Bukan Penyakit G6PD Tapi Kekurangan Enzim G6PD

Bukan Penyakit G6PD Tapi Kekurangan Enzim G6PD | Salam 1 Dunia.. Rentetan dari artikel pernah cik tom keluarkan tahun 2011: Saudara Kembar Penghidap Penyakit G6PD. Rupanya ramai ibu bapa yang tidak berpuas hati perkataan yang cik tom gunakan “PENYAKIT“. Opss sorry ye. Waktu cik tom kongsikan artikel tu pun cik tom baru faham serba sedikit hasil pembacaan dari blog dan kesilapan penggunakan perkataan penyakit.

Sebenarnya bayi yang baru lahir seperti anak buah cik tom (tahun depan dah nak masuk darjah 2) bukan terkena penyakit G6PD tapi kekurangan enzim G6PD.

Bukan Penyakit G6PD Tapi Kekurangan Enzim G6PD
Kembar tak seiras
  1. Apa itu G6PD?
  2. Apakah fungsi G6PD?
  3. Bagaimana bayi dapat dikesan kekurangan enzim G6PD?
  4. Apakah yang perlu dilakukan jika bayi kekurangan enzim G6PD?
  5. Apakah ubat-ubatan yang perlu dielakkan bagi yang mengalami kekurangan enzim G6PD?
  6. Apakah kesan akan berlaku kalau termakan makanan atau ubatan terlarang?
  7. Bolehkah seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD hidup secara normal?

Apa itu G6PD?

Sebenarnya G6PD bukanlah penyakit tapi sejenis enzim. Enzim G6PD ialah singkatan kepada Glucose 6 Phospate Dehydrogenese. Ia adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.

Apakah fungsi G6PD?

Fungsi G6PD ialah untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.

Masalah kekurangan G6PD ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah tersebut.

Bagaimana bayi dapat dikesan kekurangan enzim G6PD?

Semasa bersalin, “sample” daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan. Sekiranya bayi tersebut didapati mengalami kekurangan enzim G6PD;

  1. Ibu bapa akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa bayi masuk ke wad untuk pemerhatian lanjut.
  2. Anak akan dikehendaki dalam pemantauan di wad selama 10 hari.
  3. Pemerhatian ini perlu kerana bayi kekurangan enzim G6PD boleh mendapat kuning (Jaundis) dengan serta merta.

Bayi akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada sebarang masalah.

Apakah yang perlu dilakukan jika bayi kekurangan enzim G6PD?

Elakkan bayi dari bahan-bahan yang boleh  menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti;

  • memberi ubatan sendiri tanpa arahan doktor
  • ubat-ubat tradisional
  • jamu atau ubat sinseh
  • minyak gosok
  • kacang parang
  • ubat gegat

Sila pastikan ibu bapa mendapat senarai ubat-ubat sebelum pulang!!

Apakah ubat-ubatan yang perlu dielakkan bagi yang mengalami kekurangan enzim G6PD?

Korang boleh rujuk artikel==> Ubat-ubatan yang perlu dielakkan

Apakah kesan akan berlaku kalau termakan makanan atau ubatan terlarang?

Bawa senarai ubatan dan tunjukkan kepada doktor bila bayi/anak sakit. Maklumkan kepada doktor anak kekurangan enzim G6PD. Kerana antara kesan yang berlaku jika anak tersilap makan ubat atau termakan makanan yang terlarang akan menyebabkan;

  • Sel darah merah musnah dengan cepat
  • Bayi akan mendapat kuning (jaundis)
  • Air kencing berdarag atau berwarna pekat
  • Demam dan pucat

Bolehkah seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD hidup secara normal?

Mereka boleh hidup secara normal tetapi mestilah mengelakkan diri dari termakan makanan atau ubat-ubatan tertentu.

Kekurangan enzim G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ianya bukan penyakit keturunan atau berjangkit.

Pada ibu bapa yang baru tahu anak mengalami masalah kekurangan enzim G6PD tu tak perlulah risau sangat ye. Bayi korang boleh hidup secara normal dan sihat. Anak buah cik tom yang kembar tue dah nak masuk darjah 2. Alhamdulillah sihat dan super duper aktif lagi. Selalu masuk pertandingan bola sepak dan jadi juara atau naib juara pasukannya.

Baca juga: Tips dan Panduan Anak Pintar Cerdas

Cuma yang penting korang kena la alert bab pantang larang makanan dan ubatan tu ye. Kalau nak bagi anak makan apa-apa supplement better tanyakan doktor dulu. Jangan main beli je bila yang tukang jual tu cakap produk natural ni kak/abang. Selamat semua boleh nak makan.

Cik tom doakan anak2 korang sihat dan ceria selalu. Ada sesiapa nak share any experience cara jaga atau any tips boleh share diruangan komen dibawah ye.

Sumber rujukan: Pamplet Kesihatan “Kekurangan G6PD”- Klinik Desa Gong Cempedak, Terengganu.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Bukan Penyakit G6PD Tapi Kekurangan Enzim G6PD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!