Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX

Assalamualaikum dan salam sayang… Entri tutorial cik tom mengenai cara bayaran balik pinjaman PTPTN Ujrah melalui FPX ini ialah atas permintaan adik cik tom sendiri, Yaty.

Kebiasaannya Yaty bayar balik pinjaman PTPTN secara online melalui Maybank2u. Tapi cik tom bagitau alah guna Maybank2u caj dikenakan termasuk GST RM1.06. Kalau bayar guna FPX caj termasuk GST ialah RM0.53. Kalau dah bertahun bayar? Banyak jugak tue kan.

Ekonomi negara tengah meleset banyak belajar untuk fikir semua perkara kan? Nak beli apa pun fikir keperluan ke kehendak ni? huhu…

Okay antara kelebihan bayaran online ptptn melalui FPX ialah bayaran korang akan terus akan di update pada penyata baki dalam website ptptn. Kalau bayar melalui cara online banking lain. Bayaran tersebut akan ambil masa untuk diupdate dalam sistem. Kadang-kadang selepas 24jam dah bayar pun, check takde update dalam sistem ptptn.

Jom kita teruskan dengan tutorial bayaran balik ptptn thru FPX yang panjang lebar ni. Harap korang boleh hadam la. haha..

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX

1)Langkah pertama, korang kena login website PTPTN untuk akses ke “Penyata Baki Pinjaman“. Cik tom akan skip cara nak login sebab dah pernah share dalam entri sebelumnya. Pada yang tak tahu rujuk entri–>Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online.

2) Ok dah klik untuk “Penyata Baki” akan keluar pada website tersebut contoh penyata baki pinjaman seperti gambar. Cari di bawah penyata baki tu hyperlink yang tulis “Bayaran Balik Melalui FPX“. Klik pada hyperlink tersebut ye.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 1

3) Dah klik, akan keluar seterusnya untuk korang isikan berapa jumlah bayaran yang ingin dibayar? Macam contoh dibawah masukkan bayaran RM170 dan klik button “Bayar“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 2

4) Next, keluar keterangan jumlah pembayaran. Kalau dah pasti dengan jumlahnya klik button “Teruskan“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 3

 

5) Seterusnya, keluar sistem FPX check Payment Details tu betul ke tak?

  1. Pada Retail Banking tu nak bayar melalui bank mana? Contoh nak bayar melalui Maybank2u. Just tick Pada Maybank2u ye.
  2. Masukkan email untuk hantar notification lepas berjaya bayar melalui FPX
  3. Ok semua, klik button “Agree and Continue“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 4

 

6)Contoh tutorial kali ni guna Maybank2u. So, kalau pilih Maybank2u akan keluar popup  untuk login akaun Maybank korang. Kalau pilih bank lain pun sama la kena login ye. Isi je usernname dan klik button “Next“.

login maybank2u 1

7)Masukkan password dan klik button “Login“.

*Sebelum tu check jugak tau betul ke gambar dan phrase untuk Maybank2u for confirmation.

login maybank2u 2

8)Akan keluar details FPX payment, recheck dan klik je button “Continue“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 6

9) Kemudian, rklik button “Request for TAC“. Ambil nombor TAC yang diterima dalam mesej HP korang dari Maybank2u. Masukkan no TAC dalam box No.2 dan klik button “Confirm“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 7

10) Ok dah siap dan duit dalam akaun ditolak mengikut jumlah bayaran. Klik button “Continue with Transaction“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 8

11) Akan redirect back pada FPX System. Klik button “Click Here to Complete Your Transaction“.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX 9

12) Siap! Korang akan dapat details payments melaui FPX seperti dibawah. Klik button “Cetax” untuk rujukan akan datang.

Berjaya Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX

Then, boleh semak betul tak pada baki penyata pinjaman dah dimasukkan bayaran terkini korang.

Hmm nampak je step dan gambarnya macam banyak sampai 12 langkah cara bayaran balik pinjaman PTPTN Ujrah Melalui FPX ni. Tapi sebenanya mudah je kalau dah biasa buat. Maybe first time buat akan terkial-kial la sikit.

Nota jari: Good luck! Semoga cepat-cepat habiskan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE