Bayaran ketiga dari mobicow sebulan $90.84

Assalamualaikum dan salam sayang.. Nak update bayaran ketiga dari mobicow untuk sebulan $90.84 yang cik tom dah terima. Alhamdulillah dah selamat masuk ke akaun paypal beberapa hari yang lepas.

Seronok jugak buat duit dengan pengiklanan mobicow ni. Dalam tak sedar ada iklan tu wujud kat blog. Yelah sebab iklan ni hanya muncul kepada pelawat blog menggunakan smartphone je kan. Kalau pelawat cik tom akses blog ni guna laptop memang iklan ni takkan keluar.

Bayaran ketiga dari mobicow sebulan $90.84

Bayaran ketiga dari mobicow sebulan $90.84
Bayaran ketiga dari mobicow

Sedar-sedar je dapat notifikasi dari paypal yang duit dah masuk dari mobicow. Alhamdulillah setakat ni kredibiliti mobicow boleh dipercayai dan bukanlah scam seperti sesetengah pengiklanan lain.

Bila dah capai minimun mula tunjuk belang liat nak bayar duit. Yang mobicow ni tak payah mintak terus je masuk ke akaun paypal bila cukup je syarat minimun $5.

Kali ketiga ni cik tom dapat nota terima kasih dari mobicow. Kalau tak silap masa bayaran pertama dan kedua dari mobicow ni cik tom tak dapat pulak note dari mobicow.

rahsia rezeki melimpah ruah

Bayaran ketiga mobicow yang cik tom terima ni untuk iklan di blog ciktom.com selama sebulan. Seronok kan dapat bayaran dalam USD sebab bila tukar ke currency myr memang banyak dapat. Kalau ikut pada tarikh entri ni ditaip 17 Januari 2016 (1 USD= 4.43 MYR).

Jadi $90.84=RM401.97.

Ok la tu untuk blog yang aktif balik baru 3 bulan macam cik tom ni. Ermm cik tom tengah fikir nak simpan ke keluarkan duit dari paypal ni?

Tapii dalam seronok USD tinggi ni, cik tom sedih la jugak bila ekonomi Malaysia ni nak kembali pulih? Hmm.. tengok makin hari makin teruk je jatuh matawang Malaysia.

Ok.

Pada yang berminat nak letak iklan mobicow di blog korang jugak? Sila lelaju pi daftar sebelum syarat mobicow ni jadi makin ketat pulak lepas ni –>MOBICOW

Nota jari: dengar2 ada kawan2 blogger yang tak diluluskan permohonan mobicow ni. 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Bayaran ketiga dari mobicow sebulan $90.84

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE