Ashadee bakal ditutup, mengimbau kenangan bersama Ashadee (Jomniaga)

Assalamualaikum dan salam sayang… Pada penghujung tahun lepas agak gempar di kalangan blogger dan affiliater mengenai Ashadee bakal ditutup sepenuhnya berkuatkuasa pada 20 Mac 2016. Ianya membuatkan cik tom mengimbau kenangan bersama Ashadee (atau dulu lebih dikenali dengan Jomniaga).

Tak sangka kan Ashadee bakal ditutup? Tengok ramai yang promosi dan pertontonkan komisen masing-masing dari Ashadee. Tapi itulah mesti ada sebab kukuh yang tersendiri yang menyebabkan pengasas Gobala Krishnan mengambil keputusan yang agak drastik ini.

Ashadee bakal ditutup, mengimbau kenangan bersama Ashadee (Jomniaga)
Notis berkenaan Ashadee bakal ditutup

Tapi janganlah risau masih ada banyak peluang lain lagi yang masih terbuka. Advertiser yang mendaftar produk sebelum ni di Ashadee mesti akan mencari arah lain untuk mempromosikan ebook mereka. Nanti korang kena pandai la cari, mendaftar dan mula mempromosikannya kembali.

InsyaAllah entri akan datang, cik tom akan inform peluang daftar affiliate lain yang memang banyak lagi ada selain Ashadee. Cuma susah sikit nak cari yang berkredibiliti bayar duit komisen on time la kan?

Lagi satu pening sikit banyak nak kena perbaiki linklah jawabnya selepas ini ye?

Mengimbau kenangan bersama Ashadee (Jomniaga)

Cik tom sebenarnya dah lupa semenjak bila mula berjinak dengan Jomniaga (Ashadee) ni. Tapi login dan bukak balik profile kat website Ashadee, tarikh cik tom mula mendaftar jomniaga ialah 17 Mei 2012. Rupanya lama la jugak dah 3 tahun lebih. hehe..

Ashadee (Jomniaga) memang antara yang banyak memberi hasil duit blog kepada cik tom selain dari jobdirumah, affiliate, review/advertorial dan pengiklanan lain.

Antara kenangan yang cik tom tak boleh lupa ialah dapat jemputan untuk ke event Jomniaga.com Summit 2013. Mula-mula ingat tak nak pergi ialah takde geng blogger perempuan kot. Yang cik tom tau pergi ialah blogger lelaki je. Kalau tak silap masa tue blogger anuar dan azwan.

Tapi cik tom last2 redahkan diri pergi jugak. Tapi masa kat sana tue rasa rendah diri sangat. Al-maklum yang pergi nampak elegan dan berkelas gitu dengan pakaian terlampau formal dan nampak la ahli bisnes dengan kot, blazer bagai. Rasanya cik tom sorang je datang pakai baju kurung masa tue. Rasa diri nampak kampung sangat kat situ. Tak berapa match dengan event. haha…

Tapi alhamdulillah dapat banyak kenalan baru di sana. Yang paling kelakar cik tom redah pergi tak tahu menahu pun mengenai event tu. Masa bagi sijil dan award pada top affiliate sepanjang 2012 tu cik tom siap tepuk kagum lagi dengan kehebatan diorang.

Sehinggalah pada penyampaian hadiah paling akhir iaitu “Most Versatile Affiliate 2012”. Cik tom ingat2 lupa tapi remind balik hos tu cakap ye.

Award seterusnya ialah pada seorang affiliate yang serba boleh. Bagi dia produk apa saja dia boleh promosi dan dapat jual produk tersebut. Bukan mudah nak jual pelbagai produk ni. bla..bla..

Most Versatile Affiliate 2012
Most Versatile Affiliate 2012

Ternganga cik tom kejap rupanya award tu untuk cik tom. heheh.. Sebab cik tom memang langsung tak tahu menahu akan terima award hari tu. Kalau tau memang kena melaram la kan? hihi…

Trofi Most Versatile Affiliate 2012
Trofi Most Versatile Affiliate 2012

Alhamdulillah dapatlah sijil, trofi dan voucher Ikea.

Cik tom rasa minggu tu memang cik tom minggu blur giler.. 2 hari lepas tu ada someone pm kat facebook personal cik tom bagitau wah masuk suratkhabar tak cakap. Lagi cik tom pelik. Ingatkan kena prank. Tanya budak tu serius dia cakap masuk suratkhabar Metro Ahad, 23 Jun 2013.

Keratan akbar kenangan terima award.. hehe
Keratan akbar kenangan terima hadiah dari gobala.. hehe

Dah terlepas tarikh dah waktu budak tu bagitau.

Cik tom citer la dalam group whatsapp famili dan abang cari suratkhabar lama kat pejabat dia. Alhamdulillah jumpa, abang terus gunting dan frame gantung kat rumah. Tapi cik tom tak suka sebab nampak cik tom gemukkk*walaupun memang gemuk. haha..

  1. Pengalaman menghadiri Jomniaga Sumit 2013
  2. Jomniaga Summit 2013
  3. Gua Tak Pergi Jomniaga Summit 2013

Tapi itulah tu semua kenangan lama kan? Tiba-tiba banyak mengimbau kenangan lama bersama Ashadee (Jomniaga) pulak malam-malam ni. hehe…

Your payment is being processed
Email terakhir- Your payment is being processed??

Notis pembayaran Ashadee dalam proses yang diterima beberapa hari lalu. Mungkinkah pembayaran komisen terakhir dari Ashadee??

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Ashadee bakal ditutup, mengimbau kenangan bersama Ashadee (Jomniaga)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE