Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang (part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sayang…..Perghhh lama giler nak continue part 2 punye cerita untuk Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang (part 1). Setahun lebih baru dapat publish. hahaha… Sebenarnya entry ni dah lama bersawang dalam draft. Gambar pun dah siap attach. Cuma entry je tak complete lagi ceritanya. Al-maklumlah tuan blog dah tak teruja nak update blog. huhu…

Ok continue dari cerita part 1, cik tom dan kawan-kawan teruskan perjalanan menuju ke Taman Negara melalui Kuala Tahan. Perjalanan ambil masa dalam sejam dengan menaiki kereta kelisa cik tom dari bandar Jengka. Rasa bosan pun ada sebab moslty kiri dan kanan penuh dengan kelapa sawit.

Bersorak gembira kitaorang dalam kereta bila first nampak signboard, Jeti Taman Negara. Yeahhh! Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kitaorang kat Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.

Cik tom pun pergi parking di tempat parking berbayar yang disediakan. Kalau tak silap bayaran yang dikenakan ialah RM2. Lepas tu, kitaorang ambil peluang bertanyakan dengan pak cik yang jaga parking tu.

Isshh, rupa-rupanya takde pun zoo negara macam yang zattie bagitau tu. Yang ada hanya aktiviti macam canopy walkway, hiking, dan banyak lagi outdoor. Dah la cik tom dan Ja pakai skirt je. haha.. Memang payah la nak naik bot dan pergi canopywalk. Kitaorang amik keputusan beli je seluar track kat kedai souvenir berhampiran. Alhamdulillah ada saiz yang sesuai, harga pun murah je RM15 sehelai. Terus mintak izin dengan akak tu tukar seluar dalam kedai. heheh ;p

Kitaorang bertiga teruskan perjalanan dengan jalan kaki (follow je signboard) untuk ke jeti. Nak naik bot untuk menyeberangi sungai ke Taman Negara. Kitaorang just naik bot biasa je. Harga RM1 seorang untuk across ke seberang sana.

Oh ye for those nak stay, boleh menginap banyak hotel, resort dan homestay kat sini.

Tak jauh punn..Dalam masa 5 minit kitaorang sampai ke jeti seberang sana. Boleh la jugak layan perasaan sat. Tapi takde safety life jacket. Maybe sebab dekat kot. Zattie dan Ja layan perasaaan naik bot. hehe..

Then, dah sampai sana kitaorang pergi register as visitor dekat Park Centre dan bayar untuk permit masuk RM1 seorang. Kalau korang nak menginap dalam taman negara ada disediakan resort iaitu Mutiara Taman Negara Resort.

Ini senarai harga dari kaunter pengeluaran Jabatan Perhilitan Taman Negara.

Untuk ke Taman Negara ni banyak pintu masuknya. Kali ni trip cik tom lalui pintu masuk Kuala Tahan. Sebelum ni cik tom pernah ke Kelah Santuari, Taman Negara melalui laluan Merapoh.

Ternganga kitaorang tengok signboard berapa kilometer (km) untuk ke destinasi pilihan. Kitaorang pilih titian kanopi (canopy walkway). sebab yang tue paling pendek 1.5km. hehe…

Dah la masing2 pakai sandal je. Nasib baik laluan semua dah diupgrade jejantas berkayu. So, tak perlu nak hiking dan redah jalan berbukit dan berbatu.

Antara aktiviti lain menarik  yang boleh dilakukan di Taman Negara Kuala Tahan selain dari titian kanopi (canopy walkway) ialah;

  • Bumbun untuk memerhati hidupan liar
  • Kembara gua (gua telinga, gua daun menari, etc)
  • Eksplorasi sungai
  • Memancing
  • Memerhati burung (birdwatching)
  • Eksplorasi hutan (jungle trekking)
  • Mendaki gunung tahan (hiking)
  • Penempatan orang asli
  • Night river safari

Memang seronok dapat melihat alam flora dan fauna yang masih terpelihara. Paling geli cik tom tak boleh lupa ialah ulat gonggok kat sana besar-besar. Besar lagi dari saiz lipan. huhu…

Selepas lenguh berjalan, akhirnya kitaorang sampai jugak ke tempat titian kanopi. Kitaorang sampai dalam pukul 3.30 petang dan orang yang last untuk naik ke titian kanopi. Sebab titian kanopi ni tutup pukul 4 petang.

So, berhenti rehat kejap untuk tarik nafas dan minum air. hehe…

Sebelum mula perjalanan mintak tolong renjer amikkan gambar kitaorang bertiga. hihi.. Ni posing maut dari zattie. Sori dah berpunya dan jadi ibu awal bulan lepas, 3/9/2015. Congrats for your newborn baby zattie. 🙂

Untuk laluan kanopi ni hanya 4 orang dibenarkan meniti dalam satu masa yang sama. Cik tom memang relax je. So, terus relax jalan ke depan dan bertindak jadi photographer diorang. Gelihati pun ada tengok zattie terjerit bila jambatan tue bergoyang2. hihi..

Alhamdulillah akhirnya siap meniti titian kanopi kitaorang lihat pulak ikan kelah kat akuarium di laluan balik titian kanopi. Snap gambar dan ready untuk balik. Trip yang last minute kitaorang decide awal tahun lepas memang unexpected and enjoyed.

Pesanan terakhir dari penaja sebelum bergerak balik;

“Take Nothing But Photographs, Leave Nothing But Footprints”

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Canopy Walkway Kuala Tahan, Taman Negara Pahang (part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE