Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Sudah bersediakah kita untuk menempuhi alam persaraan?  Kalau dipanjangkan umur sehingga 80 tahun, kita masih mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup selepas bersara. Kenyataan ini membimbangkan bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada gaji bulanan tanpa ada sumber pendapatan sampingan yang lain.

Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara
Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara

“Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang (pencarum) yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun.”

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
(Sumber: NST, 27 Disember 2008)

 

Agak-agak kenapa ye ni semua terjadi?? Takkan tak cukup KWSP RM120,000?? Banyak tuuee… Tapiii cuba fikir & renungkan…. duit itulah yang akan dikeluarkan untuk membeli rumah, membiayai pelajaran anak, bil perubatan, bil hospital dan juga ubat sekiranya jatuh sakit.

Miskin Selepas Bersara
152,00 bersara “miskin”

Hmm pening juga ye.. cik tom nak kongsikan cadangan persaraan ni based on pengalaman ayah cik tom sendiri. Ayah cik tom seorang persara Telekom. Ayah dapat simpanan KWSP dan juga pencen. Pencen bulan2 dalam anggaran kasar RM600. Ayah dah bersara dekat 12 tahun. Perghh dah lama tue kan..

Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara;

1. Menabung untuk persediaan sumber pendapatan selepas bersara

First sekali, cik tom cadangkan sangat2 amalkanlah sifat menabung dari awal. Dengan menabung pada peringkat awal, insyaAllah kita akan dapat menyimpan duit secukupnya untuk simpanan selepas bersara. Contoh, ayah cik tom memang seorang yang berjimat cermat dari zaman muda.

Kat tiang rumah paling tengah tue sebenarnya kosong @ memang ayah plan untuk dijadikan tabung. Setiap hari ayah akan simpan duit dalam tiang tue at least RM1 sehari. Masa tue duit syiling RM1 kaler emas. Bila penuh ayah akan kopak dinding tu dan simpan duit dalam bank.

Cik tom sendiri pun suka menabung sejak dari kecil. Alhamdulillah dengan hasil menabung, cik tom berjaya beli tunai kereta kelisa (secondhand) dengan duit simpanan sendiri.

Koleksi Tabung Cik Tom (dah jadi arwah)
Koleksi Tabung Cik Tom (dah jadi arwah)

Haa kalau belum tue mulakan menabung lepas je siap baca post ni. Amik 1 botol kosong tebuk lubang & jadikan sebagai tabung ye! 😉

2. Beli rumah/ kedai untuk disewakan

Ini salah satu impian cik tom yang masih tak kesampaian lagi kerana masalah tertentu yang kalau bukak cerita panjang pulak. hehe.. Ayah cik tom ada buat pelaburan 1 rumah dan 2 buah lot kedai yang disewakan. Actually satu tue abang cik tom dah buka kedai komputer & stay kat sana.

1 lot lagi disewakan kepada 1 syarikat security dengan kontrak 3 tahun. Alhamdulillah ini salah satu sumber pendapatan yang ayah cik tom dapat setiap bulan selepas bersara selain simpanan menabung, KWSP dan pencen.

Ini salah satu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan dalam bidang hartanah.

3. Libatkan Diri dalam Perniagaan Selepas Bersara

Masa setahun selepas bersara, ayah cik tom memang jenis tak boleh duk diam. Boring duduk rumah katanya. Ayah pun buat bisnes supply barang kitchen, admin & housekeeping untuk satu motel di Terengganu. Sempat jugaklah 2 tahun kerja pastu stop sebab kerja tue 100% ayah sorang je. Tak amik pekerja. Dah makin tua kudrat pun tak macam orang muda nak angkat barang berat-berat.

Sekarang macam-macam jenis bisnes ada. Semuanya terletak pada diri masing-masing nak pilih yang mana bersesusaian. Yang pasti jangan tersilap percaturan yang memakan diri sendiri.

4. Libatkan Diri dalam Pekerjaan Selepas Bersara

Yang ni bukan experience ayah cik tom tapi jiran sebelah rumah. hehe… Pak cik ni lepas bersara dia kerja sebagai pak guard kat sekolah rendah. Isteri dia pulak kerja kat kantin sekolah.

Cuma cik tom rasa kesian sebab nak jadi Pak guard tue kena kerja shift malam. Kesian pulak sebab dah tua masih kerja kuat. Tapi itulaah kadang-kadang bila usia makin lanjut ni ramai yang degil nak kerja sebab boring duk umah.

********************************

Semua 4 cadangan yang cik tom bagi tue maybe hanya sesuai untuk golongan yang telah bersedia dari awal merancang sumber pendapatan selepas bersara.

So, bagaimana pula bagi kes yang tak sempat buat persediaan, tiada pelaburan, tiada simpanan, tiada perniagaan??? atau mungkin sesuatu terjadi pada diri sehingga semua simpanan terpaksa dibelanjakan? atau mungkin bagi mereka yang tidak lagi mampu menggunakan kudrat yang banyak untuk bekerja?

Pak cik memang ada simpan duit dari mula-mula bekerja. Masa itu pak cik berharap hanya akan keluarkan duit bila telah pencen. Namun ia tak jadi kenyataan. Sebaliknya terpaksa dikeluarkan kerana kos sara hidup meningkat dengan pantas.yuran sekolah anak sekolah pagi dan petang, bayaran tuisyen, bil-bil (letrik, air, talipon, astro, internet), kos pengangkutan ketempat kerja, pinjaman pendidikan, jemputan kenduri, bayaran rawatan, pinjaman perumahan membelenggu kehidupan pakcik.Awang

Ini salah satu kisah sedih Pak Cik Awang yang mungkin sudah lali kita dengar. Dengan faktor usia makin meningkat tidak semua berupaya untuk bekerja kembali menjadi pak guard, meniaga di pasar malam dan sebagainya. Tapi.. Jangan bimbang! Dunia masih belum berakhir… Masih terdapat banyak pilihan yang boleh di ikhtiarkan.

Salah satunya ialah bekerja sambilan hanya dari rumah. Terima upah yang lumayan dari syarikat-syarikat berasaskan internet sebagai pekerja bebas (freelance) hanya dari rumah. Untuk maklumat anda boleh rujuk ke laman >> Jobdirumah.

Mana tau ada rezeki anda di sana.

Walaupun wang menjadi suatu keperluan tapi jangan jadikan wang sebagai raja dalam hidup anda. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!