Buat Apa Tayang Pendapatan Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Jom kita kupas isu kali iniย buat apa tayang pendapatan blog? Adakah motifnya untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk “Aku ada kau ada”. Kadang-kadang kita memang niat nak berkongsi kegembiraan dan bagi semangat kepada rakan, tapi mungkin ada yang bacanya rasa meluat dan rasa macam kita suka menunjuk-nunjuk.

Aku Ada Kau Ada
Aku Ada Kau Ada

Ada juga sesetengah blogger yang tak kisah pasal earning blog. Yup suatu masa dulu, cik tom akui memang cik tom antara golongan blogger yang tak kisahlah takde income pun asalkan happy blogging. Bila siap taip satu entry je rasa satu kepuasan yang tak ternilai harganya. Namun makin lama merasa pahit manis berblog, cik tom rasakan perlu perubahan dan target dalam dunia blogging. Harapan perubahan itu akan mematangkan lagi perkembangan blog ini.

Back to the main point, buat apa tayang pendapatan blog ya. Cik tom akan kongsikan based on experience and observation cik tom dalam dunia blog.

1. Satu bukti yang nyata bahawa blog itu sudah berjaya menjana pendapatan dari blog. Jika hanya cerita kosong, tunjuk cek yang dah tutup jumlah dan semuanya boleh menyebabkan ramai yang ragu2 income yang diperolehi. Means takdelah cakap kosong siap ada bukti screenshot income dan sebagainya.

2. Sebagai motivasi atau galakkan semangat pada rakan blogger untuk mencubanya dan hasil pendapatan yang sama. Kadang-kadang kita perlukan someone untuk dijadikan pencetus semangat untuk mencubanya. Cik tom akan ingat jasa salah seorang sifu pencetus semangat cik tom iaitu -> mamat yang perasaan kacak ni.

3. Menaikkan nilai kreadibiliti sesebuah blog. Ini bergantung pada penilaian yang membacanya. Kalau yang rasa tak suka dah menyampah maybe merundumlah. Tapi cerita bab duit siapalah yang tak suka kan? Ramai yang suka “google” bagaimana nak tambah duit sampingan, cara buat duit dari blog dan macam-macam keyword semua bab cari duit yang pernah tersasar ke blog cik tom.

4. Untuk menambahkan keyakinan para pengiklanan untuk sewa ruang iklan di blog. Mungkin jika hanya tunjuk screenshot bukti trafik semata-mata masih menimbulkan perasaan ragu-ragu dari pihak yang berminat untuk beriklan di blog. Bila dah tunjuk jumlah pendapatan hasil dari pengiklanan dan income affiliate alhamdulillah rezeki sewa ruang iklan cik tom bertambah siap dapat tempahan.

5. Perlu ke tunjuk income setakat RM20-RM50 je? Kalau tak cukup RM1 duit tue takkan jadi RM1000 just RM999 kan. Kumpul duit sikit demi sedikit insyaAllah dengan teknik menabung yang berkesan boleh buat beli rumah satu hari nanti mana tau. Semuanya tak mustahil yang penting kita kena ada usaha untuk capai target yang diimpikan.

Cukuplah 5 sebab buat apa tayang pendapatan blog walaupun kebiasaan cik tom suka share tips2 sampai 10. Takut nanti ada yang termuntah baca pulak. hehe…

Tak semestinya blogger yang suka tayang pendapatan blog itu gilakan duit atau bermegah-megah dengan apa yang diperolehi. Setiap orang ada pendapat tersendiri dan tiada yang betul mahupun salah. Em.. cuba kita sama2 renung-renungkan balik dalam hidup kita selama ini. Sudah berapa banyak rezeki yang diberikan olehNYA. Setiap manusia diberikan bahagian rezeki yang berbeza oleh Allah, mungkin dari rezeki duit, keluarga, anak, pekerjaan dan sebagainya. Marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Terpulang pada diri setiap orang untuk menilai dan sesungguhnya rezeki tidak akan datang bergolek tanpa berusaha. Tidak ada jalan mudah atau singkat untuk berjaya dalam apa jua yang kita lakukan. Siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya.

ps: yang penting rezeki yang diperolehi dari sumber halal dan tidak menyusahkan orang lain. thanks pada rakan-rakan blogger mahupun silent readers yang sentiasa singgah dan support blog ciktom.com.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

43 thoughts on “Buat Apa Tayang Pendapatan Blog

  • June 24, 2012 at 3:26 am
    Permalink

    mak pun tak kesah klu sesape nk tunjuk income..tu kan motivasi buat org2 cam mak yg xde income dr blog nih. Hik hik hik.

    Buat hape kita nak dengki or jeles dgn income yg org tu dapat n tunjuk??.Its still x menguntungkan kita pun kan..

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:52 am
      Permalink

      haaa kan tue mak dah keluar pendapat bernas mak..thanks mak..sayang mak lebih..hehe

      Reply
  • June 24, 2012 at 7:40 am
    Permalink

    ramai blogger suka tgk rakan blogger tayang earning sbb bg motivasi.. contoh sop bila tgk rakan dpt byk duit, lg bersemangat ๐Ÿ™‚ kalau dapat sendiri? bertambah2 semangat.. hehehe

    masing punya pandangan.. kalau ambil negetif, jadi x baik
    kalau ambil positif, jd motivasi..

    nota kaki: sop x tayang earning sbb x byk.. heheheh

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:47 am
      Permalink

      cik tom rasa sop dpt earning byk jgk..kl x xkan rajin buat contest setiap bulan kan… hee ๐Ÿ™‚

      Reply
  • June 24, 2012 at 7:52 am
    Permalink

    salah sorang pencetus semangat sy pulak adalah cik tom..hehe
    bila baca post cik tom pasal earning2 sy rasa inspired,
    sbb tu bila sy post psal earning blog sndri, sy harap pembaca tu turut rasa inspired cam sy rasa

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:46 am
      Permalink

      thanks has..hehe… yup semoga pembaca blog has inpired by has.. insyaAllah.. tahniah dpt earning dr blog!

      Reply
  • June 24, 2012 at 11:23 am
    Permalink

    Ada 2 jenis blogger yang macam nih…suka tayang dan tak mahu berkongsi macam mana dia boleh dapat – yg gini suka menunjuk2.
    Yang kedua pulak dia kongsi macam mana dia boleh dapat duit banyak tu dan dia bagi tip macam mana nak dapat – yang memang blogger yg ikhlas nak tolong.

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:30 am
      Permalink

      cik tom nak jadi jenis blogger yang kedua tue..insyaAllah..

      Reply
  • June 24, 2012 at 11:39 am
    Permalink

    elok juga tayang pendapatan blog, bagi auc sebagai penaik semangat bg blogger baru macam auc ni ๐Ÿ™‚

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:30 am
      Permalink

      harapnya jadi semangat pada diri cik tom sendiri dan juga rakan2..

      Reply
  • June 24, 2012 at 11:50 am
    Permalink

    best tengok orang tayang2.. tp kalau ayat dia mcm mengada2, x suka jugak.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  • June 24, 2012 at 12:51 pm
    Permalink

    Selagi niat utk “win win situation” rasanya bagus. At least pembaca dpt input baru.. IMO

    Reply
  • June 24, 2012 at 1:00 pm
    Permalink

    Memang langsung tak fikir tentang tu.. Kalau ada satu bonus.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  • June 24, 2012 at 1:00 pm
    Permalink

    biasalah tu. tak semua benda yang kita suka, orang lain akan suka. normal la tu.

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:22 am
      Permalink

      yup mmg betul.. tp entry ni saje2 suke2…

      Reply
  • June 24, 2012 at 7:06 pm
    Permalink

    sy dpt tayang iklan jer..income xdpt2 ag..hehe

    Reply
    • June 25, 2012 at 1:32 am
      Permalink

      xpe nanti sekali tayang income terus 4 angkan kan?

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:12 am
    Permalink

    Saya tidak nafikan ada yang berjaya menjadi blog sebagai sumber pendapatan. Menayangkan cek umpama testimonial. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:46 am
      Permalink

      alah bro biomed pun income banyak kan? cuma xtunjuk je.. tengok selalu pergi event dan mesti dapat sponsor post. tahniah ye!

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:31 am
    Permalink

    Apa pun,chii suka semua point yg ck tom kongsikan. Selain dpt membuktikan kita tak berkata kosong, ia dpt juga memberi semangat dan dorongan kdp blogger2 lain utk menjana pendapatan melalui blog ๐Ÿ™‚

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:43 am
      Permalink

      thanks chii. ini sekadar pendapat cik tom je.

      Reply
  • June 25, 2012 at 1:33 am
    Permalink

    lain padang lain belalang
    lain orang lain padangan
    lain nampak lain pandang
    lain blog lain pendapatan

    hehe

    Reply
    • June 25, 2012 at 2:00 am
      Permalink

      wah 1st time berpantun di blog cik tom.. tq..suka pantunnya ๐Ÿ™‚

      Reply
  • June 25, 2012 at 8:59 am
    Permalink

    Saja nak pendengki je la tue kot…pd aku ok jerr…bru puas hati berblog ada hasil…hehehe

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:18 am
      Permalink

      heheh…bro yas mmg berbaloi dpt dr contest blog..hebat..tahniah !

      Reply
  • June 25, 2012 at 1:42 pm
    Permalink

    bergantung kepada niat blogger tu sendiri. Selalunya orang suka tengok bukti. Jadi salah satu cara nak bagitau yang blogger tu cakap betul adalah dengan memberikan bukti tersebut. Bukan untuk menunjuk ya. Untuk bagi motivasi agar berusaha dengan lebih gigih

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:07 am
      Permalink

      yup..orang sekarang makin bijak..semua nak tunjuk bukti..kalau xsusah nak percaya.

      Reply
  • June 25, 2012 at 6:10 pm
    Permalink

    akk pun suka tengok income org , dr situ kita rasa nak berjaya lagi dan lagi , tapi satu side lagi , akk tk nak sgt tunjuk income sebab risau ada yg tk suka juga ..

    pendek kata apa saja kita buat ada org suka , ada org tk suka ..terpulanglah kan..

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:53 am
      Permalink

      biasalah dlm dunia ni xde yang puas hati..

      Reply
  • June 26, 2012 at 3:07 pm
    Permalink

    Saya setujulah dengan post ciktom..

    Kadang-kadang kita tayang income nie bukan sebab nak show off/menunjuk2 kan…

    Sebenarnya nak sharing & motivasi yang lain-lain sama supaya..alang-alang menyeluk pekasam, biar dapat income ..heheh

    Reply
    • June 27, 2012 at 11:53 pm
      Permalink

      insyaAllah…semoga rakan2 pun meriah dgn income dr blog.

      Reply
  • June 27, 2012 at 1:54 pm
    Permalink

    kalau kita memandang dari sudut positif, positif lah yg kita dapat, camtu juga sebaliknya. setuju dgn point2 yg cik tom tulis tu.. cik tom juga salah sorng blogger yg Anna kagum.. =)

    Reply
    • June 27, 2012 at 8:51 pm
      Permalink

      thanks anna…lama xdgr khabar berita anna..miss u la!

      Reply
  • June 27, 2012 at 8:30 pm
    Permalink

    hebat lah cik tom, ciktom ada x supplier utk buat bisnes online kat FB tu, kalau ada inform saya yer

    Reply
    • June 27, 2012 at 8:37 pm
      Permalink

      xdelah lagi hebat juan.. supplier bisnes online… ada cik tom email 2 org dan dpt feedback..nanti ciktom email lanjut..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE