Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall

Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall | Assalamualaikum dan salam sayang… Hari ini dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya. Korang dah beli barang persediaan untuk beraya?

Ciktom baru nak mula shopping untuk raya. Nak keluar ke shopping mall atau pasaraya susah sikit walaupun sekarang kerajaan sudah bagi kelonggaran sepanjang fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Masih risau tentang Covid19.

Lagi – lagi dengan ciktom masih tengah mode berpantang. Hari ini masuk hari ke 15 ciktom berpantang. Jadi ciktom plan nak beli barang-barang keperluan raya secara online saja di PGMall sebab nampak mereka ada buat banyak promosi sekarang.

Ini salah satu online shopping yang ciktom suka kerana PG Mall sentiasa menawarkan harga produk dan perkhidmatan yang rendah dan tidak membebankan pembeli macam ciktom ni.

Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall

Apa itu PGMall.my?

Kalau korang nak tahu, PGMall (www.pgmall.my) merupakan platform membeli belah secara online nombor satu Malaysia. Jangan terkejut tau bila ciktom kata, PGMall ini adalah satu-satunya website e-commerce buatan Malaysia. PGMall dah established sejak tahun 2017 lagi. Malahan PGMall tersenarai dalam TOP 3 online shopping yang paling ramai dilawati di Malaysia oleh iPriceinsight.

Sebab itu, bila ada hari-hari istimewa di Malaysia, banyak promosi hebat yang mereka adakan. Contohnya macam sekarang ni. PGMall ada buat promosi MyRaya untuk kita semua buat persediaan beli barang untuk Hari Raya Aidilfitri.

Wowwww tengok tu rambang mata tengok banyak diskaun bagi pembelian di PGMall sempena myRaya Campaign.  Ada diskaun RM10 dan juga RM15 serta lagi wow less 15%. Peluang beli untung jimat berganda ni.

Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall

Ciktom memang dah lama jadi pembeli setia PGMall ni tau sebab ciktom asalnya pemegang akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) oleh Public Gold sejak dari 2016 lagi. Bila PGMall dibuka, ciktom terus jadi pembeli setia di website PGMall pula. Kat website ni terdapat banyak Official Store tau.

Kempen MyRaya PGMall

Kempen MyRaya PGMall kali ini memang terbaik. Korang boleh dapat banyak diskaun, cashback dan point yang menarik. Kempen MyRaya PGMall ini akan berlangsung selama hampir sebulan iaitu bermula pada 8 Mei hingga 31 Mei 2020. Antaranya:

Pelanggan Baru

Kalau tak pernah ada akaun PGMall dan baru nak daftar, korang akan dapat diskaun sebanyak RM15 dengan pembelian minimum RM40.

Pelanggan Tetap

Untuk yang dah lama daftar dengan PGMall, korang pun boleh dapat diskaun juga tau. Korang akan dapat diskaun sebanyak RM10 setiap kali korang buat pembelian minimum RM60.

Bukan setakat itu saja. Kalau korang berbelanja minimum RM250 pula, korang akan dapat diskaun sebanyak 15% capped at RM50.

Tapi korang kena shopping segera tau sebab kedua-dua promosi ini hanya boleh ditebus untuk first come first served (Term & Conditions apply). Jom beli di https://pgmall.my/myraya-campaign2020

Selain daripada promosi di atas, PGMall juga ada menawarkan diskaun, cashback dan point yang menarik dengan kerjasama rakan kongsi PGMall.

Maybank QRPay (Promosi dari 4/5/200 hingga 26/6/2020)

Bagi yang boleh bayar guna Maybank QRPay, ciktom sarankan sangat korang gunakan aplikasi itu. Sebabnya korang akan dapat 20% cashback minimun spend RM30 untuk pembelian yang korang buat.

Diskaun ini korang boleh dapat hanya 2x penggunaan sepanjang kempen ini.

Touch ’n Go eWallet (Promosi sehingga 28/6/2020)

Bagi pemegang e-Wallet Touch n’ Go, promosi mereka pun tak nak kalah. Korang boleh dapat cashback e-voucher sehingga RM40 setiap bulan. Dalam satu minggu korang boleh dapat cashback dengan pembelian seminimum RM10.

Celcom Exclusive

Bagi pelanggan Celcom pula, korang boleh gunakan kelebihan ini untuk dapatkan 20% diskaun maksimum sehingga RM20. Diskaun ini boleh digunakan sekali sahaja untuk seorang pembeli. Dan ianya terhad kepada 500 transaksi pertama sahaja setiap bulan.

Air Asia Big Loyalty (Promosi dari 1/5/2020 hingga 31/5/2020)

Sesiapa yang ada akaun AirAsia Big Loyalty, setiap kali korang berbelanja di PGMall, korang boleh dapat 2x BIG point. Yang lagi best, korang boleh gunakan point yang korang ada untuk shopping di PGMall.

Ini peluang untuk kita berbelanja sambil berjimat sempena beli barang keperluan raya yang akan datang tak lama lagi. Walaupun kemungkinan raya tak boleh ke mana-mana tapi kemeriahannya tetap ada. Masih boleh beraya dalam rumah bersama-sama yang tersayang kan. Mesti korang nak ambil gambar kenangan dengan baju raya dan upload di media sosia kan.

Jangan risau semuanya kini mudah dan hanya dihujung jari korang je. Boleh nak shopping barang persiapan raya bila-bila masa dan di mana jua korang berada. Dengan cara hanya muat turun Apps PGMall dari Google Play atau Apps Store ke Smartphone masing-masing.

Ciktom suka berbelanja secara online di PGMall sebab dapat jimatkan duit minyak, tol dan juga masa. Yang lagi best kualiti produk dijamin berkualiti dan selamat sampai ke pintu rumah. Tak payah berpanas hujan atau sesak nak beli barang keperluan. Yeahh…

Untuk maklumat lanjut lagi tentang promosi MyRaya PGMall ini, jom layari:

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=120
Facebook: https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/pgmall.my/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.