Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang (part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Cam biasa owner blog lambat update cerita kat blog sebab malas. hehee…. Actually time semua orang sibuk bercuti awal tahun, 1 Januari 2013 lepas cik tom dengan 2 orang kawan, ja dan zaty ada pergi jalan-jalan ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang.

Canopy walkway | Sumber: blueskyoutdoor
Canopy walkway (sumber: blueskyoutdoor)

Yang kelakarnya asalnya zaty ajak cik tom pergi tengok haiwan kat zoo taman negara. Cik tom pun follow je la ingatkan zaty ni memang dah check betul2 taman negara tue ada zoo.

On the way ke sana, zaty mula rasa pening dan loya nak muntah sebab jalannya macam ular kena palu pun ada. Tue tak termasuk lubang sana sini. Sabar jelah drive. huhu.. Kitaorang amik keputusan nak singgah Labu Sentral based on signboard Labu Sentral tue on the way ke Taman Negara Kuala Tahan.

Sampai2 je kat Labu Sentral tue kitaorang terkejut. Takde apa pun. Semua bangunan terbiar. Nampak menyeramkan. Kitaorang pun patah balik pergi satu kedai runcit ni. Owner kedai runcit tue pun diam je. Erk kitaorang pulak rasa bertambah seram dan pelik..

Lama tengok Ja ngan Zaty ni beli barang. Cik tom pun masuk tunggu dalam kereta. Sambil boring2 tue saje je la cik tom snap gambar diorang tengah bayar kat kedai tue. Tiba-tiba….

HOnk.. honk….

Cik tom pun nampak ada kereta berhenti tepi jalan tue. Cik tom pun buat tak tau ingatkan dia nak panggil owner kedai runcit tue.

Kedai runcit misteri berhampiran Labu Sentral
Kedai runcit misteri berhampiran Labu Sentral

Lelaki: Woii…
Cik tom: Erk saye ke? *sambil tuding jari pada diri sendiri..
Lelaki: Haa ko la. Hei pesal ko amik gambar?
Cik tom: Ikut suka sayalah. Nape tak boleh amik gambar ke?
Lelaki: Yelah kenapa ko amik gambar kedai tue? Mesti ada sebab.
Cik tom: Saje suka-suka amik gambar.

Pastu cik tom terus buat tak tau. Malas nak layan dah la cakap kasar dan garang. Takkan amik gambar kawan dalam kedai pun salah??

Kawan cik tom siap beli terus kitaorang cepat2 pergi dari situ. Rasa pelik orang kat kawasan tue. Dengan owner kedai tue tanya soalan satu pun tak jawab. Yang dia cakap berapa jumlah harga barang beli tue je.

Rasa macam kisah misteri pulak. haha.. Bajet je kitaorang ni. Cam kisah misteri blok 404 gitu. Nak pergi bercuti tapi tersilap pergi bercuti tempat yang terbiar dan sunyi. hahaa…

Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara pahang
Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang

Erk rasa panjang pulak dah cerita takpelah pengembaraan ke Taman Negara Pahang continue part 2. huhu…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang (part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!