Bayaran Komisyen Kesepuluh dari Star Creative

Salam Sayang… Buka cerita bab komisyen dari program affiliate pulak. Komisyen yang cik tom terima kali ini ialah dari jualan terkumpul ebook taufufah dan juga roti canai. Ini ialah bayaran komisyen kesepuluh dari syarikat Star Creative Center milik saudara Hairul.

Bayaran komisyen kesepuluh dari star creative
Bayaran komisyen kesepuluh dari star creative

Tajuk komisyen diterima sesuka hati je cik tom letak. hihi… Awal dulu je konsisten. Lepas tue semua dah kelam kabut sebab pening bila dah banyak sangat jenis affiliate cik tom join. huk3.. Tue pun kalau rajin share. Mostly tak berapa nak rajin sangat. ^_^

Cik tom memang rekemenkan korang untuk promosi produk dari saudara Hairul. Produk yang dihasilkan memang tip top dan mendapat pujian ramai pelanggan yang berjaya mendapat pendapatan lumayan hasil dari ebook beliau. Banyak jenis produk yang Hairul ni jual cuma setakat ni 4 jenis kat bawah tue cik tom promosi;

  1. Rahsia buat taufufah & air soya
  2. Pakej Rahsia Bun, Pau dan Pizza
  3. Pakej Lengkap Roti Canai
  4. Pakej Lengkap Cakoi dan Donut ala Dunkin Donut

Kalau yang tak nak daftar banyak jenis program affiliate. Saudara Hairul memang salah seorang vendor berdaftar dalam Ashadee. Korang boleh cari kat “marketplace” untuk promosi. Pada sesiapa yang belum join jomniaga, jemputlah mendaftar kerana ianya PERCUMA je >> Ashadee.

Cik tom tengok makin ramai blogger yang berhasil jana komisen dari program affiliate. Tahniah diucapkan kerana mereka berani melakukan langkah pertama untuk mencuba. Rata-ratanya ialah blogger lelaki. Ada je blogger wanita tapi mostly still malu-malu kucing lagi. hehe… Jom blogger wanita bertindaklah dari sekarang. Gunakan skill dan bakat terpendam korang dan mula bertindak. Bak pepatah kuasa wanita ini ibarat “Tangan Yang Menghayun Buaianย Mampu Menggoncang Dunia“. Gunakanlah kelebihan korang dalam penulisan untuk jana pendapatan sampingan support family.

Teringat dulu cik tom pun asyik teragak-agak untuk mulakan program affiliate. Asyik tertanya, eh mampu ke aku nak dapat duit dari affiliate? Blog aku biasa je ada ke orang nak masuk beli? Malulah kalau duk promosi2 kat blog tapi takde orang beli pun.

Jeles tau asyik duk tengok entri komisen je dari titan. haha.. Asyik duk tengok, rasa jeles, berangan best kalau dapat, tapi akhirnya… nantilah aku cuba time free2. Tapi terus cik tom lupa tanpa sebarang tindakan hampir setahun.

Sehinggalah cik tom baru berani bertindak daftar program affiliate pakarcoklat.com dalam Dis 2011. Tapi masa tue just letak banner kat sidebar. Kemudian, saudara hairul bertanyakan cik tom berminat nak jadi agen affiliate ebook taufufah yang beliau hasilkan. Cik tom terus grab peluang tersebut dan alhamdulillah komisyen pertama dari taufufah yang berhasil pada Jan 2012.

Salah satu cara mudah untuk promosi ialah korang cari pageview post entri korang yang paling tinggi (top post) dalam blog. Kemudian, korang edit balik & selit masukkan banner affiliate dalam entri tue. But make sure entri top pageviews tue berkaitan niche dengan banner affiliate yang dikongsikan. Contoh top pageview cik tom ialah artikel Resepi Kek Coklat. Jadi cik tom masukkan banner affiliate taufufah dalam entri Resepi Kek Coklat. Kira still bab “masakan”. Tue trick kalau malas nak tulis artikel baru. hoho…

Jangan pulak entri Tips Diet Kuruskan Badan tapi korang masukkan pulak banner Panduan Buat Kek Coklat. Orang tengah usaha nak diet takkan beli ebook buat kek coklat. hehe… Bak kata cikgu titan kena pandai pasang umpan! Jemput daftar jomniaga untuk lihat mana pilihan affiliate yang bersesuaian untuk korang promosiย >>ย Ashadee.

ps: erk..makin lama makin panjang pulak entry.. huk3 T_T

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

46 thoughts on “Bayaran Komisyen Kesepuluh dari Star Creative

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE