi blog mesra enjin carian mungkin pemilik blog akan menginstall hampir kesemua jenis plugin berkaitan dengan SEO. Kalau owner blog jenis suka blog yang simple pula mungkin akan mengoptimakan load blog dengan plugin yang membantu perfomance blog. Di sini cik tom senaraikan 6 artikel berkaitan plugin dari blog lain yang mungkin bersesuaian bagi sesiapa yang masih tercari-cari jenis plugin yang bersesuaian dengan blog masing-masing.
i. 20 Powerful Plugin Untuk Menghasilkan Blog Yang Mantap!
ii. Plugin SEO Terbaik
iii. Senarai Plugin Terbaik untuk Blog WordPress
iv. 10 wordpress plugin terbaik
v. 10 Plugins Terbaik dan Popular WordPress
vi. Plugin WordPress Terbaik Buat Blog
Senarai Plugin di Blog Ciktom (24 Januari 2012)
1. Akismet => mengawal segala komen yang berunsur spam komen.
2. Broken link checker => berfungsi untuk memeriksa link di dalam blog yang sudah rosak atau error dan boleh edit link atau unlink di “Tools”> “Broken Links”.
3. Comment Reply Notification => Menghantar email makluman kepada pemberi komen sekiranya terdapat balasan komen pada entry tersebut.
4. Dean’s Permalinks Migration => Untuk perbaiki link artikel blog.
5. Google Analytics for WordPress => memberi maklumat trafik blog, keyword, jumlah view bagi post dan segala statistik di blog.
6. Google XML Sitemaps => bagi memudahkan blog terindeks di enjin carian.
7. Table of Contents Creator => membina sitemap yang menyenaraikan author, pages, entry termasuk intro ringkas mengikut category di dalam satu page.
8. Tweet, Like, Google +1 and Share => untuk memudahkan pengunjung blog berkongsi artikel dengan social network seperti tweet, like, google plus dan share facebook.
9. W3 Total Cache => Memberikan kelajuan loading blog ketika pengunjung mengakses blog.
10. WordPress SEO => plugin untuk mengoptimasikan blog dengan ciri-ciri artikel mesra SEO.
11. WP-Optimize => untuk mengoptimasikan blog dengan mendelete data-data yang tak diperlukan dan juga delete autosave data yang automatik dibackup ketika kita menulis entry.
Harap entry ini dapat membantu kawan-kawan blogger yang baru bertukar hosting mahupun yang masih dilema nak bertukar hosting atau tidak. Setiap satu sudah semestinya ada pro dan kontra. Selebihnya, bergantung pada cara kita untuk menggunakannya. Gunakanlah plugin sebaiknya mengikut keperluan sesebuah blog.
Berminat nak beli domain atau hosting di Netkl?? Boleh klik banner netkl dibawah; Pada yang masih blurr2 boleh rujuk entry; Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya






tak semua ada separuh sahaja hee..
owh suri guna plugin apa?sharelah kalau free…
1. Akismet => mengawal segala komen yang berunsur spam komen.kebanyakan bloger ada guna utk halang spamkan.klu tak pakai lagi banyk yng komen3 sangkut dlm blog huuu..
aah kalau xpakai berlambak komen spam yang masuk.
ok .. nice info
thanks.
entri yang banyak berfaedah kepada blogger. terima kasih.
sama2..
undi ciktom untuk
blogger and social media awards
thanks adik..
ohh..hari ini saya baru tahu apa itu plugin wordpress..terima kasih kepada cik tom kerana menerangkannya dengan detail. hehe..
sengal..titan dah pro..suhh…main jauh2..huhu
patutla blog cik tom mantap.. inilah rahsianya.. ahakss.. tp an, cari2 x jumpa Dean’s Permalinks Migration tu kat wp.. hihi
blog xmantap pun..biasa2 je..eh xjumpa ke??kalau xjumpa boleh search kat google and download ke pc/lappy dulu..after that baru upload balik dalam blog..
info berguno nih…tapi untuk tukar hosting belum lg kot..takut lak lain jadi nyer..hilang terus ke blog nih…huhu
xpe bila berkeyakinan nanti boleh tukar hosting.
Perkongsian yang bagus. ADa few plugins yang saya boleh pakai juga…thanks for sharing.
depend atas masing2 untuk pakai plugin yang bersesuaian dengan blog.
Pergh ~ kalau saya.. berlambak plugin.. hehe..
berlambak tue banyak mana??share la..
separuh dari plugin ciktom saya x pakai
ish ye ke??plugin mana yang juan guna ye??
saya pakai 1,2 dan 6 dari apa yg cik tom pakai
owh..ciktom ingat nak minimakan lagi plugin n buang mana yang patut..tgh cari tutorial bersesuaian..thanks juan..
Pingback: Senarai Plugin Wordpress Yang Terbaik?
Baru lepas buat entri pasal plugin.. Ada amik ayat ciktom sikit. Kita da kasi kredit
ok…thanks utk backlink..
sebelum melangkah ke WP,carik2 ilmu mengenai WP.teringin sgt nak ikut cik tom yg begitu fofular di antara blogger
Entri Terbaru Saya:
Sebab Sebenar Jutawan Sendayu Tinggi Memakai Purdah
nak pindah ke wordpress??jom2 pindah..hee…
ek ye ke fofular??biasa je..xde org kenal pun ciktom ni..hee..
salam cik tom. saya nak cuba pakai wordpress. tp ssh la. tak paham. so pe pndapat cik tom.. wordpress atau blogspot
kalau mahir boleh terus pakai wordpress sbbnya mmg mula2 kita nak belajar 1 perkara baru mmg susah nak faham..so cuba cari tutorial utk belajar..ciktom rs lg better wordpress..