Aura Hebat 13,000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Aura Hebat 13,000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020 | Ada tak antara korang yang rasa dah bosan hidup tak berubah? Nak ubah hidup jadi lebih baik dari sekarang? Jika ya, sayang korang dah terlepas untuk hadiri satu program hebat iaitu Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang baru sahaja diadakan pada minggu lepas. Program NUH2020 ini memang memberi aura hebat sehinggakan 13,000 orang tekad nak ubah hidup 2020 termasuklah ciktom juga.

Ciktom sendiri sebagai surirumah turut menjalankan perniagaan secara atas talian iaitu menjual barangan bayi dan kanak-kanak seperti headband, handbag, educational toys dan banyak lagi. Ada sesetengah dari barang jualan ciktom simpan stok sendiri dan selebihnya dari hasil agen dropship. Alhamdulillah hasil yang diperolehi boleh menampung hidup tapi sudah semestinya kita nak buat penambahbaikan bisnes sediaada dan majukan seiring dengan taraf hidup yang makin mencabar.

Oleh sebab itu, ciktom terpanggil untuk kongsikan dengan korang maklumat menarik mengenai program NUH2020 yang telah berlangsung ini.

Aura Hebat 13,000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Aura Hebat 13,000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Apa Itu Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020?

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Selama 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

peserta nuh2020

Wow yang mengagumkan ialah program ini telah diadakan setiap tahun selama 12 tahun dari tahun 2008 sehingga terkini 2020. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang ramai bahawa hanya dengan perniagaan yang dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.

Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dr Azizan Osman pengasas RichWorks International sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan beliau. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan.

Kejayaan Peserta RichWorks International

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty.

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty

Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia.

mamasab nuh2020

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Oli Collection nuh2020

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

Siapakah Dr. Azizan Osman?

siapa dr azizan osman

Sebenarnya majoriti rakyat Malaysia amat mengenali Dr. Azizan Osman iaitu seorang World Class Business Educator dan Asia’s No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results  yang WOW!! Beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

Latarbelakang Richworks International

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

semangat waja peserta nuh2020

Sepanjang 12 tahun ditubuhkan, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program ialah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 – 24 bulan.

Perdana Menteri Malaysia Hadiri NUH2020

Apa yang lagi mengagumkan ciktom ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri turut datang melawat pada hari kedua berlangsungnya NUH2020. Sebagaimana yang kita semua tahu sajak popular Tun. Dr. Mahathir Mohamad iaitu “Melayu Mudah Lupa” sebagai peringatan kepada orang Melayu supaya jangan lupa dan terus bangkit dalam memperjuangkan kejayaan. Kedatangan PM kita sebagai satu tanda sokongan untuk teruskan perjuangan dalam membuktikan orang Melayu tidak malas dan mampu bertanding di bidang ekonomi setanding dengan bangsa lain.

perdana menteri malaysia hadiri nuh2020

Antara Penganugerahan dan Pengiktirafan

Dr. Azizan Osman telah mengharumkan nama Malaysia pada tahun lepas apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penganugerahan dan pengiktirafan richworks international

 

Video Penutup NUH2020 iaitu ?? ????? ????????, ??? ???? ????? ????? ???? ????? ???? ????????

?? ????? ????????, ??? ???? ????? ????? ???? ????? ???? ????????

?? ????? ????????, ??? ???? ????? ????? ???? ????? ???? ????????Ya Allah kami berkumpul di sini dan bersyukur segala atas nikmatmu.Kami bersyukur atas perjalanan hidup kami. Kami bersyukur atas kesusahan untuk kami belajar perbaiki diri kami. Kami bersyukur kepayahan untuk kami jadi orang yang lebih baik. Kami bersyukur atas apa yang kau berikan. .Ya Allah, aku Azizan… Aku ajar dalam keadaan sakit ya Allah. Kaki betisku bengkak ya Allah. .Pandanglah usahaku. Mereka datang ada yang susah payah. Ada yang tertekan ya Allah. Kau angkatlah tekanan mereka. Ada yang ada masalah Kau uruskanlah Ya Allah. Jadikanlah mereka orang yang bersyukur dan bantu ramai orang. .Semua yang datang di sini ada hajat. Mereka datang korbankan sesuatu. Ada yang datang susah payah. Kalau mereka berusaha apalah sangat melainkan izin Kau. .Kalau mereka bertindak, makbulkan hajat mereka. Ampunkanlah dosa mereka. Berikanlah mereka kekayaan dan kejayaan. Selesaikanlah hutang-hutang mereka ya Tuhan. Berikanlah mereka capai impian dunia akhirat. Pandanglah wajah mereka ya Allah. .Ampunkan dosa kami. Berikanlah kami, makbulkanlah hajat kami ya Allah. Berilah mereka perniagaan yang untung dunia akhirat. Aku serahkanlah anak didikku ini kepadamu Ya Allah… .Kau yang maha berkuasa atas segala sesuatu. Makbulkanlah hajat mereka bila mereka keluar dari dewan ini ya Allah. Uruskan urusan mereka ya Allah. .Sekira mereka mati matikanlah meraka dalam iman. Letakkanlah mereka dalam kasih sayang Rasulullah. Sampaikan hajat mereka. Jadikanlah meraka orang yang kaya untuk beri manfaat kepada orang lain ya Allah. Jadikanlah mereka orang yang lebih bersyukur dan sujud kepada kau ya Allah. .Ya Allah kau selamatkanlah perjalanan mereka pulang ke rumah mereka. Peliharalah mereka Ya Allah……. #AzizanOsman#TeamRichWorks#ResultMatters#NUH2020

Posted by Azizan Osman on Isnin, 27 Januari 2020

Dah kenal potensi diri, kewangan dan bisnes? Apa next tindakan korang? Join apa-apa program pun tapi jika korang tertunggu tak bertindak pantas, bagaimana korang boleh lihat hasilnya kerana “Tindakan pada hari ini ialah penentu pada masa depan“.

Kalau korang pun berminat nak join next program Nak Ubah Hidup (NUH), boleh layari laman website www.NakUbahHidup2020.com.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Aura Hebat 13,000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.