Buat Duit Dengan Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Sebelum ini cik tom pernah berkongsi sedikit maklumat mengenai pelbagai cara buat duit melalui blog. Jom mar kita tengok tentang buat duit dengan Nuffnang pula. Kebanyakan blogger memang tahu mengenai Nuffnang dan ianya memang popular di kalangan blog.

Nuffnang adalah sebuah program buat duit yang sama sahaja seperti program pengiklanan yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click (PPC) atau CPUV (Cost Per Unit Visit). Dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan code iklan di blog anda. Jika iklan itu diklik oleh ramai pengunjung blog, maka bertambah tinggi jugalah pendapatan blog.

Tahun 2012 paling suram income blog ciktom.com untuk Nuffnang sebab tak pernah dapat Buffered Earning atau sekarang dikenali dengn CPUV (Cost Per Unit Visit). Cik tom pasrah je dan rasa memang tahun ini blog tandus dengan CPUV. Lagipun banner nuffnang yang tinggal ialah kat sidebar je. Yang lain dah lama buang. huhu… Tapi tengok semalam eh Alhamdulillah blog ciktom.com melekat 1 CPUV dari 30 Nov 2012. Ada juga penutup satu CPUV untuk tahun 2012 Yang Cantik. Kalau ada penambahan dan bertahan lama sampai tahun depan lagi bagus. hehe…

Cost Per Unique Visit
Cost Per Unique Visit

Cik tom bukan yang pakar bab2 earning dari nuffnang. Apatah lagi nak bagi tips earning nuffnang tapi Alhamdulillah bolehlah cashout 6 kali sepanjang guna khidmat nuffnang. Cuma setiap cek tak pernah capai 4 angka macam blogger Eyriqazz, Kid dan blogger2 yang memang masyuk dengan CPUV serta advertorial dari nuffnang.

Dengar-dengar kalau nak berguru bab nuffnang ni boleh pergi jenguk blog Kid>> Shakiddo.com.

Untuk daftar dan buat duit dengan Nuffnang boleh terus ke website >>Nuffnang.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

35 thoughts on “Buat Duit Dengan Nuffnang

  • December 23, 2012 at 12:17 am
    Permalink

    Tanniah. Didalam Nuff merajuk blog Cik Tom dapat sangkut juga. 🙂

    Reply
  • December 23, 2012 at 12:33 am
    Permalink

    wahhh…ad jgk sangkut cpuv tue.. Hehe

    Reply
  • December 23, 2012 at 1:25 am
    Permalink

    aik, tempek satu iklan nuff pun leh dpt cpuv lg?ini sudah mendatangkan marah d hati belalang nih. blog suara bawah tanah belalang dah lama x dpt belaian manja cik nuff… oh, apala nasib… huhuhu

    Reply
  • December 23, 2012 at 1:35 am
    Permalink

    ok la tu, cik tom
    ada juga BE yang sangkut

    tak banyak, sikit pun jadi

    Reply
  • December 23, 2012 at 6:10 am
    Permalink

    ciktom selalu dapat ratusan RM le yek?

    wow!! 🙂

    Reply
  • December 23, 2012 at 7:29 am
    Permalink

    walaupun letak 1 je.. masyuk juga tu.. setakat nak blanje coki2 barang 2 3 ketul ni mesti xde hal punye.. hewhew

    Reply
  • December 23, 2012 at 9:03 am
    Permalink

    alhamdulillah..
    kita ni entah bila nk dapat BE 😀

    Reply
  • December 23, 2012 at 9:46 am
    Permalink

    tak byk tapi ok lah dgn nuff ni 🙂

    Reply
  • December 23, 2012 at 3:22 pm
    Permalink

    salam, setuju dgn intan,..semoga bertambah lagi ruang-ruang rezeki atas usaha yang dibuat, insyaallah..

    Reply
  • December 23, 2012 at 6:54 pm
    Permalink

    Tahniah ciktom.HP dapat dua jer cpuv tahun nie..

    Reply
  • December 23, 2012 at 11:09 pm
    Permalink

    tahun 2012 akak kurang aktif dah bw ke update entry ke..
    tapi Alhamdulillah..
    boleh kata tetiap bulan cashout.
    rasanya tak cashout bulan 9,dan 10 je.
    ekarang akak tengah try says..
    semoga dapatla akak buat duit dengan says ni..

    Reply
  • December 24, 2012 at 12:11 am
    Permalink

    murah rezeki. nuffnang pun ok jugak tuh. jgn buang semua iklan nuff ciktom, tinggal satu pun ok dah, sayang..

    Reply
  • December 24, 2012 at 12:18 am
    Permalink

    itu namanya rezeki tuuu. hehe..

    Reply
  • December 24, 2012 at 12:48 am
    Permalink

    Rezeki tu cik tom…. sy ni masih blum merasa lagi…
    semoga ada rezeki utk cash out…

    Reply
  • December 24, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    1 BE utk 1 iklan yg dipasang. Kalau pasang tiga2 iklan mahu dpn 3 BE kot?

    Reply
  • December 24, 2012 at 9:00 am
    Permalink

    Hai ciktom,
    Buat duit dengan nuffnang tidak mustahil jika kita rajin update blog selain mengikut syarat yang di kehendaki oleh pihak nuffnang.

    Jika menggunakan Status Glitterati, sudah tentu earning juga tinggi daripada status biasa.

    Saya hanya memasang satu ads buat masa ini.

    Reply
  • December 24, 2012 at 3:45 pm
    Permalink

    sy punyer nuff dh brapa lama dari blog dulu lagi dah sthun lbh baru rm42.25 sen skang ni..geram btul..nk stop rse rugi plak sbb xprnah cashout lg..gna adsense bru bulan ni dah dpt lbh dari tu tp blm dpt cashout..

    Reply
  • December 24, 2012 at 8:14 pm
    Permalink

    saya dah buang dah nuffnang nih, malas lah, penat, no BE, pastu nak harap orang klik pon susah

    Reply
  • December 24, 2012 at 11:58 pm
    Permalink

    tahniah ciktom, akhirnya dapat juga cpuv untuk 2012 ni. saya tengah tunggu cpuv melekat tapi nampaknya takde lagi sejak 3 minggu menggunakan nuffnang balik ni. agaknya nuffnang dah tak suka saya kot hehe

    Reply
  • December 25, 2012 at 12:16 am
    Permalink

    saya pun belum pernah lekat lg BE ni. skrg ni masih sabar. tp x tau la sampai bila nak sabar

    Reply
  • December 25, 2012 at 7:44 pm
    Permalink

    alhamdulillah…sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan cik tom…:)

    Reply
  • December 25, 2012 at 11:39 pm
    Permalink

    dAH 2 TAHUN DGN nUFF TP MASih tak gerak2 duitnya. huhu.. tak tau mana silap

    Reply
  • December 26, 2012 at 1:20 am
    Permalink

    untuk blog saya ni blm pernah dapat BE, tapi blog satu lagi pernah lah juga dapat BE beberapa kali sekitar 2 tahun sudah.

    tapi CPC punya dah start kembali di blog saya sejak ianya stop sekian lama.

    Reply
  • January 2, 2013 at 5:12 pm
    Permalink

    salam sejahtera blogger Hai saya pemilik blog Alex johnson cerita Blogku,saya newbies saya baru jer dalam dunia blogger ni,blogging,hai ciktom,hai,hai,hai,boleh ke kalau ciktom tolong tunjuk ajarkan saya yang baru dalam dunia blog ni cara berblog secara lebih mendalam hahahahahahahahaaaaaaa hakkkkkks,hisssss,ha.
    Jom baca entri terkini Alex johnson …Bersenam hingga berpeluh ada rahsianyaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!