Post navigation

Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini nak share hasil berbudi pada tanah dapat makan buah naga merah (dragon fruit). Permulaan tanam satu pokok buah naga merah bagi setiap rumah di perumahan ini hasil dari projek bumi hijau. Lepas itu, emak cik tom dapat tahu yang cara pembiakan pokok buah naga merah ini mudah dari keratan batang sama seperti pokok ubi kayu. Terus emak cik tom ambil 2, 3 batang dari pokok asal dan tanam disekeliling rumah.

Pokok Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Pokok Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Alhamdulillah semuanya menjadi dan berbuah lebat. Tak putus-putus berbuah sepanjang tahun selepas hampir setahun tanam. Cara penanaman pokok buah naga merah ini memang mudah. Tak perlu letak baja, racun serangga perosak atau pun siram air setiap hari oleh sebab pokok ini jenis keluarga cactus yang tahan lasak. Cuma kadang-kadang emak suka siram dengan air lebihan siang dan cuci ikan atau air basuhan beras. Kat rumah cik tom ada 4 pokok buah naga yang isinya warna merah. Rasanya manis dan lembut.

Proses Pendebungan Buah Naga Merah Semulajadi

Proses Pendebungan Buah Naga Merah Semulajadi

Sedikit info tambahan yang cik tom google untuk buah naga merah;

Buah naga atau nama saintifiknya  hylocereus undatus tergolong dalam keluarga Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu isi putih (Hylocereus undatus),  merah  (Hylocereus polyrhizus), dan kuning (Hylocereus megalanthus),  namun begitu hanya dua varieti yang  sesuai ditanam di Malaysia iaitu isi putih dan merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran.

Buah Naga Merah (Dragon Fruit) Yang dah dipetik

Buah Naga Merah (Dragon Fruit) Yang dah dipetik

Berdasarkan pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat. Bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Kelebihan pokok buah naga merah ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

Isi Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Isi Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Pada yang berminat nak tahu cara penanaman dan penjagaan buah naga boleh rujuk pada file pdf ini >>MANUAL RINGKAS CARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN BUAH NAGA<<

********************************************************
klik sini


47 thoughts on “Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

  1. nyumm..nyumm.
    sedapnye dapat makan buah naga merah ni. :)

    *buah naga yang putih tu apa rasanya cik tom? syieda xberani nak mencuba. hehehe

    • buah naga yang putih rasanya kurang manis sedikit compare dengan buah naga merah..harganya juga lebih murah dan kurang khasiat berbanding buah naga merah..

    • memang senang..tak perlukan penjagaan rapi pun..just tanam batang pokok buah naga n siram sekali sekala kalau xhujan..kalau dah hujan xperlu siram..tunggu je pokok berbuah..

  2. mmg merah nampaknya buah ni.. saya kurang gemar sikit lah, sebab buah ni lembik2.. huhu..

  3. tak pernah tanam pun…
    nak cuba tanam la sebab tanah depan umah akak ni macam kering je..sesuai la kot..kan??

  4. mm…macam sedap buah naga ni..
    ayah sy selalu beli…
    dia dah bagi kat saya..tapi saya taknak makan takut x sedap..haha…macam2 lah~

    • yang 1st pokok dari projek bumi hijau tue diorang bagi anak pokok..lepas tue pokok2 lain just guna keratan batang…amik keratan batang sikit kat pokok pastu tanam separuh batang tue macam tanam pokok ubi kayu..

    • jus buah naga sedap juga minum..sejuk2 je rasa tekak..aah pernah gak dgr dl kt penang..skang dah komersilkan..ramai yang dah tanam..

  5. hmm..sgt sedap buah ni..
    air dia pon best..suka sgt..
    tapi sya x boleh mkn byk sebab asid buah ni tgi..
    nti sendi2 sya lenguh..huhuhu…

    • tanah yang sesuai ialah tanah berpasir atau tanah yang jenis bukit… rumah cik tom tanah jenis bukit.. siram sekali seminggu je.. kalau dah hujan xyah siram.. kadang2 selalu siram pun boleh sebabkan pokok naga ni mati.