Bodoh ker???Lantaklah!!!!

Korang ingat lagi tak entri cik tom dapat interview dan entri masa interview (entry sebelum nie). Sebenarnya petang sabtu lepas (21/8/10), cik tom dapat call dari Simon Cowell bagitahu yang cik tom dapat chances untuk second interview.

********************************

Simon Cowell: Salam, ni cik xxxx??

Cik tom: Ye, saya. Siapa ni ye?? (Saja je buat tak cam..sampai bila2 cik tom akan ingat muka dan suara Simon Cowell tue..huhu)

Simon Cowell: Saya En.xxx dari company xxx. Saya nak tanya awak ni dah dapat kerja belum?? (Eh2 baik la pulak bersaya awak. Hehe..)

Cik tom: Oh. Apa khabar encik?? Saya belum dapat kerja lagi.

Simon Cowell: Baik. Kalau belum aku nak bagi tawaran untuk second interview isnin. Boleh?? (Ops..dah tukar aku??)

Cik tom: Saya tak pasti lagi la encik. Nati saya call balik confirm kan boleh??

Simon Cowell; Kalau ko tak boleh hari isnin, hari selasa pun boleh. Apa2 pun call untuk confirmkan.

Cik tom: Baiklah. Terima kasih encik.

********************************

Hurm…cik tom ingat dah tak dapat apa2 peluang sebab teruk kena tapi rupa2nya dapat second interview. Tapi lepas fikir2 dan bincang dengan family dan kawan2. Cik tom buat keputusan tak nak pergi for second interview. Tak tahulah kalau korang cakap cik tom ni bodoh ker/ tak berani mencuba/ cepat sangat give up or apa2 jelah. Tapi cik tom rasa dah fikir masak2 tak nak kerja dengan environment tempat camtu;

  • Environment suram je sebab branch company nie baru 50% jalan. Masih dikelilingi sedikit hutan/semak samun.
  • Company terletak paling hujung jalan sekali. Agak seram. (siap tersesat jugak masa mula2 pergi)
  • Pekerja yang tak mesra. (Masa cik tom tunggu kat ruang menunggu tue. Ada la pekerja2 yang lalu lalang tapi bila cik tom senyum semua buat masam muka je. Yang peramah akak kaunter dengan pak guard je. Huhu..)
  • Kalau rumah sewa tue cik tom rasa takde masalah sangat nak cari. Tapi cik tom takde transport nak pergi ulang alik kerja sebab company tue jauh dari kawasan perumahan. Pastu company tue pulak takde sedia pengangkutan untuk pekerja cam van kilang ker. Pengangkutan awam pun takde masuk dalam tue. Kalau jalan kaki/kayuh basikal pun belum tentu sampai dalam masa sejam.
  • Weekend pun kerja. (semalam Simon Cowell call tue kan hari sabtu)
  • Kerja tak tentu masa, biasa sampai 9 malam keje sebab position QC engineer sorang je. (Ni akak tue sendiri bagitahu. Lagipun cik tom kan perempuan, so parents tak bagi)
  • Takde langsung training. Cik tom memang tak tahu langsung pasal cable2 nih. Dah la akak yang QC engineer tue dah berhenti minggu lepas. (Sebelum ni akak tu janji kalau cik tom dapat kerja ni sebelum dia kuar dia nak ajarkan)
  • Kat company tue takde ciri2 keselamatan. Boleh kat makmal takde fume hood. Tu paling penting sekali tau sebab banyak handle high concentration acid, alcohol dan bahan kimia yang berbahaya. (Ni akak tue jugak pecah rahsia masa cik tom tanya. Dia kata ada cadangkan tapi dah 4 bulan kerja takde2 jugak. kalau tak tahu apa fume hood. boleh google)
  • Cik tom rasa akak tue pun tak tahan kerja kat situ. tengok gaya muka dan cakap pun dah tahu walaupun dia cakap OK.
  • Tapi yang paling cik tom tak suka tukang interview tue. Mulut laser giler. (Tak mahu la bos garang camtu)

p/s: kalau nak bagi komen tue. bagi komen yang positive ye. Jangan cakap cik tom rugi la. Tolak tuah la. Apa la. Cik tom tak menyesal dengan keputusan ni ye!!noktah!! InsyaAllah ade rezeki cik tom kat tempat lain. Aminn..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

35 thoughts on “Bodoh ker???Lantaklah!!!!

  • August 23, 2010 at 12:33 am
    Permalink

    sebenar nye semalam
    pun saye nak cakap
    jangn la pi
    kerja situ
    hahah..ye la..bos mcm tu
    boleh tahan ke?
    kalau saye pun taknak la..tak boleh kerja dengan orang mcm tu..
    kalau tmpat tu ok
    apesal akak tu nak benti keja ,kan?kan?rezeki ade di mana2..

    Reply
  • August 23, 2010 at 1:53 am
    Permalink

    rezeki ada di mana2…tp kalau dh ada alasan kukuh, elokle cari job kat tempat lain. Good Luck!

    Reply
  • August 23, 2010 at 2:05 am
    Permalink

    betui tu cik tom, tempat tu macam tak sesuai jer, elok cari kerja di tempat lain..cari lokasi yg menarik, jgn pilih tempat yg sunyi ke apa ker, bahaya..ni pengalaman akak yg dh lama kerja..

    Reply
  • August 23, 2010 at 2:10 am
    Permalink

    diana: thanks2…akak tue banyak gak bocor rahsia pasal company tue ngan cik tom..tapi malsa nak cerita semua kat sini..al-maklum la company baru buka..hehe..

    Reply
  • August 23, 2010 at 2:11 am
    Permalink

    @akma: insyaAllah…aminn..thanks dear..

    Reply
  • August 23, 2010 at 2:12 am
    Permalink

    @sweetsal:memang emak cik tom paling tak bagi sebab abang yang teman pergi interview tue cakap bahaya tempat tue kalau perempuan…thanks tau..sayang akak..hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 3:06 am
    Permalink

    cik tom = jgn risau. rezeki Tuhan ada di mana-mana selagi cik tom berusaha

    amacam? positif x komen? hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 3:06 am
    Permalink

    fuhyooo.. bahaye gile hidup ko

    Reply
  • August 23, 2010 at 3:08 am
    Permalink

    yaty: positif2..luv u sayang..muaah 🙂

    Reply
  • August 23, 2010 at 3:09 am
    Permalink

    hamzah:memang bahaya kalau cik tom terima..tapi dah tolak..huhu

    Reply
  • August 23, 2010 at 5:03 am
    Permalink

    takpe cik tom..insyaAllah boleh rezeki kat lain..cik tom kan baru habis belajar..konvo pun belum lagi..

    Reply
  • August 23, 2010 at 5:58 am
    Permalink

    ala cik Tom…. jangan risau…. kalo memang rezeki pasti ada. janji kite usaha. Chayok!!!!!

    Reply
  • August 23, 2010 at 8:01 am
    Permalink

    xpe2 cik tom…lepas raya cari balik..heeee
    nnti xpyh bg duit raye kt bdk2 sbb alsnye kite xkeje lg..hoho

    Reply
  • August 23, 2010 at 8:21 am
    Permalink

    haaa kalo wani pn wani x nk kje situ wlwpn die nk bg gaji riban2..kui3..sbb kalo leh kite kje xnk la stress..lg2 kalo dpt bos mcm tu..aiyoooo…makin hari, makin drh tggi je nnt

    Reply
  • August 23, 2010 at 9:38 am
    Permalink

    hohohoho dun worie be hepy cik tom..ash bangga dgn keputusan cik tom..takpe2 jgn riso…peluang and rezeki ada dimana2 insyallah ..sabar jer…kalo ash po pkir 2,3,4 kali nk keje kt tempt camtu cik tom..chaiyok2 cik tom…wheee cik tom…ash dah berjaya dpt keje….;>

    Reply
  • August 23, 2010 at 9:39 am
    Permalink

    cik tom dah konvo blum…ash po blum konvo gak lg..xsabar nk menungu konvo…wheee

    Reply
  • August 23, 2010 at 10:33 am
    Permalink

    btl la pilihan cik tom ni..
    mungkin pasni ada lagi tempat yg lagi bagus dgn sesuai ngn cik tom..
    yg penting kena terus berusaha 🙂

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:02 pm
    Permalink

    @nana: thanks..a'ah cik tom tak konvo lagi..hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:09 pm
    Permalink

    @papadam: tenkiu2..insyaAllah..amin…

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:10 pm
    Permalink

    @echah:memang plan nak kuar dari terengganu carik kerja pas raya..hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:11 pm
    Permalink

    @wanie: tue la cik tom pun pikir camtu..tak nak la stress2..hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:12 pm
    Permalink

    @ash: tenkiu…wah congrats dear dah dapat kerja…nati cerita la kat entry..nak tahu jugak…

    cik tom tak konvo lagi..bulan 11 ni konvo..ash bila??

    Reply
  • August 23, 2010 at 12:13 pm
    Permalink

    @zuhanis:thanks dear..insyaAllah..still berusaha cari kerja tempat lain…

    Reply
  • August 23, 2010 at 1:15 pm
    Permalink

    owaaaaa….samelah kite..ash po bulan 11 ni gak konvo..hohoho lambtkan…cik tom dak uitm jugk eah..

    Reply
  • August 23, 2010 at 1:32 pm
    Permalink

    @ash: yup cik tom dak uitm shah alam..ash uitm mana??crs ape??hehe…

    Reply
  • August 23, 2010 at 2:04 pm
    Permalink

    hihihih excited yer ash..dpt kenal dak uitm gak..tp ash uitm kedah..hoho coz administrative science …o(^_^)o

    Reply
  • August 23, 2010 at 3:01 pm
    Permalink

    @ash: oo cik tom pernah gi jalan2 sana..best jugak..nati mesti konvo tak sama eh..kalau hari dekat2 leh kenal dengan ash..hehe

    Reply
  • August 23, 2010 at 6:04 pm
    Permalink

    ahalah mesti konvo tak same ari kan..wahhh koz cik tom susah kan…cik tom sains gunaan ash plak sains sosial wahhhhh ada chemistry nie hihih….

    Reply
  • August 24, 2010 at 12:22 am
    Permalink

    haa. shag ingat cik tom nak accept td. fuhh. shag mmg setuju cik tom reject. sbb 1st shag tak suke simon cowell tu! spe nk keja dgn org kurang di didik tu? tak nak shag ;Pp

    cari keje lain ye cik tom. shag doa kan cik tom dpt keje yg jauh better dr simon cowell punya tmpt keje. fighting!

    Reply
  • August 24, 2010 at 4:58 am
    Permalink

    @ash: susah???sama je kot..hehe..tu la ade chemistry la kita ber2..yeah!!!suka3…hik3 😉

    Reply
  • August 24, 2010 at 5:02 am
    Permalink

    @shag: betul2…hihi..tapi maybe jugak dia nak duga kot..hehe…insyaAllah tengah berusaha carik kerja lain..aja2 fighting!!!

    Reply
  • September 10, 2010 at 4:16 pm
    Permalink

    hahaha banyak je kilang chemical yang tak berapa serius bab safety ni, kalau DOSH pi cek, berapa peratus je yang selamat, ekekee

    Reply
  • September 20, 2010 at 11:47 am
    Permalink

    @padin: yup…memang betul tue…kat tempat blaja pun xgerenti selamat jugak kan..huhu

    Reply
  • November 15, 2010 at 4:56 pm
    Permalink

    ala, apa nak susah? cik tom ternak aje pokok tomato secara fertigasi (pengaruh agrotek ngan agrojurnal), cukup taim kutip hasil.

    Reply
  • November 16, 2010 at 8:18 pm
    Permalink

    @elmaranji dot kom: bagus gak cdgn tue..tp modal+pengetahuan xde..kena beljar dl kalo betul2 nak join..hihi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!