Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini nak share hasil berbudi pada tanah dapat makan buah naga merah (dragon fruit). Permulaan tanam satu pokok buah naga merah bagi setiap rumah di perumahan ini hasil dari projek bumi hijau. Lepas itu, emak cik tom dapat tahu yang cara pembiakan pokok buah naga merah ini mudah dari keratan batang sama seperti pokok ubi kayu. Terus emak cik tom ambil 2, 3 batang dari pokok asal dan tanam disekeliling rumah.

Pokok Buah Naga Merah (Dragon Fruit)
Pokok Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Alhamdulillah semuanya menjadi dan berbuah lebat. Tak putus-putus berbuah sepanjang tahun selepas hampir setahun tanam. Cara penanaman pokok buah naga merah ini memang mudah. Tak perlu letak baja, racun serangga perosak atau pun siram air setiap hari oleh sebab pokok ini jenis keluarga cactus yang tahan lasak. Cuma kadang-kadang emak suka siram dengan air lebihan siang dan cuci ikan atau air basuhan beras. Kat rumah cik tom ada 4 pokok buah naga yang isinya warna merah. Rasanya manis dan lembut.

Proses Pendebungan Buah Naga Merah Semulajadi
Proses Pendebungan Buah Naga Merah Semulajadi

Sedikit info tambahan yang cik tom google untuk buah naga merah;

Buah naga atau nama saintifiknya  hylocereus undatus tergolong dalam keluarga Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu isi putih (Hylocereus undatus),  merah  (Hylocereus polyrhizus), dan kuning (Hylocereus megalanthus),  namun begitu hanya dua varieti yang  sesuai ditanam di Malaysia iaitu isi putih dan merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran.

Buah Naga Merah (Dragon Fruit) Yang dah dipetik
Buah Naga Merah (Dragon Fruit) Yang dah dipetik

Berdasarkan pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat. Bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Kelebihan pokok buah naga merah ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

Isi Buah Naga Merah (Dragon Fruit)
Isi Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

Pada yang berminat nak tahu cara penanaman dan penjagaan buah naga boleh rujuk pada file pdf ini >>MANUAL RINGKAS CARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN BUAH NAGA<<

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

47 thoughts on “Buah Naga Merah (Dragon Fruit)

  • May 21, 2012 at 12:25 pm
    Permalink

    uuhh.. dah lame tak makan buah naga merah.. ^^, slalu dpt yg isi kaler putih je.. masam kot.. huhuhu

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:01 pm
      Permalink

      buah naga isi putih mmg kurang manis, murah n krg jg khasiat banding dengan buah naga merah..

      Reply
  • May 21, 2012 at 12:44 pm
    Permalink

    ciktom… hmm sy mmg suka buah naga..pntang nmpak mmg beli.. tp nk tanam perlu kwasan bpasir kn

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:56 am
      Permalink

      yup tanam kawasan berpasir..kalau tanah bukit pun boleh juga..

      Reply
  • May 21, 2012 at 12:46 pm
    Permalink

    ada makn beberapa kali tpi tak byk hee mungkin sb pertama kli makan nmpk mkn ni pelik jer tpi sedp

    Reply
  • May 21, 2012 at 2:02 pm
    Permalink

    nyumm..nyumm.
    sedapnye dapat makan buah naga merah ni. 🙂

    *buah naga yang putih tu apa rasanya cik tom? syieda xberani nak mencuba. hehehe

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:55 am
      Permalink

      buah naga yang putih rasanya kurang manis sedikit compare dengan buah naga merah..harganya juga lebih murah dan kurang khasiat berbanding buah naga merah..

      Reply
  • May 21, 2012 at 2:34 pm
    Permalink

    banyak juga khasiat buah naga merah nih.

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:51 am
      Permalink

      buah naga merah memang banyak khasiat dan nilai komersil..

      Reply
  • May 21, 2012 at 3:08 pm
    Permalink

    senang nk jaga rupanya..leh tanam.. 🙂

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:50 am
      Permalink

      memang senang nak tanam dan jaga..cubalah..

      Reply
  • May 21, 2012 at 3:08 pm
    Permalink

    Dulu mak pernah tanam,mas berbuah kurang manis,lepas letak baja tahi ayam..sgt manis macam madu…

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:50 am
      Permalink

      emak cik tom letak baja air basuhan ikan dan air basuhan beras je..memang manis..

      Reply
    • May 22, 2012 at 11:44 am
      Permalink

      takpe bila free2 boleh beli dan makan buah naga ni..

      Reply
    • May 22, 2012 at 11:43 am
      Permalink

      memang senang..tak perlukan penjagaan rapi pun..just tanam batang pokok buah naga n siram sekali sekala kalau xhujan..kalau dah hujan xperlu siram..tunggu je pokok berbuah..

      Reply
  • May 21, 2012 at 4:45 pm
    Permalink

    mmg merah nampaknya buah ni.. saya kurang gemar sikit lah, sebab buah ni lembik2.. huhu..

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:42 am
      Permalink

      buah naga ni memang lembik dan rasa manis macam buah kiwi..

      Reply
  • May 21, 2012 at 4:55 pm
    Permalink

    sedap juga makan buah nie sejuk2 .. tapi tangan jadik merah juga la…

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:41 am
      Permalink

      aah kena hati2 makan buah naga ni..kalau terkena baju susah nak tanggal kaler merah..

      Reply
  • May 21, 2012 at 5:42 pm
    Permalink

    tak pernah tanam pun…
    nak cuba tanam la sebab tanah depan umah akak ni macam kering je..sesuai la kot..kan??

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:35 am
      Permalink

      boleh akak..tanah kering dan berbukit sesuai tanam..sebab pokok buah naga ni bukan perlu banyak air pun..

      Reply
  • May 22, 2012 at 12:01 am
    Permalink

    Saya ada tanam 2 batang pokok buat Naga dihadapan laman rumah. Berapa lama pokok buah Naga ini matang dan mula menghasilkan buah?

    Reply
  • May 22, 2012 at 12:51 am
    Permalink

    kalau tak silap, ada la sekali dua makan buah naga ni
    tapi kalau pisang, tiap hari pun boleh 😀

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:21 am
      Permalink

      maybe tehr xsukakan rasanya yang lembik dan manis kot…pisang memang best..

      Reply
  • May 22, 2012 at 12:14 pm
    Permalink

    Sy suka blend dan buat jus. Bagus jugak utk sejukkan suhu tubuh 🙂

    Reply
  • May 22, 2012 at 12:59 pm
    Permalink

    rumah lady ade pokok naga merah.. :)..
    sgt2 manis.. jauh lbh manis drp beli di kedai..

    Reply
  • May 22, 2012 at 1:42 pm
    Permalink

    suka cicah dengan garam buah nih. buah ni manis sangat bila masak. haha..

    Reply
    • May 22, 2012 at 1:49 pm
      Permalink

      pelik la pulak buah cicah garam..hee..hati2 jgn terlebih makan garam nanti ada yg muda2 dah kena darah tinggi..

      Reply
      • May 22, 2012 at 4:13 pm
        Permalink

        takpe. leh cover dengan cendol.

        Reply
        • May 23, 2012 at 10:39 am
          Permalink

          hahaa..yela2 cendol best juga..

  • May 22, 2012 at 4:34 pm
    Permalink

    mm…macam sedap buah naga ni..
    ayah sy selalu beli…
    dia dah bagi kat saya..tapi saya taknak makan takut x sedap..haha…macam2 lah~

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:52 am
      Permalink

      maybe tgk kulit buah naga ni pelik tue yg takut nak makan..hehe

      Reply
  • May 22, 2012 at 9:28 pm
    Permalink

    merah betul isi die..cantik pulak lebah tuh..hehe

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:46 am
      Permalink

      memang merah..lebah tue nmpk cantik..awas kalau dah kena gigit..sakitt…

      Reply
  • May 23, 2012 at 12:03 am
    Permalink

    Mula tanam dengan apa kak??? Ke dari anak pokok???

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:44 am
      Permalink

      yang 1st pokok dari projek bumi hijau tue diorang bagi anak pokok..lepas tue pokok2 lain just guna keratan batang…amik keratan batang sikit kat pokok pastu tanam separuh batang tue macam tanam pokok ubi kayu..

      Reply
  • May 23, 2012 at 2:02 am
    Permalink

    Jus buah naga sedap 🙂
    Tak silap buah naga ni kat penang dulu kan cik tom?

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:40 am
      Permalink

      jus buah naga sedap juga minum..sejuk2 je rasa tekak..aah pernah gak dgr dl kt penang..skang dah komersilkan..ramai yang dah tanam..

      Reply
  • May 23, 2012 at 4:18 pm
    Permalink

    hmm..sgt sedap buah ni..
    air dia pon best..suka sgt..
    tapi sya x boleh mkn byk sebab asid buah ni tgi..
    nti sendi2 sya lenguh..huhuhu…

    Reply
  • June 16, 2012 at 10:38 pm
    Permalink

    pernah tanam jugak, tapi mati.. tanah apa yang sesuai tanam pokok ni?

    Reply
    • June 16, 2012 at 11:32 pm
      Permalink

      tanah yang sesuai ialah tanah berpasir atau tanah yang jenis bukit… rumah cik tom tanah jenis bukit.. siram sekali seminggu je.. kalau dah hujan xyah siram.. kadang2 selalu siram pun boleh sebabkan pokok naga ni mati.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!