Berpiknik sambil menternak lemak di Foodgasmfest

Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Cik tom rasa silap guna term “berpiknik” sebab rasanya dalam Bahasa Malaysia berkelah. Picnic adalah perkataan dari Bahasa Inggeris. Sorry pada cikgu-cikgu tapi cik tom nak guna term yang kedengaran agak catchy. hehe.. Okay pada 1 November 2015 iaitu dua hari yang lepas cik tom sempat la pergi ke festival makan-makan sambil menternak lemak dengan picnic concept Foodgasmfest di Dataran Petaling Jaya.

#Foodgasmfest2015
Tak melepaskan peluang bergambar #Foodgasmfest

Cik tom pun last minute juga pergi atas ajakan untuk temankan kawan cik tom, Shida. Kat sini terdapat lebih dari 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan yang minuman yang rare dan urban style. Kira agak susah la kalau korang nak cari makanan dan minuman ini kat kedai atau restoran biasa.

Peta lokasi gerai di #foodgasmfest
Peta lokasi gerai di #foodgasmfest

Semuanya dah okay tapi sayang oleh sebab hujan yang lebat sehari sebelum festival tu menyebabkan padangnya berlecak dan berlumpur. Ada yang berkaki ayam dan siap sarung plastik sebagai pengganti kasut. Memang style la. haha…

brother sado men
brother sado men”grill” kambing

Yang seronok rasai pengalaman beli makanan di food truck yang comel dengan pelbagai decoration untuk menarik pengunjung singgah ke food truck masing-masing. Makanan yang disediakan pun memang cepat dan presentation menarik.

Food truck at #foodgasmfest
Food truck at #foodgasmfest

First makanan yang kitorang beli ialah di Foodtruck sebab nak rasai sendiri best tak makanannya? Tengok promotion memang habis-habisan. Shida beli spaghetti Chicken Mushroom Mornay di Little Fat Duck dengan harga RM9. Rasanya? Kurang memuaskan dengan sos spaghetti yang sedikit. Dalam sos tu just ada mushroom je. Kat bawah gambar spaghettinya dan Spicy Fried Squid. Sotong goreng pedas tu harga RM15, lupa pulak nama gerainya. hehe.. Rasa sotong goreng ni pun biasa je macam sotong celup tepung kat ICT Terengganu.

Sphagetti Chicken Mushroom Mornay dan Spicy Fried Squid
Sphagetti Chicken Mushroom Mornay dan Spicy Fried Squid

Kitorang bertolak pukul 7 pagi dari Pahang. Just breakfast roti dan sebiji pisang dalam kereta. Memang kelaparan sangat waktu sampai Foodgasmfest.

Posing kelaparan berlatarkan food truck Little Fat Duck
Muka kelaparan berlatarkan food truck Little Fat Duck

Supreme Beef Nanchos with Cheese Sauce yang cik tom beli di Teazer memang ohsem! Rasanya memang sedap dan berbaloi. Harga nanchos ni RM12. Gambar nanchos yang shida pegang dalam gambar di atas.

Dah banyak beli makanan. Kitorang pun bergerak ke picnic area dan setting tikar untuk berpiknik dan bermulalah misi menternak lemak kitorang. hahaha…

Dah beli banyak makan. Jom kita berpiknik sambil menternak lemak ;p
Jom kita berpiknik sambil menternak lemak ;p

Ada banyak kawasan untuk berpiknik. Kitorang pilih kawasan yang atas bukit berhampiran dengan jalanraya sebab rumputnya kering berbanding rumput di kawasan padang yang lembap.

Sambil berpiknik tu korang boleh dengar live band. Siapa yang nyanyi? Maaf cik tom pun tak sure. Malas pulak nak google.

Berpiknik sambil dengar live band
Berpiknik sambil dengar live band

Ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual. Kebanyakannya makanan barat atau western food. Antara makanan yang ada ice cream roll, burger, pasta, spaghetti, oyster grill, kambing grill, dimsum, pisang goreng cheese, murtabak raja, air buah-buahan dan banyak lagi!

BBQ Squid
BBQ Squid. Tak beli pun 🙂

Dah habis first round makan, kitorang pergi untuk second round dengan dessert Ice Cream Roll. Nak beli kena tunggu order siap dalam 30 minit. Kitorang sanggup tunggu sebab nak rasa aiskrim gulung ni macam mana rasanya. Sedap ke tak?

Beratur panjang untuk beli ice cream roll
Beratur panjang untuk beli ice cream roll

Rasanya lebih 30 minit. Tapi takpelah akhirnya penantian ni berbaloi dapat juga merasa ice cream roll yang memang sedap! Ice creamnya memang lembut dan terasa creamy & sweet sangat. Aiskrim ni memang live kitorang tengok buat depan mata. Nanti ada masa entri akan datang cik tom kongsikan gambar macam mana diorang buat aiskrim gulung ni. Harga ice cream roll RM10.

Ice Cream Roll Flavor Oreo Mint & Nutella Banana
Ice Cream Roll Flavor Oreo Mint & Nutella Banana

Dalam banyak2 gerai yang terdapat di Foodgasmfest ni, The Tokyo Burger ialah antara yang paling famous siap ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli mini burger. Harga mini burger ni RM3. Cik tom beratur hampir sejam. Siap give up dah tak nak tunggu turn tapi Shida cakap dah alang2 tunggu tu biar sampai dapat.

Booth The Tokyo Burger
Booth The Tokyo Burger

Inilah rupanya mini burger dari The Tokyo Burger. Alhamdulillah rasanya memang sedap! Bunnya rasa agak sedikit manis dengan sos special yang sedap. Daging burgernya pun lembut. Nak makan pun mudah dengan bite size. Berbaloi la cik tom beratur panjang. Nasihat cik tom pada owner/staff gerai ni sila improve teknik korang buat burger supaya lebih pantas. Cik tom tengok slow motion sangat yang buat burger tue. Jangan marah. 🙂

Mini Burger @TheTokyoBurger
Mini Burger @TheTokyoBurger

Sebenarnya banyak lagi cik tom nak cuba makan. Tapi kebanyakan portion yang diorang jual agak banyak dan cik tom datang berdua je. Tak habiskan rugi. Jadi kitorang cepat kenyang. Perut full macam mana nak cuba makanan lain kan? Tue tak termasuk lagi dengan kena beratur panjang berjam dan padang yang berlecak. huk3..

Antara wishlist tak sempat nak makan ialah pisang goreng perasa Cinnamon sugar & Salted Caramel di The Pisang Cheese. Air buah blend di LetoKrush dan aiskrim kelapa di Sangkaya.

Banner dan booth di Foodgasmfest
Banner dan booth di Foodgasmfest

Paling kesian Shida siap beratur panjang untuk beli ice blend Savanah di LetoKrush ni. Kitorang siap datang 3 kali ke gerai ni untuk beli. Kali pertama dalam pukul 10 lebih tak dapat bukak lagi ais tak sampai lagi. Kali kedua pergi dalam tengahari ais dah habis dan kitorang preorder bila ais sampai. Pukul 2 lebih pergi kali ketiga Shida sanggup nak beratur. Cik tom give up dan tunggu kat khemah je. Tup2 bila 3 orang lagi nak turn Shida ni staff bagitau gerai tutup break time. Like seriously?

Thai Green Milk Tea & Lemon Tea
Thai Green Milk Tea & Lemon Tea

Kitorang beli Green Milk Tea dan juga Lemon Tea di Drinka. Memang dua-dua superb rasanya. Lemon Tea cik tom punya tu memang terasa sangat lemon yang betul2 guna buah lemon bukan perasa kordial. Green milk tea pun sedap. Rasa teh hijaunya wangi dan susunya berkrim. Harga airnya RM5.

Baby pineapple
Baby pineapple

Last before kitorang balik Shida beli baby pineapple ada 6 biji sekali dengan pencicahnya harga RM18. Rasanya pun sedap dan manis sangat. Pencicah nanas kecik ni diperbuat dari gula, garam dan cili kering. Tak payah cicah pun takpe. Sedap makan macam tu je.

We were here!
We were here!

Dalam pukul 3.30 petang, kitorang bergerak pulang ke Pahang. Overall trip menternak lemak ni memang cik tom enjoy dan berpuas hati. Maybe untuk next time pihak penganjur kena ada backup plan B incase jadi hujan dan berlecak padang ialah Malaysia ni kan dah tau2 jelah cuacanya akhir tahun ialah musim monsun. Tahniah kepada penganjur dan teruskan event ni untuk tahun2 akan datang.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Berpiknik sambil menternak lemak di Foodgasmfest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE