Blog Masakan Yang Best Untuk Diterjah

Salam… bagi yang follow up blog cik tom akan sedar yang memang sejak bulan puasa sehingga sekarang blog cik tom lebih banyak buat entry berunsurkan resepi masakan. Cik tom masih buat entry tutorial cuma awal2 je semangat buat pastu last2 tersadai dalam draft sebab asyik tertangguh je nak siapkan entry tue. hehe… Biasalah mood nak berblogging dah hilang ke laut dengan busy komitmen kerja sekarang.

Erm sejak cik tom buat entry resepi ada pula yang request resepi-resepi masakan yang tak pernah cik tom cuba. Maaf cik tom pun masih di peringkat belajar dan tak dapat nak tunaikan resepi yang cik tom masih belum sempat nak cuba sendiri. So, kali ini cik tom nak rekemenkan senarai blog masakan yang best2 yang boleh diterjah untuk mencuba resepi baru dan pelbagai jenis masakan termasuklah masakan timur mahupun western.

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa. Itulah keajaibannya. Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya. –Mat Gebu

Gambar masakanAntara senarai blog masakan yang best yang boleh dirujuk untuk masak memasak ialah blog masakan;

1. Bukan Sekadar Masakan (JintanManis)

2. My Resepi : Jom Kongsi Resepi

3. Dapur Tanpa Sempadan (Blog Mat Gebu)

4. SajianOnline V2- Resepi Berinformasi

5. Resepi Mesra.net- 10,000 Malaysian and Asian Recipes

6. Resepi Masakan @ Resepi.iLuvIslam-Koleksi Resepi Masakan

7. Portal Video Masakan, Resepi, Masakan | Jom Try Masak

8. Resepi Cari

Macam quote yang cik tom ambil dari mat gebu kat atas tue yang dunia masakan ini memang unik. Masakan ni pelbagai dan tak terhad pada satu jenis je. Dengan bahan-bahan yang simple kita boleh buat pelbagai jenis masakan dengan syarat otak kena kreatif dan berani untuk mencuba/mencipta resepi baru.

Kepada yang tak pandai memasak atau rasa belum cukup yakin untuk memasak tak perlu bimbang sebab korang kena rajin mencuba dari perkara asas iaitu kena kenal bahan asas masakan, alat masakan, teknik asas masakan seperti menggoreng, menumis. kukus dan sebagainya. Apabila dah pandai yang asas, korang akan boleh kembangkan yang asas kepada pelbagai resepi yang menarik dan sedap. InsyaAllah..

Kat blog cik tom ni pun ada tersenarai sedikit resepi simple yang korang boleh refer pada tab menu kat atas iaitu “Resepi” atau under “category resepi“. Selamat mencuba resepi dan masak memasak. Pikatlah hati keluarga, suami atau anak-anak bermula dari perut diorang. hehe… ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

33 thoughts on “Blog Masakan Yang Best Untuk Diterjah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!