Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom sudah didedahkan pada dunia bisnes semenjak dari persekolahan menengah. Masa tu ciktom sekolah berasrama penuh dan ciktom katakan pada emak yang bagus kalau meniaga kerepek ubi kat asrama sebab ramai selalu mengadu lapar takde jual makanan kat sana. Masa permulaan segan tapi ciktom ketepikan dan pergi menjaja dari dorm ke dorm. Sehinggalah bila dah dikenali ciktom hanya menjual dari bilik je. Panggilan glamour masa tu akak kerepek. haha..

Kemudian dari sana ciktom teruskan lagi berbisnes bila masuk ke universiti. Macam2 bisnes ciktom buat antaranya bus chatered balik kampung, jual topup, jual kain pasang, jual brooch. haha.. Sehingga ke hari ini ciktom masih berbisnes cuma sekarang lebih secara online.

Berbalik kepada tajuk “Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan“, berdasarkan pengalaman ciktom bisnes makanan paling senang buat duit berbanding yang lain tapi ada cabarannya tersendiri. Kira ada pro dan cons.

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

IDEA BISNES

Bisnes yang ingin ciktom mulakan ialah bisnes printing. Berdasarkan market ini antara salah satu bisnes boleh dimulakan dengan modal yang rendah tapi pulangan untung yang lumayan.

POTENTIAL MARKET

Hasil survey memang bisnes printing ini high potential market. Contoh untuk majlis perkahwinan pasti perlukan kad kahwin, bunting, badges, baju rewang sedondon dan pelbagai lagi yang mengunakan printing servis. Kalau company pulak buat event lagi banyak perlukan khidmat printing, baju korporat, hadiah bercop company dan lain-lain. Yang buat bisnes pula akan perlukan printing label dan packaging produk.

Banyak lagi tapi cukup ciktom sertakan contoh serba sedikit di atas.

bisnes yang ingin saya mulakan

MODAL & ILMU BISNES

Ciktom sudah survey pakej peralatan printing modal bawah RM1000. Malahan pakej tersebut turut disediakan training & support untuk membantu para usahawan. Yelah nak buat bisnes ini kena sedia mental dan fizikal. Nak buat bisnes kena ada ilmu dan tahu serba sedikit selok belok bisnes yang bakal dibuat.

mesin printing

Untuk modal, ciktom sudah ada reserve kan. Takpe kalau tak cukup nanti ciktom pajak emas je sementara kat Ar-rahnu. hehe… So seterusnya ciktom berusaha cari ilmu  bisnes dengan follow facebook/instagram para usahawan bisnes. Ciktom pun follow dan lihat rentak mereka yang buat bisnes printing. Mana ilmu yang sesuai boleh praktiskan akan datang.

Salah satu website keusahawanan yang ciktom suka refer ialah The Usahawan. Pada yang berminat nak tahu pelbagai tips-tips tentang bisnes dan keusahawan, ciktom recommend korang pergi bookmark website ini.

DAFTAR SSM & BUKA BANK AKAUN COMPANY

Bila dah ada idea dan serba sedikit ilmu sebaiknya daftar perniagaan di SSM dan buka akaun company. Alhamdulillah ciktom memang sudah mendaftarkan perniagaan ciktom dengan SSM dan juga akaun company di Maybank semenjak dari 2016.

Akaun company ini penting untuk asingkan duit bisnes dengan personal. Supaya tak enjoy berbelanja sehingga terlupa mana modal,untung dan gaji yang sepatutnya ciktom terima setiap bulan.

SUPPLIER

Untuk supplier ciktom belum survey lagi tapi ciktom pernah follow ex-bos ciktom cari supplier di Jakarta. Alhamdulillah ex-bos ciktom tu pernah offer kalau nak buat bisnes dia boleh tolong guidekan sebab dia banyak tahu source supplier dan kilang. Walaupun dah tak bekerja ciktom masih  selalu contact dengan mereka.

LOKASI BISNES

Ciktom bercadang untuk permulaan bisnes printing ini hanya dari rumah. Ciktom akan sediakan satu bilik khas untuk tujuan buat bisnes printing ni. Alhamdulillah rumah ciktom ni ada 4 bilik semuanya jadi masih ada extra bilik tak digunakan.

Long term goal sudah semestinya ciktom ingin sewa/beli kedai khas untuk bisnes printing ciktom.

OPERASI

Untuk operasi bisnes ini, ciktom plan akan hired suami ciktom jadi part time worker untuk design printing customer. Suami ciktom memang kreatif, pandai melukis dan ada bakat dalam design. So, ini memang kelebihan untuk ciktom buat bisnes printing.

operasi bisnes

Tapi apa susah kebanyakan dah ada pelbagai template untuk design printing. Customer boleh pilih mengikut citarasa berdasarkan contoh template design.

Ciktom juga perlu sediakan SOP untuk semua proses bisnes ciktom supaya berjalan lancar.

MARKETING

Untuk marketing ini, kelebihan ciktom as blogger akan gunakan medium blog untuk promosikan bisnes ciktom. Ciktom pun sudah ada pengalaman untuk setup website ecommerce sendiri. Jadi ciktom boleh setup sendiri website ecommerce untuk bisnes printing ciktom. Kalau upah orang mau beribu. Uhuks…

Suami ciktom pula berpengalaman dalam marketing melalui FBads dan juga Google Adword. Ini semua lebih kepada marketing secara online.

Untuk offline marketing, ciktom maybe boleh menaja mana-mana event anjuran blogger atau NGO. Iklankan bunting di tempat bersesuaian.

NETWORKING

Untuk buat bisnes macam ni memang perlukan networking yang bagus. Maybe ciktom kena build up social skills ciktom. hehe

MOHON DOAKAN

Semoga impian ciktom untuk buat bisnes printing bakal tercapai satu hari nanti. Sekarang tengah bina keyakinan diri dan cari ilmu sebelum nak mula bisnes printing. Tolong doakan semoga dipermudakan urusan ciktom ye. amin..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE