Cara Beli Rumah Lelong

Pelaburan hartanah ialah salah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Namun, setiap tahun kadar kenaikan harga rumah melebihi 100%. Oleh itu, ada sesetengah yang mengambil alternatif untuk membeli rumah lelong.

Cara Beli Rumah Lelong
Cara Beli Rumah Lelong

 

Kenapa beli rumah lelong?? Sudah pasti dengan beli rumah lelong anda dapat jimat sehingga 20%- 40% dari harga pasaran.

Ada yang cakap “Eh kau nak beli rumah lelong ke? Hati-hati weh jangan kena tipu. Entah-entah rumah tue berhantu sebab tu lelong murah!”.

Haha… Ternyata anda silap. Rumah yang dilelong tak semestinya satu perkara yang buruk mengenai rumah tersebut. Kebiasaanya rumah lelong ialah apabila tuan rumah gagal untuk membayar bayaran bulanan dengan pihak bank.

Kalau anda ada wang cukup, jangan lepaskan peluang untuk beli rumah lelong. TAPI, pastikan anda miliki ilmu yang secukupnya supaya pembelian anda satu yang menguntungkan. Jom follow beberapa cara untuk beli rumah lelong;

  1. Sebelum lelongan, sebaiknya anda membuat kenal pasti kawasan rumah, memeriksa hak milik rumah di pejabat tanah dan sebagainya.
  2. Lihat perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
  3. Seeloknya anda melihat keadaan rumah tersebut sebelum hari lelongan.
  4. Pada hari lelongan, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan, salinan kad pengenalan, draft bank atau wang tunai 10% daripada harga rizab rumah kerana cek biasanya tidak diterima.
  5. Jika anda, kali pertama membeli rumah lelong sebaiknya dapatkan khidmat agen melainkan anda telah mendapat ilmu yang secukupnya.
  6. Ingat buatlah bidaan mengikut kemampuan dan pastikan harga yang dibeli berbaloi dengan termasuk harga kos anda untuk perbaiki apa-apa kerosakan di dalam rumah tersebut.

Itu antara serba sedikit tips atau cara beli rumah lelong. Cik tom bukanlah pandai berkenaan perkara ini dan seeloknya anda belajar cara beli rumah lelong ini dari Rahsia Rumah Lelong.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Cara Beli Rumah Lelong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE