Banjir di UiTM Jengka, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Cik tom nak update mengenai banjir di dalam UiTM Jengka. Semua gambar ini cik tom amik dari facebook fanpage UiTM Jengka Pahang dan juga facebook Atikah Omar. Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 7 Disember 2013. Keadaan banjir ini berlaku di sekitar kolej kediaman student degree dan juga pintu masuk kompleks siswi.

Laluan pintu masuk depan UiTM Jengka okay alhamdulillah tak banjir. Yang banjir ni kat area belakang UiTM sebab ada tasik buatan yang naik air bila hujan non-stop 2 hari.

Dengar cerita ada student  yang nampak ular berenang. Kesahihan? Wallahualam. Tapi rasanya hari ini maybe dah surut banjir sebab alhamdulillah hujan dah stop tak turun hari ni. Cuma cuaca je mendung sepanjang hari.

Banjir dari view kolej pelajar degree (Sumber: Atikah Omar) Banjir di laluan pintu masuk kompleks siswi (Sumber: FB UiTM Jengka) Banjir di laluan pintu masuk kompleks siswi (Sumber: FB UiTM Jengka)

Sama-sama kita doakan semoga banjir di pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Johor kembali pulih seperti sediakala. Hulurkanlah sumbangan mengikut kemampuan samaada dari segi barang keperluan, wang ringgit, tenaga mahupun doa.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Banjir di UiTM Jengka, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE