Big Bad Wolf- Tertunailah Hasrat di Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Big Bad Wolf Book Sale are here again at MIECC @ Mines! Yang awesome it’s open  24 hours non-stop starting from 6-15 December. So, tomorrow will be the last day!

So, guys jangan lupa grab the chances and go for it! Actually cik tom dah pergi ke Big Bad Wolf book sale ni hari isnin (9/12) baru ni. Sampai je ofis pagi tu terus ofismate, tirah tanya cik tom.

Tirah: Esok akak ada kelas pukul berapa ek?

Cik tom: Esok akak ada kelas pukul 8 pagi – 5 petang. Nape ek?

Tirah: Ala ye ke? Ingat lepas ofis pukul 5 petang ni nak ajak pergi Big Bad Wolf kat Mines. Kan skang buat 24 hours non-stop. Tirah plan kita pergi lepas ofis and malam ni juga balik terus lepas shopping. Akak nak ikut tak?

Cik tom: Akak okay je. Lagipun awal pagi sok tu lab. No big deals! Lecture pun 1 hour je. Petang pun lab. hehe…

Tirah: Okay kalau semua okay. nanti kita tengok cuaca okay tak hujan kita gi ye.

Jalan jam time semua balik kerja
Jalan jam time semua balik kerja

Kitaorang bertolak ke Mines dari Jengka lepas Solat Asar dalam pukul 5.30 petang. Sampai tempat parking kat mines tue dalam pukul 9.30 malam. Kira 4 jam perjalanan sebab jalan agak jammed time semua balik kerja. Perut pun asyik berbunyi-bunyi mintak isi ngan makanan. hehe…

Kitaorang buat decision makan je burger kat subway. Ni kira first time cik tom makan subway dan cik tom order steak & cheese sandwich. Rasa boleh tahan sedap cuma makan rush so tak berapa nak menikmati subway sangat. Rush sebab pukul 10 malam dah diorang start tutup Mines.

Lepas makan Subway, cik tom pi beli Eclairs Stix Auntie Anne’s favourite cik tom. Dah lama tak makan. Walaupun perut kenyang tetap gak nak beli sebab kat Jengka takde. hehe…

Dinner with Subway & Auntie Anne's
Dinner with Subway & Auntie Anne’s

Dah makan kenyang and enough energy untuk round shopping buku. Kitaorang pun kuar ke Big Bad Wolf Book Sale dalam pukul 10 malam. Ingatkan tak ramai orang nak pergi pukul 10 malam ni tapi rupa-rupanya non-stop pengunjung keluar masuk datang survey dan beli buku.

Big Bad Wolf Book Sale
Big Bad Wolf Book Sale
  1. Tirah orang paling excited dan semangat nak borong buku.
  2. Hmm ramai jugak yang berpusu-pusu masuk ke Big Bad Wolf ni
  3. Lepas 2 jam round dan grab buku.. Ja buat saringan pulak pilih mana satu buku yang nak beli dan paling penting tak exceed dari budget.
  4. Tirah dan Yan pun buat saringan buku.

 

Berjalan & shopping sakannn...
Berjalan & shopping sakannn…

Bila dah habis saring semua buku akhirnya Ja jadi juara!! Ja shopping buku RM123. Tirah naib juara RM96. Cik tom just shopping dalam RM54 sebab mata dah berpinar-pinar nak pilih buku mana yang best. haha…

Jaa dapat daftar jadi ahli BBW dan spin wheel BBW coz spend over RM100 in 1 resit. Yang comel Ja dapat hadiah misteri-> sticker bas sekolah budak. hik3 ;p

Gambar bawah ni antara buku yang cik tom dan ja beli. Cik tom just beli 6 buah buku;

  1. My Animal..1,2,3.. untuk anak buah cik tom.
  2. My First Little Diary Toy Story 3 untuk anak buah cik tom.
  3. A Touch Of Dead by Charlaine Harris for myself
  4. You Are Next by Katia Lief for myself
  5. Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil untuk cik tom
  6. Baking With Love untuk hadiah kahwin kawan
Koleksi buku yang dibeli di Big Bad Wolf, Mines
Koleksi buku yang dibeli di Big Bad Wolf, Mines

Cik tom memang lagi suka buku english jenis thriller and adventure. Yang buku You are Next dah habis baca. Memang best! Cik tom bagi rating 4/5.

Kitaorang bergerak balik dalam pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah jalan clear dan kitaorang sampai Jengka, Pahang dalam pukul 3 pagi. Rasanya ini planning paling gamble &  awesome main redah je. Thanks ada Yan yang pro guide jalan ke Mines. Thanks pada Tirah yang penat drive.

So, tertunailah hasrat di hati kitaorang semua nak ke Big Bad Wolf. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Big Bad Wolf- Tertunailah Hasrat di Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!