Bali Honeymoon Package- Destinasi Honeymoon Impian Romantik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom pilih Bali Honeymoon Package sebagai salah satu destinasi impian untuk cik tom honeymoon. Banyak sebab kenapa cik tom pilih Bali Honeymoon Package sebagai destinasi honeymoon impian bagi cik tom. Memang dah dari dulu cik tom plan kalau dah kahwin nanti nak honeymoon ke Bali. Sebab paling utama sekali Bali ini memang popular sebagai destinasi pilihan yang romantik dan dikenali dengan pakej berbulan madu untuk pasangan yang baru berkahwin mahupun untuk celebrate anniversary.

Selain itu, kawan-kawan cik tom yang pernah pegi honeymoon ke sana bagitau yang Bali destinasi honeymoon yang romantik, santai dan aman. Bali tidaklah sesibuk seperti di Bandung malahan Bali juga dikenali sebagai satu destinasi percutian yang selamat kerana majoriti penganut agama Hindu yang mempercayai Hukum Karma. So, nak pusing jalan-jalan kat sana pun tanpa rasa takut. Al-maklumlah cik tom ni agak penakut orangnya kalau nak travel luar dari Malaysia. hehe…

Bali Honeymoon Package- Destinasi Honeymoon Impian Romantik

Antara destinasi pilihan untuk honeymoon yang memang dah lama cik tom idamkan ialah;

Candlelight Dinner Romantik di Tanah Lot

Pura di Tanah Lot
Pura di Tanah Lot (Sumber: infozi)

Makan dengan orang tersayang sambil menghadap laut dan lihat matahari terbenam. Rasa romantik gitu. Hehe… Kat sini terdapat salah satu kuil yang terpenting di Bali. Kuil di Bali dipanggil Pura yang terletak di atas batu. Kalau air surut boleh berjalan kaki ke kuil tersebut. Kat sini tempat paling best nak lihat matahari terbenam. Mesti best kan makan sambil lihat matahari terbenam.. pastu angin pantai pulak sepoi2 bahasa je. layannn….

Dinner di Tanah Lot
Dinner di Tanah Lot (Sumber: LindaRahim)
Panorama Indah di Tanah Lot
Panorama Indah di Tanah Lot (sumber: kiruaorigami)

Panorama Indah & Tarian Kecak di Uluwatu

Panorama di Uluwatu
Panorama di Uluwatu (sumber: kiruaorigami)

Cik tom teringin sangat nak tengok keindahan di Uluwatu. Dengarnya tempat ni paling ramai pelancong datang confess/ melamar pasangan. Wow sweetnye… hehe…

Apa yang menarik di Uluwatu ialah, melihat panorama indah matahari terbenam. Selain melihat panorama sunset, tarikan utama yang akan membuat pelancong ke sini ialah melihat persembahan Tarian Kecak. Tarian Kecak ni mengenai kisah Putera Rama yang nak selamatkan Permaisuri Sita kena culik dengan Raja Rahwana. Oleh itu, Putera Rama mintak tolong monyet putih untuk selamatkan bini dia.

Tarian Kecak
Tarian Kecak

Gunung Berapi @ Volcano di Kintamani

Tempat lain yang menarik ialah melihat pemandangan gunung berapi yang masih aktif sambil feeling2 & makan-makan. Asyik makan je kat sini mesti mau naik badan cik tom 4kg. haha… Kira memang sesuai sangat Kintanami ni jadi salah satu tempat idaman untuk cik tom pergi honeymoon. *Maaf banyak berangan time entry ni ditaip… hehe…

Kintamani ni cantik tempatnya dan kat tepi Gunung Batur tue ada terletak Tasik Batur. Kedai makan kat sini dengarnya memang strategik dan dijamin halal. Info yang agak menakutkan Gunung Batur ni penah meletup kira-kira 24 kali sejak 1800 dan masih aktif sampai skang ni… Tasik Batur ditepi tue pulak merupakan tasik terbesar kat Bali. Ini peluang untuk lihat Gunung berapi yang memang takde di Malaysia. Supaya lebih tahu rasa bersyukur kita lahir dan tinggal di Malaysia. Alhamdulillah…

Gunung Berapi
Gunung Berapi

Pantai Tanjung Benoa

Salah satu tempat yang cik tom suka di Bali ialah Pantai Tanjung Benoa. Pantai Tanjung Benoa ni terletak di Nusa Dua. Kat sini tempat yang seronok untuk main aktiviti berasakan air @ watersports seperti Parasailing, Banana Boat, Jet Ski, Snorkling, Scuba Diving dan banyak lagi aktiviti watersports lain. Teringat pulak kenangan masa pergi bercuti di Pulau Redang. Memang awesome!!

Tempat Buat Emas dan Silver

Salah satu tempat wajib cik tom nak singgah ialah tempat buat emas dan silver. hehe… Ni memang salah satu tempat fevret cik tom kalau ada benda-benda yang berkilauan. hehe….

Sumber: Deqnoor
Tempat Menarik di Bali. Sumber: Deqnoor
Yatra Gallery Emas dan Silver
Yatra Gallery Emas dan Silver (Sumber: Deqnoor)

Shopping di Pasar Seni Kuta dan Legian

Kalau dah berjalan-jalan tue tak sah kalau tak shopping walaupun tengah join honeymoon package. Memang tak dapat dipisahkan bak irama dan lagu gitu. hehe… Tempat yang paling femes nak shopping di Bali ni ialah Pasar Seni Kuta dan Legian. Kuta ialah bandar Bali yang penuh dengan tempat shopping, hotel dan segala kemudahan untuk pelancong beristirehat, membeli-belah dan bersukaria. Tips membeli-belah kat sini mesti kena pandai tawar menawar kalau dah ada barang yang berkenan di hati. hee…

Pasar Seni Kuta dan Legian
Pasar Seni Kuta dan Legian (Sumber: Deqnoor)

Tugu Peristiwa Pengeboman Bali

Tugu Peringatan Bom 2002
Tugu Peringatan Bom 2002 (sumber: infozi)

Tempat paling last sekali cik tom nak melawat di Bali ialah dengan melawat tugu peringatan peristiwa pengeboman Bali yang berlaku sekitar tahun 2002. Kenapa time join honeymoon package kena pergi tempat sedih macam ni?? Bagi cik tom dalam berseronok tue jangan dilupa juga yang ajal ni bila-bila je boleh menjemput kita. Dan sebagai pasangan suami isteri mesti saling sayang menyayangi serta menghargai antara satu sama lain. Pasangan tue dicipta untuk saling melengkapi dalam mencari keredhaan Ilahi. InsyaAllah..

Sumber rujukan;

  1. Bali Day 1
  2. Bali Last Part
  3. Kunjungi Tempat Menarik di Bali
  4. Apa yang Menarik di Bali?
  5. Percutian di Bali Part 1
  6. Ada Apa Dengan Bali Final Part
Contest Dream Honeymoon Destination

Contest “Dream Honeymoon Destination” ini dianjurkan oleh  iLuvTour.com dan sponsor Tareeq Al Jannah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Bali Honeymoon Package- Destinasi Honeymoon Impian Romantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE