Cara Buat Aiskrim Sumijelly Yang #Viral Rupanya Mudah jer

Assalamualaikum dan salam sayang.. Dalam dua minggu lepas sibuk tengok aiskrim sumijelly viral dan trending di media sosial. Semua orang nak cuba buat resepi aiskrim sumijelly termasuk la cik tom. Hehe.. Nak tengok la betul ke sedap? Tengok resepi dan bahan-bahan ala air koktail je cuma yang berbeza aiskrim ni dibekukan.

Minggu lepas cik tom pergi la ke TreLeaf Mart dan Mydin untuk pencarian bahan utama sumijelly. Penangan viral nya sumijelly ni menyebabkan stock sumijelly di Mydin sold out. Haha..

Akhirnya cik tom beli kat TreLeaf je tu pun tinggal 2 bungkus je. Gigih benor nak mencarinya. Bahan-bahan aiskrim sumijelly yang lain memang dah sediaada ada kat rumah termasuk plastik aiskrim. Sebab biasa kalau air tak habis minum dari jug, adik suka buat aiskrim. Confirm laku kerass. hihi..

Cara Buat Aiskrim Sumijelly Yang #Viral Rupanya Mudah jer

Resepi ni cik tom ceduk dari facebook kawan-kawan. Tengok semua bahan dan resepi sama je yang dishare. Yang berbeza ada dah upgrade ubahsuai ganti sumijelly kepada choki choki dan milo.

Cara Buat Aiskrim Sumijelly Yang #Viral Rupanya Mudah jer

Bahan-bahan Resepi Aiskrim Sumijelly

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1500 mL air
3 peket sumijelly (potong kecik2)
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla-optional*
Plastik aiskrim
*cik tom sengaja letak nak bagi bau wangi aiskrimnya.

Cara-cara Membuat Resepi Aiskrim Sumijelly;

  1. Panaskan air, susu pekat dan susu manis. Dah panas baru masukkan esen vanilla.
  2. Dah mendidih tutup api dan biarkan sejuk ketika sebelum masukkan sumijelly.
  3. Kemudian part paling cerewet ialah membungkus aiskrim tersebut masuk dalam plastik. Nak mudah gunakanlah corong nak masukkan aiskrim dan ikat. Ok dah siap!

Cara mudah dan cepat buat aiskrim sumijellyMacam mana hasil aiskrim sumijelly cik tom? Cik tom suka rasanya lemak berkrim. Aiskrim sumijelly ni pun lembut je sebab guna susu semata-mata kan. Takde masukkan gula. Kalau campur dengan gula dia akan keras sikit la. Cuma cik tom tak suka sumijelly. Nasib baik guna 2 bungkus je. hehe..

Bisnes aiskrim ni memang menguntungkan kalau kena gayanya. Cik tom pun tertarik dengar cerita bisnes aiskrim ni kalau belajar cara betul boleh jana income hingga RM5000 sebulan. Itu buat secara sambilan je dari rumah. Korang nak tahu jugak? Terjah je –>Strategi Buat Bisnes Aiskrim Dari Rumah.

Abang cik tom sarankan buat bisnes aiskrim sumijelly sebab tengah hot kan. Cik tom tengok rata-rata kat facebook semangat buat aiskrim ni sendiri je. Tapi macam best jugak amik order aiskrim untuk majlis perkahwinan. Ada sesiapa mahu order aiskrim sumijelly untuk majlis perkahwinan, majlis akikah, hari lahir atau sebagainya disekitar Kuala Terengganu dan Marang?? 50 sen je sebatang. Boleh pm cik tom. Hehe….

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Cara Buat Aiskrim Sumijelly Yang #Viral Rupanya Mudah jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!