Yeay! Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf dah buka di Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sayang.. Alhamdulillah hari ini dah masuk 3 Ramadhan bermakna sudah 3 hari umat Islam berpuasa. Bila dah masuk bulan puasa ni faham sangatlah mesti semua orang terutamanya ibu bapa sudah mula buat persiapan raya. Mungkin ada yang dah siap persiapan raya semuanya? Korang memang hebat!

Ok nak cerita pasal persiapan raya ciktom juga…

Bulan lepas, ex-bos ciktom ada ajak celebrate birthday anak dia kat Secret Recipe di Angsana JB Mall. Lepas makan-makan tu cik tom pun jejalan la dalam Angsana JB Mall. Sekali lalu sebuah butik ni rasa tertarik pulak nampak rekabentuk butik gunakan kayu pallet. Simple dan unik. Tengok design baju-baju eh macam familiar pulak. Sekali bebetul ciktom tengok tu Butik Aisy Asyraf!!!!

Mesti korang familiar nama Butik Aisy Asyraf kan? Butik ni kepunyaan Imam Muda Asyraf. Ala ustaz yang selalu bagi tips, nasihat, ceramah kat radio dan TV tu. Confirm dari budak kecik sampai ke orang tua kenal kan.hihi..

Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf di Johor Bahru

Wow seronok tak terkata perasaan hati ciktom. Bukan apa tau cik tom janji dengan suami nak belanja baju raya dia tahun ni. Ini semua gara-gara suami merajuk sebab persiapan raya dia apa pun takde lagi. Persiapan raya anak dah complete 100% dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maklumlah excited dapat anak pertama kan? Gegurl pulak tu. Hihi..

Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf di Johor Bahru

Bila nampak je Butik Aisy Asyraf di Level 3, Angsana JB Mall, terus ciktom terdetik eh nanti nak datang lagi bawak suami kat sini. Sebelum ni kalau nak shopping kurta atau jubah Aisy Asyraf, kitorang kena ke butik di Bangi atau Shah Alam. Alhamdulillah sekarang IM Asyraf dah buka butik cawangan di Johor Bahru. Makin dekat dan senanglah kami sekeluarga nak shopping kurta yang design rare dan smart.

Nak dijadikan cerita 2 minggu lepas, ayah mertua ciktom meninggal dunia. Lepas balik dari Perak, ciktom pun ajak suami jejalan ke sana. Harapnya serba sedikit dapat mengurangkan kesedihan dalam hati. Alhamdulillah nampak air muka suami ceria bila masuk ke Butik Aisy Asyraf.

Rambang mata dia nak pilih kurta yang dia nak untuk raya?

Macam manalah suami tak rambang mata kat Butik Aisy Asyraf ni memang banyak pilihan design kurta dan warna dari kolor pastel sehingga color blocking. Memang senang la nak matching kolor baju raya sedondon untuk satu keluarga.

Ciktom memang prefer kurta di Aisy Asyraf sebab material kain yang berkualiti, sejuk dan selesa dipakai. Yang paling penting bila dah jadi mak2 ni cari baju material jenis senang dibasuh dan digosok macam kurta Aisy Asyraf ni. Kerja pun jadi cepat dan mudah. Hehe…

kurta kacak

Kat Butik Aisy Asyraf ni bukan jual kurta je.. Ada jugak jual jubah, baju melayu, kemeja, perfume, butang baju melayu dan capal. Tapi yang paling tip top of course la kurta IM Asyraf sebab design dia memang unik dan lain dari yang lain. Sesuai nak pakai majlis rasmi atau santai. Lagi-lagi suami ciktom lebih selesa pakai seluar slack. Senang je matching pakai dengan kurta kan.

Yang sempat ciktom ingat dan suami berkenan dari pelbagai senarai kurta yang ada ialah Kurta Rindu, Kurta Rafael, Kurta Asqalani, Kurta Astana dan Jubah Khat Macarena.

Kurta Rafael ni memang cantik dengan design abstrak. Material sejuk dan selesa sangat bila ciktom sentuh. Kalau buat versi blouse wanita confirm ciktom sambar jugak 1. Hikhik..

kurta slim fit

Yang bawah ni tak silap Jubah Khat Macarena ada tulisan khat “Aisy Asyraf” pada dada jubah. Nampak kontemporari dan stylish sangat kan?

kurta maskulin

Versi kurta pun ada tulisan khat ni. Cuba korang bayangkan, mesti nampak smart kalau diri sendiri, suami atau orang tersayang pakai kan?

kurta smart bergaya

Dalam banyak jenis kurta Aisy Asyraf, suami pilih Kurta Rindu. Katanya selesa pakai, kain sejuk je. Design simple dan sesuai untuk dia pakai untuk Hari Raya atau Solat Jumaat ke masjid.

Problem nak cari baju suami ni perut ke depan tau. Tapi alhamdulillah sekali sarung je Kurta Rindu ni terus ngam dengan badan dia. Tak nampak pulak perut ke depan. Hahaha…

Potongan dan jahitan Kurta Rindu ni memang kemas dan cantik sampai suami ciktom nampak segak dan badan pun nampak ala sado. Padahal berut buncit tu. Haha… Senyum lebar suami bila ciktom puji hensem kacak la abang pakai kurta ni.

kurta rindu

Design kotak packaging Aisy Asyraf. Smart sangat!!

packaging kurta aisy asyraf

Walaupun koleksi kurta Aisy Asyraf ni semua nampak premium dan ekslusif, tapi harga dijual memang sangat berpatutan dengan kualiti. Yelah kadang-kadang risau jugak dah ada bau2 retiss ni biasanya mahal ya ampun harganya. Ciktom berani jamin harga mampu milik dan yang paling penting sekali mutu berkualiti.

Bodek lebih sebab dapat freegift sampul duit raya. Hihi…

Selain beli di butik, koleksi kurta Aisy Asyraf pun korang boleh beli secara online di website tau. Yelah sekarang mudah semua dihujung jari je. Nanti ciktom share info website last entri ni. Senang sekali harung je. Kalau yang suka shopping kat Go Shop tu. Yang ciktom perasan iklan di TV dah ada ustaz jual di Go Shop juga.

Terima kasih banyak pada staff Aisy Asyraf, Mizan dan Mirul yang peramah dan sabar melayan kerenah kami bertiga. Ciktom pulak banyak bertanya mengenai material, design hot dan macam-macam lagi. Dah gitu bila jadi blogger ni semua yang rasa menarik dan bermanfaat nak dikongsikan kat blog. Harap korang tak bosan pula baca ye.

Mizan ajak bergambar untuk testimoni customer katanya. Terus ciktom nak menyelit juga dengan adira. Haha.. Rasa kerdil diri kitorang sebab tinggi sangat staff Aisy Asyraf ni. Dah persis model dah. Ciktom dah riki2 katanya belum kahwin lagi. Siapa nak try pergi pickupline boleh la singgah. Hehe..

Website: www.aisyasyraf.net
Instagram: @aisyasyrafjb
Facebook: @aisyasyrafjohorbahru

Jom ke butik Aisy Asyraf di Aras 3 (L3.19), Angsana JB Mall, sebelum habis stok orang Singapura datang borong tau. Butik ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi-10 malam. Selamat shopping raya!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Yeay! Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf dah buka di Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE