Cara Buka Akaun Kedua Maybank Secara Online Untuk Asingkan Duit
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia… Cik tom nak kongsikan 1 tutorial bergambar cara buka akaun kedua Maybank secara online untuk asingkan duit. Kalau letak duit untuk saving dalam satu akaun yang sama kan risau pulak terguna. Nak simpan kat rumah risau kena curi.
Cik tom dah buka satu akaun bisnes khas untuk Cik Tom Global Resources. Cuma untuk bisnes dropship cik tom prefer untuk simpan keuntungan dalam akaun yang berasingan. Boleh guna untuk emergency atau shopping. hihi..
Kalau yang buat bisnes tu memang elok sangat buka akaun kedua ni. Senang untuk manage keuntungan dari bisnes. Kena asingkan duit dari akaun personal baru nampak flow duit keluar masuk dari bisnes.
Nak buka current account khas untuk bisnes kena ada introducer. Nak cari susah pulak. Kalau korang nak cik tom jadi introducer akaun maybank boleh tapi kena tunggu bulan September tahun depan baru genap setahun. hehe…
Untuk yang tak buat bisnes pun bagus asingkan duit untuk roadtax+insurans kereta ke, untuk bajet raya, bajet kahwin dan sebagainya.
Untuk tutorial ini, kira korang akan buka akaun kedua maybank ni melalui akaun Maybank2u yang sediaada.
Cara Buka Akaun Kedua Maybank Secara Online
LANGKAH PERTAMA
Tutorial ni cik tom mulakan dengan assume korang dah pun login ke akaun Maybank. Pada bahagian home, sila cari dan klik “Apply Online” seperti gambar di bawah;
LANGKAH KEDUA
Next, korang boleh pilih samaada nak buka akaun kedua tu; “M2U-Savers” atau “M2U Savers-i”. Cik tom tak tahu sangat perbezaannya tapi cik tom lebih prefer akaun patuh syariah.
Dah pilih, klik je pada akaun pilihan korang. Kedua-dua akaun ni korang boleh buka, akses dan tutup akaun tanpa perlu ke cawangan Maybank berdekatan. Semuanya boleh buat melalui online je. Mudah kan?
LANGKAH KETIGA
Sila isi maklumat korang untuk email dan juga jumlah deposit yang ingin dimasukkan serta dari mana akaunnya seperti dalam gambar di bawah. Minimun amount untuk buka akaun kedua saving Maybank ni syaratnya RM250 tapi boleh je untuk permulaan korang masukkan kurang dari tu. Cik tom baca blog kak sumi, dia register guna deposit RM10 pun lepas je. Hee…
Tick pada tiga2 terma dan syarat, kemudian klik button “Continue”.
LANGKAH KEEMPAT
Sila periksa segala maklumat yang dah diisi. Kalau semuanya betul, boleh klik button “Confirm”.
LANGKAH KELIMA
Okay. Dah siap! Tak sangka sekejap je buat. Cik tom mula-mula ingatkan complicated. Rupanya teramat mudah nak buka akaun kedua maybank2u ni. Boleh klik button “Print Confirmation” untuk simpan bukti transaksi untuk rekod simpanan.
Nak tengok akaun kedua ni, korang kena logout dulu. Next login baru boleh nampak akaun kedua ada macam gambar dibawah.
Selain guna online banking Maybank2u, duit dari akaun M2U Savers-i ni kita boleh juga transfer atau keluarkan melalui kad ATM. Nanti once nak keluarkan duit dari ATM akan tanya nak keluarkan dari akaun mana, akaun utama atau akaun M2U Savers-i.
Tapi untuk keluarkan duit dari akaun M2U Savers-i ni mesti ada jumlah minimun RM250.
Cara mudah untuk tutup akaun M2U Savers-i boleh je guna cara transfer duit ke akaun maybank sendiri atau ke akaun pihak ketiga atau guna IBG. Nak tutup akaun akan dikenakan caj RM20 kalau tutup 3 bulan dari tarikh buka akaun.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang untuk merancang segala perbelanjaan dan menyimpan lagi-lagi untuk tahun 2017 yang pastinya amat mencabar dengan segala kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Sharing is caring
saya baru tahu.. mmg bagus cara nie.. sebab kalau nak buka akaun maybank atas nama syarikat, mmg banyak kerenah.
Jom baca entri terkini Hairul HIssam …Skim Latihan Siswazah Menganggur Dgn BIsnes Makanan. Betul Ke Jual Putu Mayam Dgn FB Nie
wah, bagus cik tom, buat simpanan asing kat bank.
saya pun ada 2 akaun di cimb 😉
maybank ni memang ramai betul kan pelanggan dia, lalu maybank tadi..punya lah ramai orang beratur…pengsan
Jom baca entri terkini siti hazreen …Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan
cik tom, jangan lupa buat tabungan emas juga ye 😉
Jom baca entri terkini siti hazreen …Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan
Dah buka akaun kedua tetapi tak tahu guna. Bila nak transfer duit dari akaun 2 ini asyik error jer.
Jom baca entri terkini akubiomed …Guna kupon diskaun untuk potongan harga di Lazada.
bagus ni boleh cuba!
Jom baca entri terkini rozita …Hari Konvokesyen PASTI ILMI 2016
Baru tahu… Boleh buka dua akaun Maybank… Sebelum ni ingat sorang boleh ada satu akaun jer..
Jom baca entri terkini Anuar …Promosi Buku Travel Masa Cuti Sekolah (Tengah Murah Sekarang ni!)
tahu lama dah.
tapi tak buat-buat.
selalu transfer ke asb atau tabung haji aje.
Jom baca entri terkini ohcikgu …Bila orang kata kerja CIKGU nih senang..
Kak.. Mcmana nak buat cimb pulak?
Satu perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih 🙂
Tapi tu lah.. untuk pengeluaran duit kena ada RM250. Buatnya terdesak nak keluarkan semua menangis tinggalkan RM250 tu 🙁
sy dh buat..tp potongan dia setiap brapa hb..ka setiap tarikh yg sy buat ni 11hb…potongan sy buat rm50..kalau sy nk tukaq jumlah dia nanti boleh ka
terima kasih diatas perkongsian… senang, tak perlu ke bank
Jom baca entri terkini Hani …TUKAR CARA BERDOA