Apa Tips Cara Promosi Affiliate Cik Tom?

Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Apa Tips Cara Promosi Affiliate Cik Tom? Di tempat mana biasa cik tom promosi link affiliate? Guna social internet networking ke? Ada banyak mailing list ke? Itulah antara pertanyaan yang kerap berkaitan bagaimanakah cara cik tom promosi program affiliate cik tom samaada di komen mahupun email.

Hasil Income Affiliate
Antara Hasil Income Affiliate

Antara hasil income affiliate yang cik tom pernah join. Terpaksa blurkan jumlahnya sebab adik cik tom budak akaun marah tunjuk nanti ada pihak berwajib yang tuntut bila asyik tunjuk income. Entah betul tak? huhu…

Cik tom takde mailing list kecuali yang subcribe update dari blog tapi cik tom tak pernah guna email untuk promosi affiliate. Selain itu, cik tom banyak terima offer yang berminat nak jual mailing list dengan harga murah tapi tak berminat. Lagipun bila tanya bro hairul cakap tak elok beli mailing list sebabnya kita tak tahu mailing list tue average age and interest ownernya. Rugi kalau beli tak sesuai dengan niche produk affiliate yang dipromosi.

Tapi memang salah satu rahsia terbesar kejayaan affiliate hunter ialah mailing list. Ada tips dan trick untuk kumpul sendiri mailing list ini tapi cik tom tak praktis lagi. Nanti dah cuba dan berjaya akan cik tom reveal in future.

So, cik tom promosi di facebook ke? Cik tom dah cuba promosi di facebook tapi kurang umpph kerana teknik yang tak umpph jugak. Ilmu facebook ni masih cik tom duk menuntut dan cari cara yang sesuai lagi. Jadi tak dapat nak komen banyak.

Semua bukan mana satu caranya? Sorry ye jangan marah…. Saja taip panjang2 sebab rindu nak menaip entri. hehe.. Caranya cik tom promosi affiliate hanyalah di blog dengan menggunakan artikel dan banner/ link text di sidebar sepenuhnya! Caranya dengan hasilkan artikel yang mesra SEO iaitu masukkan keyword2 yang paling banyak atau suka dicari pembeli di google.

Untuk hasilkan artikel itu pula janganlah semata2 mesra SEO sampai obvious sangat. Nanti takde yang insterested nak beli. Ketika menaip artikel tue make sure jangan mind set untuk jual produk semata2 tapi fikirkan korang berada ditempat pembeli. Apa yang biasa yang mereka nak tahu.

Bagi cik tom review yang baik ialah jujur tanpa berselindung. Satu lagi make sure blog mesra pengunjung means blog anda mempunyai banyak komen+ cuba balas komen tersebut untuk menambahkan keyakinan bahawa blog tersebut aktif dan boleh dipercayai. Macam korang pergi beli belah mesti lagi suka promoter yang peramah kan?

Hasil komisyen cik tom walaupun tak seberapa dan sehebat affiliate hunter yang lain tapi alhamdulillah dapatlah dijadikan sebagai income tambahan. Kalau ada nak minta belanja cendol semua tue maaflah ye sebab cik tom dah habis guna beli Samsung Galaxy Note seminggu sebelum raya dan bagi duit raya kat bebudak. hee… ^_^

Entry tips santai2 je. Malas nak skema list kan satu persatu. huhu… Tips-tips lain yang menarik untuk promosi affiliate cara mudah tanpa modal, korang boleh refer jugak artikel dari blogger halim >>>7 Cara Promosi Affiliate Tanpa Modal Sesen pun atau boleh dapatkan ebook pakar affiliate di pasaran. Korang boleh daftar satu program affiliate yang terdapat pelbagai pilihan produk untuk korang promosikan dan ianya percuma >> Jomniaga.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

46 thoughts on “Apa Tips Cara Promosi Affiliate Cik Tom?

  • September 3, 2012 at 9:40 pm
    Permalink

    Banyak tu coz dapat samsung G note…yang lama dah arwah atau simpan dalam muzium?

    Reply
  • September 3, 2012 at 9:57 pm
    Permalink

    Jujur itu yang paling penting. Jangan macam ada sesetengah blogger / affiliate marketer yang tak berapa jujur, dengan meletakkan hidden links dalam blog mereka. Hehe.

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:03 pm
    Permalink

    saya pon buat benda yg sama, cara lain x tau, hanya entry post semata semata utk affiliate

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:03 pm
    Permalink

    bestnyer dpt beli samsung note. terfikir jugak nak beli..tp bajet x berapa nak ada skrg..bnyk keutamaan benda lain..ciktom, pakai note best tak?:)

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:20 pm
    Permalink

    hebatnye ciktom…tak reti la nak mengpromo affiliate ni… hope dpt la nnt mengretikan diri..hihi

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:23 pm
    Permalink

    x berapa serius sgt dgn iklan ni, main tepek gitu2 je… 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:32 pm
    Permalink

    ooo.. saya sekarang tengah mencari cara untuk mendapatkan marketing. Lepas ni saya cuba gunakan blog saya.. Jika berminat untu tengok barangan muslim, datanglah melawat di sini http://muslimbazaar.mnmall.me/

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:43 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wbt.

    Tahniah Cik Tom. Wah, ada yang beraya masa ari tu musti seronok je sebab pakai Galaxy Note. Haaa boleh la cik tom beramah mesra lagi ye.

    Semoga berjaya Cik Tom : )

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:48 pm
    Permalink

    rasanya kalau aku mula jual barang barulah aku mengaji sedalam-dalamnya

    Reply
  • September 3, 2012 at 11:17 pm
    Permalink

    oo camtu rupanya.. memang handal cik tom ni main affiliate..
    tapi betul, jangan tunjuk sangat berapa dapat tu.. nanti ada yang pandang..

    Reply
  • September 3, 2012 at 11:47 pm
    Permalink

    Sudah kira mantap dengan hanya buat ulasan di blog sudah boleh memancing pembeli affliate.

    Reply
    • September 4, 2012 at 9:53 pm
      Permalink

      ibarat mcm salesmen juga..ayat kene power..hehe

      Reply
  • September 4, 2012 at 12:03 am
    Permalink

    hebat cik tom.. tahniah & tq for sharing. cik tom x try dropship?

    Reply
  • September 4, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini.

    Walaupun kaedah promosi yang digunakan agak simple , tetapi sikit – sikit , lama2 jadi bukitkan. 🙂

    Reply
  • September 4, 2012 at 2:20 am
    Permalink

    Ada satu lagik CikTom, promote nih adakala cepat hasil dan adakala ambil masa setahun baru dapat imbuhan? Yang penting macam CikTom cakap, konsisten dalam semua aspek… study your readers…

    Reply
  • September 4, 2012 at 8:05 am
    Permalink

    wahhh sedap ada jugak hasil dr income blog..samsung galaxy note tu..hehehe..syabas buat cik tom…emm susahkan nak buat blog supaya mesra seo..adoiiii…haha

    Reply
  • September 4, 2012 at 8:57 am
    Permalink

    mailing list kekadang membuat kan saya amarah….ya lah kalau asyik dapat emel betajuk lucah je….pastu alamat emel nama perempuan emel tajuk ‘Puaskan isteri anda’ memang nak kena seligi je rasanya…

    Reply
  • September 4, 2012 at 11:45 am
    Permalink

    Tahniah Cik Tom.
    Masing-masing ada cara yang tersendiri untuk mencari duit dari blogging ni kan? yang penting hasilnya itu halal…. 🙂

    Reply
  • September 4, 2012 at 12:23 pm
    Permalink

    oh, gitu..kena berfikir sblm buat post. sbb nak selit2 kan iklan..

    Reply
  • September 4, 2012 at 1:15 pm
    Permalink

    Blog cik tom hebat. Banyak trafik yang masuk. Sebab tu la x perlu ada mailing list pun boleh buat jualan. Anyway thanks sebab sudi share tips saya di blog ciktom ni.

    Reply
  • September 4, 2012 at 2:30 pm
    Permalink

    Wowwww!! kira income masyuk la tu siap boleh beli Note dan bg duit raya.. 🙂

    Tahniah Cik Tom 😀

    Reply
  • September 4, 2012 at 2:58 pm
    Permalink

    kak mcm mana nak buat hearder macm akak tu kotak wana ungu tu

    Reply
    • October 2, 2012 at 3:55 am
      Permalink

      ni panggil tab menu..blh refer tutorial blogspot under tutorial buat tab menu ye..

      Reply
  • September 4, 2012 at 5:06 pm
    Permalink

    saya tak pandailah. tolong ajarkan. boleh??

    Reply
  • September 4, 2012 at 8:44 pm
    Permalink

    haishh..tak paham lagi ..huhu

    Reply
  • September 4, 2012 at 11:34 pm
    Permalink

    saya dari dulu masih tak caya dengan blog boleh buat duit tapi cik tom dah tunjukkan bukti, kadang pelik jugak..

    Reply
  • September 10, 2012 at 3:47 am
    Permalink

    promote di blog pun masyuk jugak kan? n kalo tau cara lain, lagi lagi la bertambah masyuk. hihi

    Reply
  • Pingback:Komisyen Kedua dari Infokerjaya Resources

  • October 5, 2012 at 10:20 pm
    Permalink

    setuju dengan ciktom, jujur itu penting. ada sesetengah affiliater nampak sangat nak promote demi keuntungannya saja, bukan fikirkan kelebihan yang bakal pembeli akan dapat

    Reply
  • October 7, 2012 at 12:08 am
    Permalink

    Ada join beberapa affiliate program. Belum buat posting lagi. Tambah je banner. Haha…bole cuba cara cik tom :*

    Reply
  • October 7, 2012 at 6:12 pm
    Permalink

    Wah susah tu nak blog mesra seo lagi.

    Reply
  • October 14, 2012 at 8:44 pm
    Permalink

    untuk permulaan mailing list rasanya ok..tapi kalau dah selalu sangat email yang tak disangka-sangka masuk..mesti orang tick as spam..hehehe

    Reply
  • November 18, 2012 at 10:54 am
    Permalink

    Tabik spreeng kat Cik Tom ala-ala komando gigi besi..

    kiki..

    Reply
    • November 20, 2012 at 3:57 am
      Permalink

      yg simple senang dgn title part time blogger..

      Reply
  • November 20, 2012 at 12:30 am
    Permalink

    tahniah ciktom, memang handal lah ciktom pasal affiliate ni, nak berguru dulu dengan ciktom ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE