Blogging is Team Sport

Salam sayang…. Harap semuanya ceria dan sihat sentiasa. Hmm.. nak dijadikan cerita beberapa hari lepas, saudara Sabree ada menghubungi cik tom melalui email mengenai jemputannya untuk tubuhkan satu teamwork bagi inisiatif buat duit dari blogging. Idea tue memang menarik selepas cik tom baca detail mengenai promosi tersebut di laman blog sabree; Genius Blogger.

Biasanya cik tom buat kerja cari duit dari blog ni sorang-sorang je. Tak pernah terfikir nak buat teamwork cari duit. Kalau ada apa-apa yang tak tahu tue mula la tanya orang itu dan ini. Tapi kadang-kadang tue segan jugak kan nak tanya banyak2. hehe..

Guru blogging cara cari duit dari blog cik tom lebih pada hasil try and error dari pembacaan entry dan pemerhatian blogger & IM yang berjaya seperti titan, rahmanbasri, aqif azizan dan banyak lagi. Kalau sebut satu-satu rasanya sampai bila pun tak habis. Dulu hobi cik tom waktu free stalk blog $$  dioranglah. hehe…

Income Blogging
Income Blogging

Kenapa cik tom cerita tue semua?? Sebabnya bila kerja buat sorang-sorang ni agak banyak cabarannya. Bila tak tahu malu or segan nak nak bertanyakan pada siapa. Bila sekali cuba dah tak berjaya terus give up. Diri pun jadi tak termotivasi untuk menaip entry secara konsisten seperti cik tom ni. hehe…

So, dari sorang baik berdua…dari berdua baik bertiga sehinggalah seterusnya as a team. Bila dah berkerja secara berkumpulan untuk cari duit ni lagi mudah, tersusun dan sentiasa termotivasi dari rakan-rakan satu pasukan. Dalam team ni jugak diberi tugasan tertentu yang perlu disiapkan. Kalau nak tau kat sini jugak akan share tips-tips menarik macam mana nak buat duit dari blog dan bagaimana nak jana duit dari blog dalam satu team dari masa ke semasa.

Maybe selama ni kita hanya dapat duit dari blog dalam RM100-RM200 sebulan. Tak nak ke gandakan jumlahnya jadi lagi banyak?? hoho..

Lenguh dah jari menaip banyak artikel untuk malam ni. Stop sampai sini dulu. Sesiapa yang berminat nak tau detail mengenai projek buat duit dari blog ini, sila ke: Genius Blogger Inner Circle. Baik cepat-cepat ye kerana tempatnya limited dan percuma. 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Blogging is Team Sport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE