Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011

Sudah 2 hari termasuk hari ini, hujan tak henti-henti mencurah dengan lebat melimpahi negeri Terengganu. Sehingga menyebabkan negeri Terengganu telah di landa banjir yang paling buruk dan teruk sepanjang beberapa tahun ni. Kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah daerah kemaman dan dungun. Ramai mangsa banjir telah di pindahkan ke kawasan yang selamat. Alhamdulillah kawasan tempat cik tom tinggal masih selamat dan cik tom harap hujan akan berhenti dengan segera. Manakala matahari akan menyinari cahaya. Segala banjir akan cepat surut dan persekolahan dapat diteruskan seperti biasa.

Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lepas bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan Umno Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam.

Jurucakap itu berkata semua jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu-Kelantan dan Pahang tidak terjejas dan masih boleh dilalui pagi ini.

Beliau berkata hampir semua sungai utama di Terengganu pagi ini mencatatkan paras air di tahap bahaya.

Sungai Besut di Jambatan Kruak kini setinggi 35 meter berbanding tahap bahaya 33 meter, di Kampung La setinggi 19.20 meter (bahaya 17.20 meter) dan Jambatan Jertih 8.90 meter (bahaya 7.30 meter).

Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja 37.50 meter (bahaya 35 meter), Kuala Jengai 19.80 meter (bahaya 18.30 meter), Jambatan Jerangau 12.50 meter (bahaya 10.90 meter).

Sungai Kemaman di Jambatan Tebak 21 meter (bahaya 19 meter), di Jambatan Ban Ho 19 meter (bahaya 17 meter), Jambatan Air Putih 15 meter (bahaya 13 meter).

Sungai Terengganu di Kampung Menerong 26 meter (bahaya 24.50 meter) dan di Kampung Dura 16.80 meter (bahaya 15.30 meter) dan Sungai Setiu di Kampung Besut 18.40 meter (bahaya 16.40 meter), Jambatan Chalok 10 meter (9 meter) dan Ibu Bekalan 8.10 meter (bahaya 7.30 meter). -sumber: kerabu

p/s: update entry berita kerana nak belajar 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

12 thoughts on “Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011

  • January 7, 2011 at 4:30 pm
    Permalink

    seb bek ciktom x kena kan…

    Reply
  • January 7, 2011 at 4:36 pm
    Permalink

    Kelantan pun banjir, tp kampung emiey xbanjir la.. 😀

    Reply
  • January 7, 2011 at 4:38 pm
    Permalink

    naseb baik xbanjir..jauh2kn lah er…amin,,

    Reply
  • January 7, 2011 at 5:47 pm
    Permalink

    semoga dijauhkan dari musibah itu.. amin..

    Reply
  • January 7, 2011 at 6:14 pm
    Permalink

    cik tom dok kawasan mana?
    lepas habis musim banjir dan musim hujan ni
    datang pulak musim panas..

    Reply
  • January 7, 2011 at 11:45 pm
    Permalink

    waa..ganu banjir eruk ea. Kl lak asek panas je. mendung pun sesekali..kuasa Allah..huhu

    Reply
  • January 8, 2011 at 12:22 am
    Permalink

    nasib bek lah Tom duduk bukan kawasan banjir..cian pada mereka yang kena banjir ni kan..

    Reply
  • January 8, 2011 at 12:58 am
    Permalink

    Semoga kita semua akan diberkati walau apapun yang terjadi…
    Sesungguhnya hujan itu adalah rahmat daripada ALLAH, dan ia juga bisa jadi peringatan daripadaNya jua

    Reply
  • January 8, 2011 at 2:11 am
    Permalink

    dla xleh blk kg sbb banjir..huhu

    Reply
  • January 8, 2011 at 2:20 am
    Permalink

    nak tau update pasal banjir kat teganu lagi boleh klik sini ye..

    etindakan.terengganu.gov.my

    Reply
  • January 8, 2011 at 2:29 am
    Permalink

    kat kelantan pun dah banjir kan. umah kin pun hampir2 masuk air…

    Reply
  • January 8, 2011 at 5:56 am
    Permalink

    huhuuhu… klau umah cik tom banjir jgn maen air plak yerr… nti kena taun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE